Sunday, July 3, 2011

LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH

Pada 2 Julai 2011 (Sabtu), semua sekolah di seluruh Malaysia telah diwajibkan mengadakan Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Gambar-gambar yang tertera di bawah ini boleh menceritakannya.













Saturday, July 2, 2011

PELAKSANAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan "Dadah Musuh Utama Negara". Dalam hal ini. Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu:-
1. Pengurusan dan Kepimpinan
2. Kurikulum
3. Kokurikulum
4. Pembentukan Sahsiah

MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012".

RASIONAL
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah.

Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan dadah Di Sekolah secara sistematik dan berkesan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
a) Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.

b) Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.

c) Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.

d) Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekoalh dalam usaha mencegah dadah.

Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah
1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.

2. PendidikanPencegahan dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

3. Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

4. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahan dan jati diri murid.

5. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.

6. Program Pendidikan Pencegahan dadah hendaklah menjurus ke arah "Sekolah Bebas dadah".

Strategi Pendidikan Pencegahan dadah Di Sekolah
Hasil mesyuarat antara Menteri Pendidikan dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2 Januari 1998, beberapa persetujuan mengenai strategi PPDa di sekolah telah dicapai. Strategi utama PPDa yang dimaksudkan ialah melalui Kurikulum dan Kokurikulum.

Lanjutan daripada itu, beberapa proses pemantauan dan pemurnian dijalankan, hasilnya, dua lagi strategi digerakkan sebagai pelengkap kepada strategi yang sedia ada iaitu melalui Pengurusan dan Kepimpinan serta Pembangunan Sahsiah.

Friday, July 1, 2011

TANPANYA ANDA HANYA AKAN BERGERAK SEORANG DIRI

"Kebolehan berkomunikasi dengan baik penting
kepada pemimpin efektif.

Pemimpin itu perlu tahu bagaimana mahu
berkongsi maklumat dan ideanya,
dan menyampaikan kepentingan maklumat itu
kepada orang lain.
Jika dia tidak mampu berbuat demikian
dan mendorong orang lain supaya bertindak,
maka memiliki idea itu juga tiada gunanya."

Gelaran "The Great Communicator" telah diberikan kepada Presiden Ronald Reagan. Ianya bermula seawal remaja, Reagan telah dikenali sebagai penyampai radio yang paling popular di barat Amerika. Semasa bertanding bagi jawatan Presiden pada tahun 1980, visi kempennya hanya berkisar lima perkataan iaitu keluarga, pekerjaan, masyarakat, kebebesan dan keamanan. Beliau adalah eksekutif yang bagus. Kehebatannya adalah berkomunikasi dengan efektif.

Sehubungan itu, walaupun kita bukan pemimpin negara, kita masih perlu tahu teknik-teknik berkomunikasi yang berkesan. Orang tidak akan mahu mengikut kita jika mereka tidak faham apa sebenarnya yang kita mahukan dan ke mana arah tujuan kita. Kita dapat menjadi komunikator yang lebih berkesan apabila mengikut teknik-teknik berikut.

1. Permudahkan mesej:-
Komunikasi bukan sahaja bereknaan mesej yang kita mahu katakan, tetapi juga cara kita menyatakan. Cara komukasi yang paling efektif adalah dengan mesej yang paling mudah. Lupakan sahaja niat hendak berlagak dengan menggunakan perkataan yang hebat-hebat dalam ayat kita.

2. Kenali audiens:-
Komunikator yang efektif akan sentiasa fokus pada audiensnya dan tahu betapa sukarnya berkomunikasi tanpa mengetahui apa-apa berkenaan audiens mereka. Orang menaruh kepercayaan pada komunikator yang berjaya kerana mereka ini percaya pada pengikut-pengikutnya.

3. Ikhlas:-
Kredibiliti diperlukan bagi komunikasi yang berkesan. Orang perlu tahu yang mereka boleh percayakan kita. Dua cara yang mempamerkan kredibiliti kita iaitu percaya dengan setiap ayat yang kita katakan dan lakukan apa yang kita cakapkan. Keghairahan bercakap adalah antara ciri-ciri komunikator yang berjaya. Kredibiliti kita akan meningkat selepas orang melihat keikhlasan kita.

4. Perhatikan kesannya:-
Matlamat komunikasiadalah untuk menggerakkan orang. Jika kita hanya memberikan maklumat pada orang, itu bukannya komunikasi. Setiap kali kita bercakap, cuba cetuskan satu perasaan. Biarkan mereka ingat sesuatu dan biarkan mereka buat sesuatu. Jika kita dapat lakukan sedemikian, maka kita sudah menjadi pemimpin yang lebih berjaya.

Pemimpin perlu membuat sesuatu melalui orang lain. ia perlu dapat menginspirasi, memotivasi, mengarah dan mendengar. Hanya melalui komunikasi, pemimpin dapat memahamkan pengikut berkenaan visi dan matlamatnya serta mendorong mereka bergerak ke arah itu.

Bagaimanakah kebolehan kita berkomunikasi dengan orang lain? Bolehkah kita menginspirasikan dan memotivasikan orang? Adakah visi kita dapat difahami orang lain? Adakah kita dapat berinteraksi dengan baik apabila bersemuka dengan orang? Bagaimana pula jika dalam kumpulan yang besar? Jika kita sedar kehebatan dan kelebihan visi kita tetapi orang lain masih ragu-ragu berkenaannya, mungkin kita mempunyai masalah berkomunikasi dengan efektif.

Bagi memperbaiki cara kita berkomunikasi, amalkan perkara berikut:-
1. Biar jelas:-
Komunikator yang berjaya akan menulis apa sahaja dengan pendek dan jelas.

2. Fokuskan semula mesej:-
Apabila kita sudah memahami audiens, maka kita akan menjadi komunikator yang lebih berjaya.

3. Laksanakan mesej:-
Kita perlu menerima komen denga hati yang ikhlas dan ubah hidup kita supaya lebih konsisten dengan apa yang kita sampaikan.

"Pengajar mengambil sesuatu yang mudah
dan merumitkannya.
Komunikator pula mengambil sesuatu yang rumit
dan mempermudahkannya."