Guru Besar yang prihatin akan melaksanakan perubahan-perubahan ke arah menjadikan sekolah mereka lebih berkesan melalui nilai-nilai yang baik dan etos yang menggambarkan keunggulan sekolah mereka. Tindakan-tindakan yang tegas dan menyeluruh perlu dilaksanakan kerana mereka yakin nilai dan etos sekolah ini akan dapat membentuk suatu budaya yang menyokong keberkesanan sekolah.
Cahaya yang sentiasa menerangi bumi Allah. Ya Allah! Engkau terangilah hati hamba-Mu ini dengan hidayah-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahari pada siang hari dan Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya bulan pada malam hari. AMIN.
Saturday, March 31, 2012
Thursday, March 29, 2012
KEMAJUAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Guru Besar hendaklah menjadikan peningkatan profesionalisme di kalangan guru sebagai agenda utama di sekolah. Guru Besar bukan sahaja merancang dan mengadakan aktiviti perkembangan staf, malah menjadi role model dan mentor kepada guru-guru. Guru Besar perlu bersedia mengambil risiko dan berusaha membentuk budaya profesional learning community di sekolahnya agar seluruh warga sekolah mendapat pengetahuan dan maklumat terkini dalam dunia pendidikan.
Tuesday, March 27, 2012
TENAGA PAKAR DAN ORANG PENTING DI SEKOLAH
Guru Besar yang bijak akan berusaha menjadikan ketua atau pemimpin peringkat pertengahan iaitu ketua panitia mata pelajaran sebagai kumpulan pakar di sekolah. Sekiranya diturunkan kuasa kepada mereka untuk merancang dan membimbing guru dalam bidang kurikulum maka sudah tentu akan meringan tugas Guru Besar. Walau bagaimanapun, pemantauan perlu dilakukan supaya apa yang mereka lakukan tidak tersasar daripada matlamat sekolah.
Friday, March 23, 2012
BUDAYA 'HIGH EXPECTATIONS OF PERFORMANCE'

Budaya ini mempunyai ciri yang tertentu seperti tidak menyalahkan sesiapa jika menghadapi sebarang kegagalan. Di samping itu, wujud sesi dialog dan pertukaran fikiran di kalangan semua peringkat warga sekolah bagi membincangkan sesuatu perkara yang difikirkan perlu. Selain itu, Pengetua atau Guru Besar akan sentiasa berusaha membantu dan membimbing guru atau pelajar yang tidak menunjukkan keupayaan dan sentiasa menyokong sebarang usaha ke arah peningkatan prestasi sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum.

Wednesday, March 21, 2012
GURU BESAR PERLU SENTIASA DAPAT DILIHAT (HIGH VISIBILITY)
Sebagai pemimpin tertinggi di sekolah, Pengetua atau Guru Besar mestilah sentiasa dilihat oleh warga sekolah. Mereka perlulah selalu membuat pemantauan, pemerhatian dan meninjau apa yang berlaku di sekolah mereka. Guru-guru dan pelajar akan melaksanakan aktiviti dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh sekiranya Pengetua atau Guru Besar mereka sentiasa melihat apa yang mereka lakukan. Pengetua atau Guru Besar juga akan mendapat maklumat awal tentang apa sahaja yang berlaku di dalam kawasan sekolah mereka.
Sunday, March 18, 2012
HARGA SEGELAS SUSU
IMPAK YANG TIDAK TERJANGKAU OLEH IMAJINASI
Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis jualannya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.
"Kakak, boleh berikan saya segelas air?"
Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.
"Tunggu sebentar ya."
Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.
"Berapa ya saya berhutang dengan kakak?" katanya sambil menyeluk saku poketnya.
"Tak perlu bayar."
"Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambilapa-apa daripada orang lain tanpa bayaran."
"Kalau begitu bayarlah dengan ucapan 'alhamdulillah' dan terima kasih."
"Okey, alhamdulillah. Terima kasih kakak!"
Budak tersebut bersegera beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.
Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di bandar tersebut, dengan kelolaan doktor pakar.
Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepasanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.
Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita itu sihat sepenuhnya, tiba kepadanya skeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis:
"Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan terima kasih - Dr. Muhammad."

Thursday, March 8, 2012
JARINGAN
Jaringan merupakan satu usaha untuk membentuk hubungan dan jalinan yang bersifat saling memberikan manfaat serta simbiosis antara satu pihak dengan pihak yang lain. Bangsa-bangsa yang berjaya banyak mengaplikasikan elemen jaringan ini.
Antara perkara yang berkaitan dengan aspek jaringan ini adalah seperti berikut:-
1. Jaringan dalam hubungan umat akan membentuk kesepaduan dan kesatuan dalam umat. Hal ini akan menjana kekuatan umat. Allah SWT amat suka kepada hamba-Nya yang membela agama dan bersatu dalam jaringan yang kukuh.
Firman-Nya:-
"Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
(Surah As-Saff; 61: 4)
2. Asas kekuatan sesebuah perniagaan atau kekuatan ekonomi terbentuk daripada jaringan dan hubungan yang mantap antara pelakunya.
3. Tujuan utama jaringan hubungan diwujudkan adalah untuk menjana faedah yang lebih besar yang tidak mampu dilakukan secara bersendirian, memaksimumkan aktiviti "memberi dan menerima" disamping membentuk syiar dan benteng yang menggambarkan kekuatan umat.
4. Jaringan boleh berlaku dalam aspek perniagaan dan keusahawanan berkaitan dengan perkara promosi, berkongsi pengalaman, rantaian bekalan, pemasaran yang meluas, latihan bimbingan, sokongan, bantuan dan sebagainya.
5. Jaringan membentuk kesinambungan dan menjamin kestabilan serta dapat menjana kekuatan sesebuah umat.

Tuesday, March 6, 2012
KEMAHIRAN EKONOMI
Kemahiran ekonomi ialah kecekapan dan kepandaian yang diperlukan untuk menggerakkan aktiviti ekonomi agar mendatangkan manfaat. Kemahiran ekonomi boleh diterapkan dan dibentuk dalam sesebuah masyarakat melalui kaedah-kaedah seperti pewarisan, latihan, bimbingan dan pengajaran. Kemahiran ini amat diperlukan oleh sesebuah bangsa yang ingin berjaya dalam bidang ekonomi, khususnya umat Melayu.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan kemahiran ekonomi adalah seperti berikut:-
1. Kemahiran ekonomi membantu dalam aktiviti perniagaan . Kemahiran ini menyediakan asas dalam menggerakkan perniagaan dan merancang strategi pengendaliannya. Disamping itu, kemahiran ini turut membantu terhadap kejelasan matlamat dalam perniagaan serta membentuk wawasan yang mantap.
2. Kemahiran ekonomi yang mantap akan membentuk usahawan sebenar yang komited, berdisiplin, bersifat survival, sabar, proaktif, kreatif dan mampu menyumbang kepada pembangunan umat.
3. Pembelajaran mengenai pendekatan perniagaan, cara membina nilai keusahawanan, kaedah latihan, pengembangan perniagaan, pengurusan dan penjanaan modal dapat dipelajari daripada kemahiran ekonomi.
4. Umat Melayu perlu meneliti dan mengambil pengajaran tentang bagaimana bangsa yang berjaya dalam bidang ekonomi memajukan bangsa mereka melalui kemahiran dan kekuatan ekonomi yang mereka miliki.

Saturday, March 3, 2012
USAHA SEBAGAI PEMBENTUK IKHTIAR
Usaha ialah daya upaya yang berbentuk ikhtiar, kegiatan dan perbuatan untuk melaksanakan dan mencapai sesuatu perkara. Perbezaan antara individu yang berjaya dengan yang gagal adalah pada usaha. Setiap individu telah diberikan oleh Allah SWT potensi, peluang dan ruang yang sama untuk berjaya. Cuma tahap pergorbanan dan kesungguhan yang lahir daripada usaha yang tidak mengenal putus asa akan membezakan mereka.
Terdapat beberapa elemen yang berkaitan dengan usaha yang perlu kita fahami dan ketahui:-
1. Perkara yang dinilai oleh Allah SWT adalah usaha, bukannya hasil. Semakin tinggi dan ikhlas usaha seseorang itu, maka semakin dekat dengan keberkatan dan kejayaan daripada Allah SWT. Seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh akan membentuk komitmen yang tinggi, mengamalkan secara berterusan dan mampu bertahan dalam pelbagai cabaran dan situasi.
2. Usaha pemerkasaan nasib umat adalah satu tuntutan. Tahap kejayan pemerkasaan bergantung pada tahap usaha yang digembleng untuk mencapainya. Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

(Surah Ar-Ra'd; 13: 11)
3. Perancangan yang baik selalunya gagal tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Merangka perancangan mungkin dianggap mudah tetapi usaha untuk merealisasikan perancangan adalah satu perkara yang lebih susah. Kebiasaannya, masalah yang selalu dihadapi adalah usaha yang tidak bersungguh-sungguh untuk menjayakan perancangan, konflik tanggungjawab dan usaha yang tidak sampai ke penghujung.
4. Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan individu yang berjaya biasanya bermula daripada situasi hidup yang miskin dan susah. Usaha untuk keluar daripada situasi kesusahan dan membina kehidupan yang lebih cemerlang dikerah yang akhirnya membuahkan kejayaan. Dalam pemerhatian ini situasi dan azam menjadi mementum pada usaha yang gigih.
5. Pada asasnya, terdapat lima perkara yang mencetuskan usaha:-
a) Keinsafan dan kesedaran
b) Tekanan yang dihadapi
c) Matlamat yang jelas
d) Keperluan dan kehendak yang mendesak
e) Dorongan yang diterima

Subscribe to:
Posts (Atom)