"Siapa pun merasa puas dengan
apa yang dikerjakannya
adalah orang yang telah mencapai puncak
dan ia tidak akan maju lebih jauh lagi.
Takdir manusia bukanlah
untuk menjadi tidak puas
terhadap sesuatu yang dilakukannya
melainkan tidak puas selamanya
kerana menginginkan sesuatu."
Kalau ada zaman di dalam sejarah yang orang-orangnya harus diangkat dari tempatnya menuju ke tempat yang lebih tinggi, maka zaman itu adalah zaman kita ini. Berjuta-juta ringgit dihabiskan untuk mengadakan penelitian ke ruaang angkasa tetapi hanya sedikit sahaja yang digunakan untuk membantu orang untuk menemui dirinya. Yang dilakukan lebih dulu memang yang harus dilakukan lebih dulu merupakan peraturan yang harus diterapkan saat ini.adalah orang yang telah mencapai puncak
dan ia tidak akan maju lebih jauh lagi.
Takdir manusia bukanlah
untuk menjadi tidak puas
terhadap sesuatu yang dilakukannya
melainkan tidak puas selamanya
kerana menginginkan sesuatu."
Satu-satunya pembatasan yang ada terhadap diri manusia yang lebih tinggi iaitu dalam hal akal, karakter dan semangat adalah pembatasan yang diberikan oleh orang itu sendiri.
Maha Pencipta tidakl akan memberikan naluri kepada burung-burung di utara untuk terbang ke selatan pada musim tengkujuh kalau di selatan tidak menyediakan kehidupan yang memadai bagi burung-burung itu. Dia juga tidak akan memberikan kita idea, kerinduan dan cita-cita bila kita tidak mempunyai kuasa untuk mencapainnya.
Kesedaran kuat bahawa kita mampu mencapai sesuatu jauh lebih baik daripada yang pernah kita capai merupakan suatu tanda bahawa kesempurnaan adalah hal yang mungkin terjadi dan bahawa kita boleh mendapatkan waktu serta kesempatan untuk mengembangkanmodel kesempurnaan tersebut.
Tidak ada manusia sejati yang dapat hidup sebahagian saja, kalau ia secara murni telah menyedari bahawa hidup yang ia jalani hanya sebahagian. Sebahagaian hidup lainnya iaitu sebahagian yang lebih tinggi tentu akan membayanginya terus.
Nampaknya kita akan berhenti merindukan dan mengharap selama kita masih hidup. Ada hal-hal tertentu yang kita rasakan sebagai sesuatu yang indah dan baik dan kita tentu ingin dapat menikmati semua itu.
No comments:
Post a Comment