"Kita tidak pernah sedekat itu dengan kemenangan seperti ketika kita digagalkan oleh suatu sebab yang baik."
Salah satu dari pelajaran pertama hidup adalah mempelajari cara mengubah segala jenis penghalang menjadi batu loncatan dan memastikan kemenangan. Diperlukan keteguhan hati untuk menemukan unsur-unsur penaklukan di masa akan datang yang terdapat pada penghalang, perlawanan, kesulitan, kemalangan dan kegagalan. Keteguhan, sikap mental dan ketetapan hati yang dipertahankan pada bahagian diri beberapa orang ini yang membezakan apakah seseorang itu berjaya atau gagal.
Fakta bahawa seseorang yang gagal tidak selalu merupakan ukuran seseorang. Pengujian adalah sebagai berikut:-
1. Bagaimanakah cara ia mendapat kekalahan itu?
2. Apakah yang dilakukannya setalah itu?
3. Apakah ia menjadi putus asa?
4. Apakah ia bangun lagi?
5. Apakah ia beralih kepada perkara lain dan menangani yang lebih mudah?
6. Apakah ia mencubanya kembali?
7. Apakah ia bertahan untuk mempertahankan ketetapan yang tidak kenal istilah kalah itu?
Kekalahanlah yang menguatkan tulang, menguatkan otot dan membuat orang menjadi luarbiasa serta membentuk pembawaan jaguh yang semakin berkembang di dunia. Oleh itu, janganlah takut terhadap kekalahan.
Kegagalan adalah ujian terakhir bagi ketahanan, ketetapan hati dan hasrat membara. Hanya satu yang boleh terjadi dari dua perkara berikut iaitu kita melaluinya atau kita didahuluinya. Tiram yang terluka membentuk mutiara.
Dalam satu perkara, kegagalan adalah jalan mudah menuju kejayaan. Ia sama seperti setiap penemuan akan terjadi kesalahan yang mengarahkan kita untuk mencari cara yang benar dan setiap pengalaman baru mengandungi beberapa kekeliruan yang seterusnya membuat kita berhati-hati untuk mengelakkan kesalahan itu.
Semua pencapaian terbesar di dunia boleh terjadi kerana keteguhan hati dan kemenangan terbesar adalah yang dilahirkan oleh kekalahan sebelumnya. Mempelajari cara mengubah semua semua halangan menjadi batu loncatan dan memastikan kemenangan dari kekalahan adalah rahsia kejayaan.
1 comment:
kadang2 kala, berkali2 kita gagal baru berjaya....kegagalan byk kelebihan salah satunya adalah lebih bersikap terbuka, yakin pada diri, dapat menerima tohmahan org lain....
Post a Comment