Tuesday, June 16, 2015

TERATUR DAN BERSISTEM

Allah s.w.t. mentadbirkan alam semesta ini dengan teratur dan cukup sistematik. Matahari, bulan dan segala cakerawala beredar di garisan masing-masing dengan tunduk mematuhi segala ketetapan yang telah ditentukan. Tiap-tiap sesuatu yang terjadi di alam ini telah Allah tentukan peraturannya. Setiap yang bergerak dan yang statik tertakluk dan tunduk kepada peraturan dan sistem Allah Yang Maha Mengatur.

Manusia seharusnya mengambil iktibar di atas perkara ini. Sesuatu yang dilakukan dengan secara tidak teratur dan bersistematik akan meyebabkan keadaan yang tidak tentu arah atau tidak berketentuan. Dalam menghadapi tugas sehari-hari, kerja yang dijalankan secara tidak teratur dan bersistem akan menyebabkan kelewatan dalam proses kerja, perbelanjaan yang tinggi. hsil kerja yang kurang bermutu dan produktiviti yang rendah.

Dalam usaha untuk menjalankan kerja dengan teratur dan bersistematik ini, kita sewajarnya mematuhi firman Allah s.w.t. yang bermaksud:-
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun rapi."
(As-Saff: 4)

Kita ambil contoh di sekolah. Setiap guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada Perintah Am yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia. Mengapa kakitangan kerajaan mesti patuh kepada Perintah Am? Dengan mematuhi Perintah Am akan membentuk jati diri kakitangan yang berdisiplin dan menjalankan kerja dengan teratur dan bersistematik. Perintah Am akan menjadikan proses kerja yang lancar dan berkualiti.

Allah s.w.t sendiri memberi penekanan agar melakukan sesuatu mengikut peraturan dengan firman-Nya yang bermaksud:-
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas 'Arasy, mentadbirkan segala urusan. Tidak sesiapapun yang dapat memberi syafaat melainkan sudah izin-Nya (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbir keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatilah kamu kepada perintah-Nya; patutkah kamu - setelah mengetahui keadaan yang tersebut  - tidak mahu mengingati-Nya."
(Yunus: 3)

Terdapat juga peraturan-peraturan yang disediakan oleh pihak pentadbir sesebuah sekolah yang dibuat khas kepada guru-guru, kakitangan dan juga kepada murid-murid. Kita perlu ingat bahawa peraturan-peraturan itu bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan semua tetapi ia adalah merupakan panduan yang dibuat untuk memudahkan kawalan disiplin bekerja atau belajar. Mematuhi setia[p peraturan akan membuahkan disiplin yang mantap dan menghasilkan hasil yang bermutu.

Nabi Muhammad s.a.w. menekankan agar mematuhi tertib akan membawa kejayaan. Ini dapat dilihat melalui sabdanya yang bermaksud:-
"Orang yang menaiki kenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit kepada orang yang ramai."
(Riwayat Ahmad dan al-Bukhari)

1 comment:

Anonymous said...

ya ker pak ungku kata jgn nanti jadi mcm kes kangkong kena tekan pak ungku u turn