KECEKAPAN:-
"Kecekapan bukan sekadar berkata-kata.
Ia adalah kemampuan menzahirkan hasrat anda,
merancang, dan melaksanakannya dengan cara
yang orang lain sedar anda mampu menjayakannya
dan anda tahu mereka mahu mengikut anda".
Kita memang mengagumi orang yang betul-betul cekap dalam bidang mereka. Ia sama seperti tukang kraf yang begitu teliti. Atlit yang bertaraf dunia. Begitu juga pemimpin dunia perniagaan. Pada hakikatnya walaupun kita bukanlah sperti mereka yang telah berjaya namun kita masih dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang kecekapan kita.
Jika kita mahu menjadi lebih kompeten, sewajarnya kita mengamalkan perkara-perkara berikut:-
1. Sentiasa bersedia:-
Pepatah ada mengatakan, "Orang yang sabar menanti akan mendapat ganjarannya". Namun begitu kadangkala ganjaran yang kita dapat hanya sisa orang yang sudah sampai terlebih dahulu daripada kita. Orang yang cekap bukan sahaja hadir ke tempat di mana mereka diperlukan. Mereka datang dalam keadaan yang cukup bersedia bagi menghadapi apa jua keadaan yang mungkin timbul.
2. Sentiasa memperbaiki diri:-
Orang yang cekap sentiasa mencari cara-cara baru bagi terus belajar dan memajukan diri. Mereka tidak pernah berhenti mencari ilmu.
3. Kotakan janji:-
Orang yang kompeten sentiasa mengotakan janjinya. Kualiti tidak berlaku dengan tidak sengaja, ia terhasil daripada niat yang baik, keikhlasan, kebijaksanaan memilih dan kepandaian perlaksanaan, ia adalah hasil daripada pelbagai pilihan bijak. Melaksanakan sesuatu dengan cemerlang adalah pilihan kita. Sebagai pemimpin kita mengharapkan yang terbaik daripada pengikut kita. Mereka juga mempunyai harapan yang sama ataupun lebih tinggi daripada anda.
4. Melakukan lebih daripada yang sepatutnya:-
Orang kompeten akan sentiasa bersedia melakukan lebih daripada yang sepatutnya. Mereka tidak pernah berpuas hati dengan keputusan yang biasa sahaja ataupun ala kadar. Sesetengah manusia merasakan mereka tidak perlu mencapai kecemerlangan, cukup sekadar melakukan apa yang termampu sahaja. Pemimpin tidak boleh bersikap sebegitu kerana mereka perlu menghasilkan kecemerlangan.
5. Memberi inspirasi:-
Pemimpin yang berkemampuan bukan sahaja dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang, malahan mereka juga dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada pengikut mereka supaya turut cemerlang.
Bagaimanakah kita menangani tugasan kita? Adakah kita cuba melaksanakan setiap tugasan dengan sebaik mungkin? Adakah cukup bagi anda menyelesaikannya sahaja?
Sebenarnya orang yang cekap juga dapat dibahagikan kepada tiga kategori:-
1. Mereka yang tahu apa yang perlu dilakukan.
2. Mereka yang mampu melakukan.
3. Mereka yang melakukannya apabila ia perlu dilakukan.
Bagaimana pula prestasi kita dalam bidang kerjaya kita? Adakah kita hanya memikirkan penyelesaian, selalu bertindak menyelesaikan masalah, ataupun melakukan apa yang perlu setiap kali diperlukan? Semakin tinggi kemahiran kita, semakin tinggilah potensi pengaruh kita ke atas orang dalam organisasi kita.
Langkah-langkah berikut boleh meningkatkan kecekapan kita:-
1. Fokus:-
Jika hati dan fikiran kita tidak fokus pada apa yang kita lakukan sekarang, mungkin sudah tiba masanya kita memfokuskannya semula. Dedikasikan semula diri kita pada tugas itu. Dedikasikan mada kita padanya. Fikirkan juga mengapa kita menjadi begitu. Adakah kita sudah bosan dan memerlukan cabaran baru? Adakah kita mempunyai konflik dengan orang atasan ataupun pengikut kita? Kenal pasti punca masalah itu dan selesaikannya.
2. Tetapkan standard:-
Jika kita tidak juga dapat mencapai kecemerlangan, mungkin kita mempunyai standard yang terlalu rendah. Jika begitu, ubah cara pemikiran kita serta tetapkan standard dan cita-cita yang lebih tinggi untuk diri kita.
3. Perbaiki diri:-
Bagi memajukan diri sendiri, kita perlu berusaha ke arahnya. Cari tiga perkara yang dapat kita baiki dalam kemahiran profesional kita. Kemudian luangkan masa dan wang ke arah memperbaikinya.
Generasi kita kini memang sudah sesat, bergegas ke sana ke mari tanpa arah tujuan. Mereka hanya melihat pada wang sebagai rujukan. Hanya itu sahaja yang mampu kita lihat. Segala etika dan perinsip hidup kita sudah hilang entah ke mana. Hidup kita didefinisikan melalui prinsip dan pegangan kita. Bilakah kali terakhir kita melakukan sesuatu dengan sedaya upaya walaupun kita sudah tahu ia tidak akan mendapat apa-apa pengiktirafan?
"Masyarakat yang tidak dapat menghargai
kerja paip yang baik kerana ia kerja yang dipandang rendah,
dan sanggup menerima falsafah yang tidak elok
hanya kerana ia aktiviti yang dipandang tinggi,
tidak akan mempunyai sistem paip
mahupun falsafah yang baik.
Kedua-duanya akan bocor teruk".
kerja paip yang baik kerana ia kerja yang dipandang rendah,
dan sanggup menerima falsafah yang tidak elok
hanya kerana ia aktiviti yang dipandang tinggi,
tidak akan mempunyai sistem paip
mahupun falsafah yang baik.
Kedua-duanya akan bocor teruk".
No comments:
Post a Comment