Tuesday, May 28, 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Perbiler teman nengor yang Kementeghian Pelajaghan udah tukor namernyer pader Kementeghian Pendidikan, teman pon lekas-lekas mukak kamus dewan untok nak mahamkan aper bezernyer atagher duer perkataan iyer itu "pelajaghan" dgan "pendidikan". Ini bukan apernyer, sebab demer senang-senang ajer nok nukor namer. Udah ler tuh, demer nih jugak senang bebenor nak nukorkan oghang. Aseikan nampak mangkang ajer muler demer nih gatei mulot ngan gatei tangan nak meneghobangkan oghang ajer.

Udah pon teman napatkan maner keduer-duer perkataan tuh. Bukanler maknernyer yang teman tuleh nih betui daghi pandangan teman. Teman ngater gitu sebab teman pon berpandukan pader kamus dewan ngan berbagei kamus lagi hinggerler teman ghaser dan teman fikio yang teman nih betui-betui faham. Yang teman ghaser boleh teman kongsikan samer-samer mengkomer yang macer blog temab nih. Mudah ajer kan? Teman bukannyer nak nyusah-nyusah sesaper.

Kalo ngikut kamus tuh, pelajaghan itu maksudnyer segaler aper yang dipelajaghi. Segaler aper yang diajorkan. Ini termasokler ilmu pengetahuan. Pelajaghan juger boleh dikaterkan satu peghoses iatu usaha dan kegiatan belajor. Satu peghoses mencaghi ilmu pengetahuan. Satu peghoses pengajian dan juger satu peghoses menuntut ilmu pengetahuan. Pelajaghan juger meghi makner sesuatu yang berkaitan dgan pengajaghan ilmu pengetahuan baik di sekolah atorpon di maner-maner tempat belajor.

Bagi pendidikan pulak yang meri makner atorpon maksud perihal mendidik. Ini termasok ler mendidik dgan ilmu pengetahuan yang maner membolehkan untok mendalami lagi pelajaghannyer. Pendidikan juger meghi didikan dan meghi ajaghan. Peghoses ini juger dlakukan atorpon dijalankan daghi peghengkat sekolah ghendah lagi sampei ler ke nubersiti.

Kalo teman nengok daghi keduer-duer perkataan tersebot, teman ghaser pendidikan aderler lebeh sesuei jiker nak dimandengkan dgan pelajaghan. Jadi memang sesuei ler bebenor biler demer nukorkan daghi Pementeghian Pelajaghan kepader Kementeghian Pendidikan keghaner ia lebeh sesuei. Jadi pader amatan teman, Muhyiddin buat ghekod ler sebab penggei pertamer dia jadi Menteghi Pelajaghan. Pastuh penggei keduer pulak dier jadi Menteghi Pendidikan. Hebat dak dier?

Soelnyer, naper biler tukor ajer sesoghang menteghi tuh maker tukorler dek demer namer kementeghian demer tuh. Giturler jadinyer. Teman pon jenoh mikionyer aper pasei jadi gitu. Hei ini bukan ajer jadik pader menteghi, malahan juger kepader ketuer-ketuer jabatan. Mengkomer nengok ajer kalo ader pertukoghan pengaghah ker atorpon ketuer pengaghah. Mesti ader sesuatu yang berlaku atorpon yang ditukorkan dek demer tuh.

Ader jugak yang ngangap biler tukor itu ini maker manyak syarikat dapat caghi makan. Usah yang besor-besor, yang kecek-kecek pon boleh caghi akan. Muler-muler tukor kepaler sughat. Pastuh tukor papan tander. Kalo kementeghian yang tukor namer 1Malaysia kener tukor. Daghi kementeghian, pastuh jabatan. Tughon pulak kepader pejabat. Las sekali pader sekolah pulak. Mengkomer fikioler saper yang dapat untong besor?

Sunday, May 19, 2013

1MALAYSIA ABAIKAN ORANG MELAYU?

Teman masih ingat lagi, semase Pak Lah jadi Perdana Menteghi perkeneikan "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang". Pastuh biler DS Najib naik pulak jadi PM, dier perkeneikan pulak "1Malaysia" kat ghakyat Mesia. Pader teman  memang ler sesuei bebenor slogan 1Malaysia tuh magi pupokkan perpaduan ghakyat Mesia yang berbilang kaum. 1Malaysia menjadi satu bangse yeritu bangse Mesia yang hormat antagher satu same laen dan berkeyakinan antagher satu samer laen.

