 Anak muda Muhammad Muizzuddin  yang pernah menitipkan pandangan dan menyuarakan rasa hati golongan  segenerasi melalui 'Surat Pelajar Kepada PM - pelan pemusnah generasi  masa depan' - yang hingga kini telah mencecah lebih 37,000 hits di  weblog ini dan dikongsi hampir 10,000 pemilik FaceBook, kini muncul  dengan luahan hati kepada wanita yang menggelarkan diri sebagai First  Lady of Malaysia, DS Rosmah Mansor.
Anak muda Muhammad Muizzuddin  yang pernah menitipkan pandangan dan menyuarakan rasa hati golongan  segenerasi melalui 'Surat Pelajar Kepada PM - pelan pemusnah generasi  masa depan' - yang hingga kini telah mencecah lebih 37,000 hits di  weblog ini dan dikongsi hampir 10,000 pemilik FaceBook, kini muncul  dengan luahan hati kepada wanita yang menggelarkan diri sebagai First  Lady of Malaysia, DS Rosmah Mansor.
 Ikuti  titipan minda anak muda ini dan sama-sama kita kongsi dan sebarkan  melalui FaceBook dan Tweeter atau apa saja cara supaya penyebarannya  akan lebih meluas dan cepat.    
  
 Surat Terbuka daripada seorang pelajar untuk Datin Seri Rosmah Mansor
 Assalamualaikum Datin Seri. Saya,  Muhammad Muizzuddin bin Zaini.  InsyaALLAH, andai diizinkanNya, Julai  nanti genaplah usia saya 19 tahun.
Saya perkenalkan diri,  sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium  yang termampu saya  pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat  mengikuti  perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang  tercinta  ini.
Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya,  jauh benarlah  kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin  dan percaya,  andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang  untuk bersuara,  tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri  memegang amanah  pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana  terdapat ramai yang  lebih tua usianya!
Tegas saya, saya adalah  remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar  menjadi manusia yang  kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga  hanya terpaku di bilik  darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya  percaya, erti hidup pada  memberi!
Datin Seri Rosmah Mansur yang saya hormati,
 Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat  kecil ini menyinggung Datin  Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti  hati Datin Seri, jauh sekali  memburuk-burukkan. Surat kecil ini,  hanyalah usaha kerdil saya,  menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara  hati dan pandangan seorang anak  muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT
Datin Seri,
 Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk  menziarahi jenazah anak tunggal  seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil  itu, baru berusia 6 tahun.  Khairani namanya. Runtun rasa di hati,  sebaik melihat keadaan rumah  tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama  ibunya. Saya cuba  membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat  menimpa bumbung rumah  itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya  fikir memadai dengan  cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya  untuk menyinari ruang  dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah  berhati-hati, kerana  lantainya berkeriut dan goyah sekali.
Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki   hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat   kebanyakan.
Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit  sekali melangsaikan yuran  bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas,  tetapi kesempitan hidup  menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang  masih bersekolah, ditambah  taraf hidup dan kos keperluan yang kian  meningkat dari sehari ke sehari,  semuanya membebankan!
Datin Seri,
 Sungguh saya tidak mampu mengelakkan  rasa kecewa, apabila mengetahui  yang Datin Seri bermalam di sebuah  hotel di Dubai dengan kos melebihi  RM100, 000 semalaman. Sehingga ke  hari ini, saya  masih teringatkan  rumah daif adik Khairani, juga nasib  ramai lagi yang saya temui  sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa  besarnya urusan Datin Seri, juga  kedudukan Datin Seri. Mungkin memang  Datin Seri berhak, tetapi, apakah  Datin Seri langsung tidak teringatkan  kami, rakyat yang kesusahan?  Apakah Datin Seri langsung tidak  terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi  rakyat yang tidak bernasib baik?
Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah   kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh   menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat   Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap   keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3   daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa   MELAYU!
Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?
Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut,   McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh,   hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda   seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di   Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran  ini.
 Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya  terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan  kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan?  Rakyat yang terpaksa  melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan  hidup, namun terpaksa  pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan  rombongan di luar negara  untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos  penerbangan untuk keseluruhan  rombongan selain daripada penginapan!
Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya  terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan  kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan?  Rakyat yang terpaksa  melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan  hidup, namun terpaksa  pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan  rombongan di luar negara  untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos  penerbangan untuk keseluruhan  rombongan selain daripada penginapan!
Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami  Datin  Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan  isterinya?  Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri,  mengurangkan subsidi  untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para  taukeh-taukeh besar  dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga,  teramatlah  menyulitkan kami semua.
Sungguh Datin Seri, kami  sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan  walau beberapa sen. Ia  akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga  makanan, pakaian, kos  pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan  kami. Saban hari,  saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali  untuk disimpan,  ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.
Kami rakyat tidak  meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau  tinggal di rumah  biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta,  supaya Datin Seri dan  suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa  kami tempuhi.
Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama   sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami.   Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya   mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya   terima.
IFF dan ISLAM
Datin Seri yang dihormati,
  Tiadalah  yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan  ketika  melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco.  Bagaimana  tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan  Islam!  Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang   sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang   mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!
Tiadalah  yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan  ketika  melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco.  Bagaimana  tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan  Islam!  Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang   sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang   mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!
Apakah  Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin  Seri  cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa!  Namanya  cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia  yang  paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat  ke  atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri   yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung   tidak memohon maaf. Langsung tidak!
Sedangkan para Ulama’ masih  berbahas, bagaimana cara paling baik untuk  mengagungkan Manusia Mulia  ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai  perbuatan yang jelas  MENGHINA Baginda Nabi SAW!
Sebenarnya, Datin Seri sudah dari  awal menunjukkan kecekalan Datin Seri  melanggar syariat Allah. Datin  Seri tidak menutup aurat, bersentuhan,  berlaga pipi dan berpelukan  dengan lelaki bukan mahram yang disepakati  sekalian Ulama’ sebagai  perbuatan yang HARAM!
Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya  juga Haram. Namun, hilang  kotornya dengan perbuatan menyamak.  Malangnya, tiada apa yang mampu  ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya  menyentuh lelaki ajnabi kecuali  API NERAKA!
Lalu, dengan semua  perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir  kami rakyat akan  menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri  bahawa kerajaan  pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan  bangsa. Sedangkan  isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat  Islam, juga  adab-adab kesantunan Melayu malahan!
RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA
Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi   sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada  Allah,  maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan  ketua  mereka.
 Malaysia  hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya.  Setiap  masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah  menunggu  kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain  sendirian di  halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati  yang berniat  jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza  usia!
Malaysia  hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya.  Setiap  masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah  menunggu  kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain  sendirian di  halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati  yang berniat  jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza  usia!
Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja  Melayu  Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang  daripada  Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di  pesta-pesta jamuan  nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat  pergaulan tanpa batas!  Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada  mati dalam ketagihan najis  dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan  haram!
Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui   malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi   menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat  sesuai  dengan keadaan pemimpinnya!
Manusia yang jelas  disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi  pemimpin! Manakala  pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah  supaya tutup mulut  dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!?  Sedangkan Nabi SAW  bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN  ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”
Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara   batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat,  justeru,  bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada  rakyat?
Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari  ini, kita mengeluh  kerana ramainya anak-anak luar nikah yang  didaftarkan. Bayangkanlah,  apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10  tahun akan datang!
Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin  Seri. Ertinya, adil dan  zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan  kebatilan sama sekali  tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang  bercanggah dengannya, pasti  tidak akan ditemui titik temu antara  keduanya. Justeru, Datin Seri  berusahalah sehebat manapun untuk  memperbaiki masalah sosial, gejala  buang bayi dan sebagainya, selagi  suami dan kerajaan Datin Seri terus  mengesampingkan hukum Allah, dasar  Allah, syariat Allah, maka Datin Seri  tidak akan BERJAYA! Berani saya  kata!
Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah  bunuh bayi yang  kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas,  sedangkan hub  hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega  sebenarnya adalah  penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan  pimpinan suami Datin Seri,  umpama membina dan meruntuhkannya semula.  Bina dan runtuh, kemudian  bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.
KUASA
Datin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah  juga  Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke  Malaysia,  dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan  liputan-liputan  meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan  luar negara, itu  bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah  punya kuasa di dalam  pentadbiran negara.
 Justeru,  sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya  dengan  baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak  pernah  melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri  yang  memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan   Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan   Datin Seri turut berkuasa?
Justeru,  sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya  dengan  baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak  pernah  melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri  yang  memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan   Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan   Datin Seri turut berkuasa?
Datin Seri pasti tahu, berkenaan  kebangkitan rakyat yang menyemarak di  Timur Tengah. Kerajaan yang tidak  bertimbang rasa diterjah dan dihalau  rakyat! Antara isunya ialah  bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri  kepada pemimpin-pemimpin  yang telah tumbang itu.
Saya cintakan negara saya. Tidak  sanggup saya melihat negara porak  peranda, namun, kiranya Datin Seri  berterusan mengikut jejak langkah  isteri-isteri pemimpin yang tumbang  itu, maka mungkin Datin Seri dan  suami boleh menerima nasib yang sama.  Kami rakyat semakin tidak  tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan  kewangan dan keperluan hidup  sekarang!
Datin Seri,
 Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga  ugutan. Ia sekadar luahan rasa,  nasihat dan pandangan yang cuba seorang  anak muda sampaikan. Ingin benar  saya ingatkan, kedudukan yang Datin  Seri nikmati hari ini, adalah  kerana rakyat memilih suami Datin Seri.  Kuasa di tangan kami, untuk  menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri  dan suami. Dan sebenarnya,  kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah  untuk mengatur ketentuan ini,  Allah jualah yang meletakkan kekuasaan  kepada sesiapa yang  dikehendakinya.
Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.
Datin Seri yang dihormati,
 Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin  Seri. Mungkin sampai sendiri,  atau terhenti di tangan  pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu  hampir sama sekali.  Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya  pohon maaf,  kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri.  Maafkan saya,  kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara  penulisan. Namun,  andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima  teguran, tidak akan  saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar,  justeru tiada apa  yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti  menang dan  tertegak!         (edisi Weblog M@RHAEN)
Inilah PENCAK kami! PENCAK ANAK MUDA!