Thursday, March 8, 2012

JARINGAN

Jaringan merupakan satu usaha untuk membentuk hubungan dan jalinan yang bersifat saling memberikan manfaat serta simbiosis antara satu pihak dengan pihak yang lain. Bangsa-bangsa yang berjaya banyak mengaplikasikan elemen jaringan ini.

Antara perkara yang berkaitan dengan aspek jaringan ini adalah seperti berikut:-
1. Jaringan dalam hubungan umat akan membentuk kesepaduan dan kesatuan dalam umat. Hal ini akan menjana kekuatan umat. Allah SWT amat suka kepada hamba-Nya yang membela agama dan bersatu dalam jaringan yang kukuh.
Firman-Nya:-
"Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
(Surah As-Saff; 61: 4)

2. Asas kekuatan sesebuah perniagaan atau kekuatan ekonomi terbentuk daripada jaringan dan hubungan yang mantap antara pelakunya.

3. Tujuan utama jaringan hubungan diwujudkan adalah untuk menjana faedah yang lebih besar yang tidak mampu dilakukan secara bersendirian, memaksimumkan aktiviti "memberi dan menerima" disamping membentuk syiar dan benteng yang menggambarkan kekuatan umat.

4. Jaringan boleh berlaku dalam aspek perniagaan dan keusahawanan berkaitan dengan perkara promosi, berkongsi pengalaman, rantaian bekalan, pemasaran yang meluas, latihan bimbingan, sokongan, bantuan dan sebagainya.

5. Jaringan membentuk kesinambungan dan menjamin kestabilan serta dapat menjana kekuatan sesebuah umat.

No comments: