PENDAHULUAN
Kecemerlangan sekolah adalah berkait rapat dengan ketokohan Guru Besar sekolah berkenaan. Sekolah kelihatan kemas, bersih, tersusun dan mempunyai iklim dan budaya yang baik adalah hasil kebolehan dan keupayaan Guru Besar menguruskan sekolah. Guru-guru dan pelajar kelihatan gembira, ceria dan suka belajar di sekolah serta bangga dengan sekolah mereka. Disamping itu, pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar adalah sentiasa baik dan cemerlang.
CIRI-CIRI GURU BESAR OUTSTANDING
1. Pemimpin Problem-solvers dan Solution Driven
2. Sentiasa Dapat Dilihat
3. Senior Management atau Leadership Tean Perlu Kelihatan Kuat dan Berkesan
4. Budaya High Expectations of Performance
5. Ketua Bidang dab Ketua Panitia Mata Pelajaran Kelihatan Sebagai Orang Penting dan Pakar di Sekolah
6. Penekanan Berterusan Terhadap Kemajuan Profesionalisme
7. Melaksanakan Perubahan bagi Memantapkan Nilai dan Etos Sekolah
8. Penglibatan PIBG dan Lembaga Pengelola
9. Keberkesanan Resource Investigators
10. Sikap yang Positif Terhadap Penggunaan ICT
11. Peranan sebagai Kepimpinan Instructional
PENDEKATAN PENGURUSAN YANG BERKESAN
Bentuk pengurusan yang baik dan berkesan kebiasaannya mempunyai dua elemen yang besar.
1. Visi Sekolah yang perlu dikongsi bersama oleh semua warga sekolah
2. Teamwork perlu diwujudkan di setiap bahagian dalam struktur organisasi di sekolah.
Guru Besar akan sentiasa memastikan setiap peringkat dalam struktur organisasinya melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka secara optimum. Guru Besar akan menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah dalam pengurusan:
1. Melaksanakan Perubahan yang Berterusan
2. Guru-guru Sentiasa Mendapat Makluman
3. Bekerjasama Rapat dengan Senior Management dan Leadership Teams
4. Membina Daya Kepimpinan Di Sekolah
NILAI DAN KEPERCAYAAN
Semua Guru Besar yang berjaya perlu mempunyai set nilai dan kepercayan yang dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan, moral dan peribadi diri yang cemerlang. Mereka hendaklah mempunyai nilai dan kepercayaan yang jelas serta boleh dikongsi bersama guru-guru dan staf di sekolah berkenaan.
Terdapat beberapa bentuk nilai dan kepercayaan yang seharusnya dimiliki oleh Guru Besar seperti percaya kepada konsep peluang yang sama rata dan keadilan untuk semua yang tidak menekankan soal latar belakang, kaum dan agama orang di bawah mereka. Mereka juga perlu mempunyai ekspektasi yang tinggi, menghargai stakeholders, bekerjasama, mengamalkan teamwork. mempunyai komitmen yang tinggi dan berusaha memahami situasi dan persekitarannya.
Guru yang berjaya itu juga mempunyai nilai dan kualiti keperibadian yang tinggi seperti bersikap terbuka, senang didampingi, jujur, transparensi, mempunyai integriti, konsistensi, sedia mengambil risiko dan sentiasa mengambil berat terhadap orang lain. Nilai, kepercayaan dan kualiti keperibadian Guru Besar akan menyebabkan mereka dihargai, dihormati dan disanjung tinggi oleh orang bawahannya.
KESIMPULAN
Oleh itu, ciri outstanding leaders adalah perlu dimiliki oleh kepimpinan di sekolah. Sekolah yang cemerlang dan berkesan kebiasaannya diterajui oleh Guru Besar yang cemerlang. Mereka ini berupaya untuk membimbing dan memandu seluruh warga sekolah ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment