"Kebolehan berkomunikasi dengan baik penting
kepada pemimpin efektif.
kepada pemimpin efektif.
Pemimpin itu perlu tahu bagaimana mahu
berkongsi maklumat dan ideanya,
dan menyampaikan kepentingan maklumat itu
kepada orang lain.
Jika dia tidak mampu berbuat demikian
dan mendorong orang lain supaya bertindak,
maka memiliki idea itu juga tiada gunanya."
Gelaran "The Great Communicator" telah diberikan kepada Presiden Ronald Reagan. Ianya bermula seawal remaja, Reagan telah dikenali sebagai penyampai radio yang paling popular di barat Amerika. Semasa bertanding bagi jawatan Presiden pada tahun 1980, visi kempennya hanya berkisar lima perkataan iaitu keluarga, pekerjaan, masyarakat, kebebesan dan keamanan. Beliau adalah eksekutif yang bagus. Kehebatannya adalah berkomunikasi dengan efektif.berkongsi maklumat dan ideanya,
dan menyampaikan kepentingan maklumat itu
kepada orang lain.
Jika dia tidak mampu berbuat demikian
dan mendorong orang lain supaya bertindak,
maka memiliki idea itu juga tiada gunanya."
Sehubungan itu, walaupun kita bukan pemimpin negara, kita masih perlu tahu teknik-teknik berkomunikasi yang berkesan. Orang tidak akan mahu mengikut kita jika mereka tidak faham apa sebenarnya yang kita mahukan dan ke mana arah tujuan kita. Kita dapat menjadi komunikator yang lebih berkesan apabila mengikut teknik-teknik berikut.
1. Permudahkan mesej:-
Komunikasi bukan sahaja bereknaan mesej yang kita mahu katakan, tetapi juga cara kita menyatakan. Cara komukasi yang paling efektif adalah dengan mesej yang paling mudah. Lupakan sahaja niat hendak berlagak dengan menggunakan perkataan yang hebat-hebat dalam ayat kita.
2. Kenali audiens:-
Komunikator yang efektif akan sentiasa fokus pada audiensnya dan tahu betapa sukarnya berkomunikasi tanpa mengetahui apa-apa berkenaan audiens mereka. Orang menaruh kepercayaan pada komunikator yang berjaya kerana mereka ini percaya pada pengikut-pengikutnya.
3. Ikhlas:-
Kredibiliti diperlukan bagi komunikasi yang berkesan. Orang perlu tahu yang mereka boleh percayakan kita. Dua cara yang mempamerkan kredibiliti kita iaitu percaya dengan setiap ayat yang kita katakan dan lakukan apa yang kita cakapkan. Keghairahan bercakap adalah antara ciri-ciri komunikator yang berjaya. Kredibiliti kita akan meningkat selepas orang melihat keikhlasan kita.
4. Perhatikan kesannya:-
Matlamat komunikasiadalah untuk menggerakkan orang. Jika kita hanya memberikan maklumat pada orang, itu bukannya komunikasi. Setiap kali kita bercakap, cuba cetuskan satu perasaan. Biarkan mereka ingat sesuatu dan biarkan mereka buat sesuatu. Jika kita dapat lakukan sedemikian, maka kita sudah menjadi pemimpin yang lebih berjaya.
Pemimpin perlu membuat sesuatu melalui orang lain. ia perlu dapat menginspirasi, memotivasi, mengarah dan mendengar. Hanya melalui komunikasi, pemimpin dapat memahamkan pengikut berkenaan visi dan matlamatnya serta mendorong mereka bergerak ke arah itu.
Bagaimanakah kebolehan kita berkomunikasi dengan orang lain? Bolehkah kita menginspirasikan dan memotivasikan orang? Adakah visi kita dapat difahami orang lain? Adakah kita dapat berinteraksi dengan baik apabila bersemuka dengan orang? Bagaimana pula jika dalam kumpulan yang besar? Jika kita sedar kehebatan dan kelebihan visi kita tetapi orang lain masih ragu-ragu berkenaannya, mungkin kita mempunyai masalah berkomunikasi dengan efektif.
Bagi memperbaiki cara kita berkomunikasi, amalkan perkara berikut:-
1. Biar jelas:-
Komunikator yang berjaya akan menulis apa sahaja dengan pendek dan jelas.
2. Fokuskan semula mesej:-
Apabila kita sudah memahami audiens, maka kita akan menjadi komunikator yang lebih berjaya.
3. Laksanakan mesej:-
Kita perlu menerima komen denga hati yang ikhlas dan ubah hidup kita supaya lebih konsisten dengan apa yang kita sampaikan.
dan merumitkannya.
Komunikator pula mengambil sesuatu yang rumit
dan mempermudahkannya."
Komunikator pula mengambil sesuatu yang rumit
dan mempermudahkannya."
No comments:
Post a Comment