Agus: Tanah rizab Melayu kian terancam
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
23 September 2015
23 September 2015
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
SHAH ALAM - Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menzahirkan rasa
bimbangnya mengenai tanah rizab Melayu yang saban tahun makin mengecil,
dek kerana kelalian pemerintah dalam menjaga hal ini.
"Manakala pada tahun 2009, tanah rizab Melayu berkurangan menjadi 1,578,263.91 hektar sahaja. Kajian terkini menyatakan tanah rizab Melayu hanya tinggal 11.9 peratus sahaja.
"Persoalannya, mengapa tanah rizab Melayu semakin berkurangan sedangkan Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama sifat dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan.
"Mengapa, setelah tanah rizab Melayu diambil, kerajaan negeri tidak bertindak menggantikan tanah rizab Melayu yang diambil tersebut? Parti manakah yang memerintah kerajaan negeri tersebut?
“Bukankah kerajaan negeri yang memerintah tersebut ialah kerajaan yang diperintah oleh orang Melayu? Jika selalu bercakap tentang mempertahankan kepentingan Melayu, mengapa tanah rizab ini tidak segera diganti setelah diambil?," katanya kepada Sinar Online.
Mengulas lanjut, Agus berkata pertanyaan itulah yang 'menghantui' fikirannya kini.
Dalam pada itu ketika menceritakan mengenai sejarah Tanah rizab Melayu dari sudut perlembagaan dan sejarah, Agus berkata, tanah rizab Melayu ialah tanah yang telah diwartakan menerusi Enakmen Rizab Melayu 1913 yang dikuatkuasakan di negeri-negeri bagi menjamin pemilikan tanah untuk kaum Melayu di Semenanjung Malaysia.
"Pada tahun 1957, ketika raja-raja Melayu menandatangani perlembagaan persekutuan Tanah Melayu, pengisytiharan telah dibuat bahawa tanah simpanan orang Melayu perlu dikekalkan dengan nisbah 50 peratus, manakala selebihnya boleh diagihkan bersama kaum lain," katanya.
Teman pon semedang ajer tertanyer-tanyer "Sampai biler? Mender macam nih daghi DULU lagi berlaku. Namun KINI pon maseh demer lakukan juger. Adakah akan berlaku SELAMANYA. Tiap tahon biler ade persidangan berkobor-kobor yang datang nyanyi lagu "Warisan" (Anak Kecil Main Api). Teman ghaser ler daghi teman kecik sampei ke tuer tobeng lagu itu juger demer nyanyikan. Perubahan idak juger dilakukan. Asyik-asyik nak nyalahkan oghang len. Takler bereih tak mandang kat dapor ghomah kiter, kiter nak nyalahkan jighan kiter pulak?
No comments:
Post a Comment