Keluarga merupakan satu kumpulan manusia yang ada hubungan darah atau hubungan melalui perkahwinan, di mana seseorang manusia dilahirkan dan dibesarkan. Ia adalah merupakan sebuah institusi sosial yang asas. Keluarga merupakan satu pengaruh yang terpenting dalam membentuk perkembangan sahsiah seseorang individu dari peringkat awal kehidupannya.
"Pembentukan sesuatu umat itu bermula dari keluarga.
Kekuatan dan kesejahteraan sesuatu negara itu
bergantung kepada kekuatan dan kesejahteraan keluarga".
Kekuatan dan kesejahteraan sesuatu negara itu
bergantung kepada kekuatan dan kesejahteraan keluarga".
SENARIO KELUARGA
Dapat diulaskan terdapat tiga senario keluarga. Ketiga-tiga senario ini adalah mengikut perubahan masa. Setiap perubahan masa itu akan membentuk pelbagai perubahan lagi, antaranya perubahan sosial, perubahan teknologi, perubahan cita rasa dan lain-lain. Senario keluarga itu adalah:-
1. Keluarga Dahulu:-
a) Keluarga yang belum ditimpa pengaruh penggantian atau pengaruh luar
b) Ikatan kekeluargaan adalah kuat dan mantap
c) Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting
2. Keluarga Sekarang:-
a) Sekolah berfungsi sebagai mendidik
b) Dipenuhi dengan peralatan elektrik dan elektronik
c) Tenaga manusia kurang diperlukan
3. Keluarga Akan Datang:-
Kalau dilhat perubahan-perubahan yang amat ketara antara keluarga dahulu dengan keluarga sekarang, maka semestinya banyak lagi perubahan kepada keluarga akan datang. Antara yang boleh difikir berlaku, masing-masing akan bersendirian:-
a) Belajar bersendirian melalui peralatan-peralatan berteknologi tinggi
b) Bermain bersendirian juga melalui peralatan-peralatan berteknologi tinggi
c) Hidup juga bersendirian kerana dikelilingi oleh peralatan-peralatan berteknologi tinggi
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN KELUARGA CEMERLANG
Dalam pembentukan keluarga cemerlang, psikologi keluarga memainkan peranan penting. Psikologi keluarga akan dapat mempengaruhi ahli-ahli menjurus kehendak yang diinginkan. Tanggung jawab ketua keluarga adalah membentuk keluarga cemerlang. Ini termasuk dalam kemahiran membuat keputusan terutama kepada setiap masalah yang berlaku kepada sesuatu keluarga.Pemakanan akan membentuk minda yang cemerlang. Pengurusan pemakanan keluarga wajar diurus dengan baik. Ia berkaitan dengan pengurusan kewangan keluarga. Sumber kewangan yang tidak baik akan menghasilkan pemakanan yang juga tidak baik. Bagaimana pembentukan keluarga cemerlang boleh dihasilkan sekiranya sumber pemakanan yang membentuk keluarga itu dari yang tidak baik?
Didikan agama amat penting dalam pembentukan keluarga cemerlang. Bersandarkan kepada agama akan dapat memantau setiap ahli keluarga. Agama perlu dijadikan dinding atau tembok yang dapat mempertahankan diri serta keluarga. Untuk mendapatkan didikan agama, budaya ilmu perlu disemai dalam keluarga. Setiap ilmu yang berfaedah perlu dituntut sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat.
Faktor-Faktor Keluarga Cemerlang:-
1. Kepimpinan Keluarga
2. Komunikasi Keluarga
3. Motovasi Keluarga
4. Didikan Agama
"Kita wajib memahami keadaan zaman
yang sedang kita tempoh sekarang ini secara terperinci,
benar dan mendalam tujuannya
supaya dapat diagnose penyakit dengan tepat
dan ubatnya tepat".
yang sedang kita tempoh sekarang ini secara terperinci,
benar dan mendalam tujuannya
supaya dapat diagnose penyakit dengan tepat
dan ubatnya tepat".
No comments:
Post a Comment