Wednesday, July 11, 2012

PEMBANGUNAN SEKOLAH MELALUI ALUMNI

Pembangunan pendidikan tidak hanya bergantung kepada faktor input pendidikan tetapi juga perlu memberi perhatian terhadap faktor proses pendidikan. Ini kerana input yang baik tidak semestinya menjamin berlakunya peningkatan mutu, sebaliknya selain input dan proses, banyak lagi faktor lain mendokong kejayaan pendidikan.
Sekarang ini, banyak pendekatan baru yang banyak dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan. Penawaran kerjasama antara sekolah dengan komuniti setempat adalah merupakan satu pendekatan yang menjurus kepada pengurusan berasaskan sekolah. Penawaran kerjasama ini adalah berpandukan mengikut keperluan dan tanggungjawab setiap individu atau organisasi.
Kepentingan hubungan sekolah dengan masyarakat adalah untuk meningkatkan keterlibatan, kepedulian, kepemikiran dan dukungan masyarakat terutama dukungan moral dan kewangan. Masyarakat di sini adalah meliputi masyarakat setempat di mana sekolah itu berada, ibu bapa atau waris, masyarakat pengguna dan alumni atau bekas pelajar.
Memang terlalu banyak alumni ditubuhkan, tetapi berapa kerat alumni yang ditubuhkan di peringkat sekolah rendah? Mengapa banyak alumni ditubuhkan di sekolah menengah? Sepatutnya alumni ini lebih menumpukan kepada sekolah rendah terutama sekolah rendah yang berada di pedalaman. Bekas pelajar sesebuah sekolah itu tentu ramai yang telah berjaya dan sampai ketikanya untuk memberi bakti kepada sekolah rendah mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Syukur alhamdulillah kerana Allah telah mewujudkan pemimpin umno & bn dapat membina sekolah baru untuk anak bangsaku, yang bernama melayu, yang beragama islam....