Tuesday, March 6, 2012

KEMAHIRAN EKONOMI

Kemahiran ekonomi ialah kecekapan dan kepandaian yang diperlukan untuk menggerakkan aktiviti ekonomi agar mendatangkan manfaat. Kemahiran ekonomi boleh diterapkan dan dibentuk dalam sesebuah masyarakat melalui kaedah-kaedah seperti pewarisan, latihan, bimbingan dan pengajaran. Kemahiran ini amat diperlukan oleh sesebuah bangsa yang ingin berjaya dalam bidang ekonomi, khususnya umat Melayu.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan kemahiran ekonomi adalah seperti berikut:-
1. Kemahiran ekonomi membantu dalam aktiviti perniagaan . Kemahiran ini menyediakan asas dalam menggerakkan perniagaan dan merancang strategi pengendaliannya. Disamping itu, kemahiran ini turut membantu terhadap kejelasan matlamat dalam perniagaan serta membentuk wawasan yang mantap.

2. Kemahiran ekonomi yang mantap akan membentuk usahawan sebenar yang komited, berdisiplin, bersifat survival, sabar, proaktif, kreatif dan mampu menyumbang kepada pembangunan umat.

3. Pembelajaran mengenai pendekatan perniagaan, cara membina nilai keusahawanan, kaedah latihan, pengembangan perniagaan, pengurusan dan penjanaan modal dapat dipelajari daripada kemahiran ekonomi.

4. Umat Melayu perlu meneliti dan mengambil pengajaran tentang bagaimana bangsa yang berjaya dalam bidang ekonomi memajukan bangsa mereka melalui kemahiran dan kekuatan ekonomi yang mereka miliki.

No comments: