NILAI-NILAI KEGURUAN
Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada maasa depan. Maka, peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan tidak kurang pentingnya. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya.
Guru saharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi ini akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.
SIFAT DAN KUALITI PERIBADI
Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi berikut:-
1. Baik hati
2. Jenaka
3. Sabar
4. Bertanggungjawab
5. Yakin
6. Kepimpinan
SIFAT DAN KUALITI SOSIAL/TINGKAH LAKU
Kini, tugas dan kewajipan guru tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Di samping menjalankan tugas di bilik darjah, seseorang guru juga hendaklah bekerjasama dengan rakan sejawatnya kerana kemajuan pelajaran dan pendidikan di antara murid-murid di sekolah bergantung kepada kerjasama dan muafakat di antara semua golongan guru di sekolah itu.
Imej guru akan dapat dipertingkatkan sekiranya guru sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan masyarakat. Guru seharusnya mendampingi masyarakat dengan menyertai aktiviti pergerakan belia dan sukan, badan kebajikan, kebudayaan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, konsep guru yang berjaya pada masa kini bukan hanya ditinjau dari segi sifat dan kualiti peribadi dan profesional semata-mata, tetapi juga dari segi sosial. Antara sifat dan kualiti sosial seseorang guru ialah:-
1. Budi pekerti
2. Ramah mesra
3. Merendah diri
4. Semangat tinggi
5. Jujur
Mengikut Nilai-Nilai Keguruan, kualiti sosial seseorang guru merangkumi inovasi dalam hubungan sosial, berpekerti mulia, mudah suai, berdaya kepimpinan, kesedaran terhadap persekitaran serta sikap toleransi.
Secara umum, seseorang guru yang mempunyai sifat dan kualiti sosial yang murni dapat diperhatikan daripada keadaan-keadaan berikut:-
1. Murid-murid suka berdamping rapat dengannya.
2. Rakan-rakan sejawat suka bergaul dengannya.
3. Guru itu melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sosial.
4. Sering memberi sumbangan secara sukarela dengan penuh dedikasi.
Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak. Guru memainkan peranan untuk menyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan bangsa. Guru merupakan pelita kepada murid-muridnya. Seharusnya guru mempunyai segala sifat dan kualiti yang murni dan bernilai tinggi. Guru perlu menyemai dan memupuk sifat dan kualitinya sendiri di dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan pendidik, pengasuh serta penyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan bangsa.
Hanya guru yang memiliki sifat dan kualiti yang murni dan bernilai tinggi sahaja dapat menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab dengan sempurna dan penuh dedikasi.
SIFAT DAN KUALITI PROFESIONALSifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan syarat wajib seseorang guru yang bertauliah. Seseorang yang memegang jawatan guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional yang menjalankan tugasnya dengan berkesan. Guru yang memperolehi ijazah daripada universiti tidak semestinya boleh menjadi seorang guru yang berkesan.
Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional seperti berikut:-
1. Ingin tahu
2. Pengetahuan ikhtisas
3. Suka membaca
4. Kemahiran bertutur
5. Daya ingatan
6. Daya usaha
Mengikut Nilai-Nilai keguruan, kualiti profesional seseorang guru merangkumi semangat berdedikasi, peka kepada perubahan, sedar tentang keperluan negara, bersikap positif terhadap pembelajaran, dan mempunyai inovasi dalam tugas.
No comments:
Post a Comment