Tetapi ader ker kita sebagei ghakyat Mesia nih betui-betui faham dengan konsep 1Malaysia tuh? Pader teman, setiap kaum itu mempunyei tafsighan yang sendighi. Bukan sajer antagher kaum malahan pader teman penduduk kampong ngan bandor pun ader perbezaan tafsighan tentang 1Malaysia nih. Gitu juger golongan muder teghuis teghaber2 mencaghi makner 1Malaysia. Oghang tuer2 pulak adakalanyer idak faham langsung tentang 1Malaysia.
Maker timbuiler perbezaan pendapat antagher NGO yeritu NGO Melayu dgan NGO Cina dan NGO India. Pader demer gagasan 1Malaysia nih difahami mengikut kepentingan dan kefahaman masing-masing. Ader pulak tuh pemimpin2 politik yang lebih sudu daghi kuah ndak bersembang bab 1Malaysia nih. Memasing ndak nunjuk2 yang demer tuh beghi sokongan dan ader komitmen ateh cetusan  idea daghi Perdaner Menteghi iyer itu DS Najib.
Cetusan 1Malaysia nih hasil daghi sokongan bukan Melayu yang tidak berpehak pader keghajaan. Cetusan ini aderler untuk ngambek ati kaum bukan Melayu. Ini seolah-olah nak nunjok keghajaan cuber faham kehendak dan permasalahan kaum bukan Melayu. Hasilnyer banyak tuntutan dan permintaan daghi demer tuh. Akibatnyer oghang Melayu akan pertikeikan. Oghang Melayu akan membantah sememe itu.



Friday, May 17, 2013

SELAMAT HARI GURU

GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI: 1 AGENDA


GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI: 1 AGENDA

  SELAMAT HARI GURU

Mari kita bangunkan guru beridealisme

Cikgu Azmi Abdul Hamid, 16 Mei 2013


Digelar guru dan berjawatan guru adalah suatu keistimewaan. Mengingatkan betapa panggilan Cikgu adalah abadi apabila seorang guru memang selesa dipanggil Cikgu sampai bila-bila. Sering kita merenungkan. Cikgu itu panggilan penuh hormat, penuh kasih. Terasa amat damai hati ini jika seorang murid lama menyebut "Dia itu cikgu saya dulu". Pastinya gurunya sampai bila-bila pun.

Akan tetapi, terfikir juga kita betapa menjadi guru itu adakalanya karier pilihan terakhir bagi setengah orang. Apabila sudah tertolak untuk menjawat jawatan yang lain yang dianggap lebih berprestij , maka guru-lah menjadi pilihan. Lalu ujudlah guru separuh hati. Lantaran tidak ada pilihan yang lain, digagahkan juga menjadi guru.

Maka berlakulah guru yang tidak sebenarnya berwatak guru yang sewajarnya. Berdepan dengan murid bagaikan tunggul. Tidak berinteraksi dengan mesra bersama murid, tidak terasa perlu menyantuni pelbagai karenah murid, tidak terasa ingin untuk  murid itu benar-benar menjadi manusia yang bermanfaaat kepada masayarakat , tidak mengendahkan untuk membantu murid yang lemah kerana faktor keluarga dirumah yang serba daif.

Inilah antara isu yang kami ingin ketengahkan ketika mengingatkan Hari Guru . Saban tahun secara ritual warga pendidikan merayakan hari istimewa ini buat guru. Dengan tetap menghormati guru sebagai insan paling istimewa selepas ibu bapa , maka persoalan yang seharusnya dilontar apakah impak yang paling besar diperoleh oleh seorang murid dari seorang guru.

Selain setiap guru membekas dari segi madah (subjek) yang diajar sehingga ada yang dilantik sebagai guru pakar, akan tetapi apakah ada yang lebih dari hanya sekadar itu pakar dalam bidang yang diajar.

Kita sangat mengalu-alukan adanya usha meningkatkan professionalisme perguruan. Skima mengijazahkan semua guru sebagai syarat utama untuk diterima sebagai guru yang memenuhi kriteria itu tidak salah. Malah amat diperlukan.

Soalnya yang agak kurang ditekankan ialah pembinaan watak guru sesungguhnya. Kami mengutarakan soal syakhsiyyah guru yang perlu diperkukuhkan kerana mereka ada tubuh yang menjadi kenderaan ilmu . Apabila guru bersakhsiyyah "hasanah" (baik) akan membentuk syakhsiyyah murid. Di sebaliknya jika berwatak "saiyi’ah " (buruk), maka kesan kepada pembinaan generasi akan parah.

Kami juga berpendapat Hari Guru membawa mesej hari berintrospeksi mengenai idealisme perjuangan membina generasi masa depan. Bermakna para guru adalah penanam benih idealisme bukan sahaja kepada masyarakat malah juga kepada anak murid. Seorang guru itu bertutur dan berfikir sebagai seorang futuris ( pemikir masa depan ) kerana yang menjadi kegusaran seorang guru ialah bagaimana anak muridnya perlu dibentuk pemikiran yang jernih dan murni untuk menyumbang kepada masyarakat yang beradab tinggi. Pastinya selepas itu membina tamadun tinggi.

Dalam era perjuangan kemederkaan, guru bukan sahaja memilih untuk mengajar anak bangsa tetapi adalah juga pencetus idealisme mencapai kemerdekaan tanah air.

Maka tercatat betapa ramai guru yang menjadi penggerak perjuangan yang sangat dihormati masyarakat. Catatan sejarah tidak berbohong. Memang sesungguhnya begitulah sejarah.

Hadiah terbesar seorang guru ialah menanam bibit idealisme di sanubari anak murid. Maka tidak sedikit guru pada zaman penjajahan, turun bersama di medan lapangan masyarakat, menyuara keprihatinan, mencetuskan semangat dan memberanikan diri berada dibarisan depan .

Oleh itu, ketika Hari Guru disambut pada tahun 2013 ini, di samping mengungkapkan ucapan sejuta  terima kasih dan sekuntum penghargaan, kami juga mengajak warga guru, diperingkat apa pun, mari kita bermuhasabah, mari kita mengoreksi diri, sejauh mana pendidik dan kependidikan, guru dan perguruan telah berjalan sempurna ke arah membangunkan tamadun cemerlang yang kita idamkan.

Selamat Hari Guru.

Cikgu Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras
16 hb Mei 2013

Wednesday, May 15, 2013

MENGAPER MENGKOMER KATER UMNO PARTI RASIS?

Teman idak ler faham ngaper ler pulak demer kater UMNO nih parti rasis atau kater paling senang mengkomer nak faham parti perkauman. Pader teman ini aderler tuduhan yang beghat weh. Mengkomer idak boleh ngater UMNO tuh parti rasis. Teman boleh buat manyak hujah ato contoh-contoh yang ngaterkan UMNO tuh BUKAN PARTI RASIS.

“Terbukti sejak dari dulu lagi, UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis. UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum yang akhirnya telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional,” katanya dalam ucapan dasar Presiden bertajuk “UMNO  Menjuarai Transformasi” pada Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Mengkomer macer ucapan Presiden UMNO kat ateh nih. Ader nampak rasis ker? Pader teman idak ler rasis sebab dia kater UMNO tolak ansur (jangan kener tolak beghansor2 sudah ler) antagher kaum yang boleh mencipter kestabelan sosial yang boleh mewujudkan kemakmoran nasional. Pader teman tolak ansor nih hanyer pader UMNO sahaja. Pasni mengkomer macer pulak ucapan DS Najib lagi kat bawah nih. Ini statistik PRU 1955. Ini bermakner sejak PRU 1 lagi UMNO idak rasis.

“Kita (UMNO) meletakan calon di hanya 35 kawasan berbanding MCA 15 (kawasan) dan MIC dua (kawasan). Walhal, daripada 52 kerusi yan g dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu dan hanya dua kawasan majoriti Cina,” katanya.

UMNO boleh magi kawasan majoriti Melayu kat Cina. Itu pon mengkomer kater rasis lagi. Kat maner mengkomer detak kepaler otak mengkomer memikiokannyer? Mengkomer nengok kat ucapan DS tuh. Ader 50 kawasan majoriti Melayu, UMNO detak calon hanyer 35 kawasan ajer. Ini bermakner 15 kawasan majoriti Melayu UMNO bagi kat MCA ato MIC. Ini mengkomer kater rasis lagi? Tak faham teman dengan mengkomer nih.

"Telah jelas dalam kompenan Barisan Nasional (BN) bahawa UMNO adalah parti yang terbesar tetapi atas semangat perkongsian dan permuafakatan bersama maka segala keputusan dilaksanakan secara konsensus dan kedudukan kaum-kaum lain turut dijaga serta tidak pernah dipinggirkan.”

Kat ateh nih pulak ucapan daghi Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim. Mubaghak nih aderler terdighi daghi bekeh2 wakil ghakyat UMNO. Kat sini teman setuju bebenor. Aper idak nyer. Teman ngambek contoh kat Pulo Pinang. Walopon satu ketiker udlu UMNO menang lebeh keghusi daghi GERAKAN tapi UMNO tetap beghi jawatan Ketua Menteghi tuh pader GERAKAN. Iniler dinamerkan SEMANGAT STIA KAWAN.

“Kita perlu melantik wakil pemimpin di kalangan masyarakat Cina di dalam kerajaan  bagi menyampaikan sebarang permasalahan kaum tersebut kepada kerajaan,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. 

Kat ateh nih pulak ucapan daghi oghang UMNO jugak iaitu Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad. Walopon undi Cina berpehak kepada DAP lebih daghi 90%, tapi keghajaan yang dipimpin oleh UMNO tetap melantik oghang Cina untuk mewakili kaum demer. Gitu jugak dengan oghang India pon akan dilantik. Sampai takat  inih pon mengkomer kater UMNO tuh rasis lagi? Sebenornyer manyak lagi yang UMNO nih bertolak ansor daghi muler merdeka sampai ler ke aghi nih. Teman haghap jangan ler pulak UMNO akan ditolak berghansor-ghansor jatoh ngeghodum ler pulak.


Wednesday, May 8, 2013

SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13 (PRU13)

Dedulu bangser Melayu nih peghonah capei zaman kegemilangan. Bangser Melayu terkenei selughoh pelosok dunia. Daghi Kepulauan Melayu hingger ler ke Benua Afghika. Ramei yang tahu akan kewujudan satu eknik ato bangser ato kaum yang bergelor Melayu. Dedulu,secagher teorinyer, bangser ato eknik ato kaum Melayu telah beghader di selughoh pelosok dunia.

Penghijrahan oghang Melayu maser dedulu bukan sekadar mencaghi keghojer ato mencaghi ghezeki malah terdapat juger oghang Melayu menjadi wargenegagha bagi sesebuah negagher yang demer diami. Datangnyer bangser Melayu di Benua Afghika adaler melalui pelayaghan sejak zaman-berzaman. Oleh itu anggapan kewujudan umat Melayu yang cukup sinonim dengan kedudukan geografinya hanya di Kepulauan Melayu boleh disangkal.

Umat Melayu peghonah dijajah hampir 500 tawon. Ketika dijajah, terdapat golongan yang berjuang uktuk kedaulatan bangser. Megheker cuber keluor daghi dibelengu penjajah. Megheker ini meghoperkan golongan yang bermentaliti kelas pertama. Megheker tidak mahu diri dan anak bangser dijajah. Megheker sanggup berjuang untuk menghalau penjajah dengan aper cagher sekali pon aseikan megheker bebas daghi penjajahan.

Namun, setelah mencapei kemerdekaan, apakah umat Melayu mampu mengembalikan kegemilangan yang peghonah dikecapi suatu maser dedulu?

Sunday, May 5, 2013

5 MEI 2013 - PILIHAN GHAYERN UMUM KE-13

Aghi nih teman pegi ngundi agak lambat daghi maser ngundi-ngundi yang lalu. Kalo dedulu teman awei-awei lagi pegi ngundi kigher-kigher pukui 9 ke pukui 10 tuh udah selesei teman ngundi. Aghi nih teman ngundi ngundi tepat jam 12.21 tengah haghi.

Maser teman keluor daghi ghomah, teman pegi caghi kedei makan. Itu yang teman pelik bebenor. Demer tahu aghi nih ngundi, oghang ramei datang tapi kedei-kedei makan yang sebelah tempat ngundi idak demer bukak. Pader teman maser ini ler bukak kedei udah tentu oghang ramei datang ndak makan samader belum ngundi ato pun lepeh ngundi.

Udah jenoh teman nyeghoyer, bagu ler teman myumper ader sebuah kedei yang bukak. Itu pon jauh sikit daghi tempat ngundi. Teman pon nyinggah sebab udah lapor bebenor. Nasib baik kedei tuh sistem layan dighi tapi jenoh jugak ler beghator nak ngambek makanan. Itu beghator pasei nak makan. Pasni kener beghator lagi pasei ndak ngundi.

Lepeh makan, teman stat keter pegi ler mengaler tempat ngundi yang diaghahkan ngikut soghat SPR. Jauh jugak tempat tuh beh kughang 10 km jugak. Maser nempoh pekan,punyaler jem. Kalo ader ghoti sedap nih colek ngan jem. Hahahahahahaha. aper idaknyer nak lalui ikut pekan tuh ader 3 ke 4 buah tempat ngundi. Oghang pon ramei. Keter pon banyak detak dek demer kat tepi-tepi jalan tuh.

Sesampei ajer teman kat tempat ngundi. Idak ler teman tahu yang teman nih ramei peminat gak. Maner idaknyer. Belum beghaper elok keter teman detak udak diseghobu dek demer. Idak kigherler lelaki ker pompuan. Elok ajer teman kuor keter, udah macam artis pulak teman. Demer ngeghomon teman pulak. Ader yang sampei pelok-pelok bahu. teman noleh sibbaik lelaki kalo idak abeh batel ayo semayang teman.

Iniler masernyer demer nunjuk kad-kad bergambor ngan teman. Teman ingatkan demer nyusghoh nyaing otograf. Teman pon ngeluor pen parker teman. Buat malu ajer. Ghoper-ghopernyer bukan kad otograf tapi gambor calon-calon yang bertanding aghi nih. Naper ler demer idak nak ngempen pader teman sebelum nih yerk? Aper salahnyer ngajak teman ngeghop-ngeghop ayo angat kat maner-maner kedei. Beghaper duit
sangat?


Teman nyemak namer teman nak tahu saloghan braper. Udak semak, demer yang bertugeh tuh ngabor teman nih kener ngundi kat saloghan 1. Saloghan oghang0oghang lamer ler tuh. Hahahahaha. Udak dapat kat nentukan bilik tempat ngundi, temanpon nuju ke bilik nombor satu. Nunjuk paspot (Kad Pengenalan ler tuh, idak faham-faham). Udah di rul namer teman dgan pensel dicalitnyer pulak jaghi maneh teman ngan dakwat. Pastuh ambek kerteh undi.

Kat tempat nak nenyeh kerteh undi teman idak fikio-fikio lagi teghuis teman pangkah kat calon pilihan teman. Calon pilihan teman tuh dah teman setkan dalam kepaler otak teman sejak aghi penamaan calon lagi. Itu kigher baguis ler, idakler terfikio-fikio maser kat dalam bilik mengundi.

Thursday, May 2, 2013

BILA MUSIM PILIHAN RAYA UMUM

Kat maner2 teman nengok jalan ghayer jem. Kat tengah2 pekan, jem. Luor pekan, jem. Dalam kampong, jem. Luor kampong, jem. Demer semedang melawak kalao jalan jem lekeh2 mengkomer meli ghoti benggali. Oghang ngelor juger ghori paun. Boleh colek ghoti2 tuh ngan jem. Alahai, lawak lupak mengkomer. Nak lawak jugak tak kan nak seghiur memanjang. Musim2 pilihan ghayer nih nak kener jugak gelak ketawa atao pun kener juga ngekek2.

Aper ker idak jem nyer. Saner sini oghang muat ato maik jalan. Betuiler ader oghang ngaterkan dedulu, "kalau ndak pilihan ghayer, Jabatan Jalan Ghayer pun nughap jalan ghayer. Selamer ini tak sior demer maik jalan2 yang udah berlubang saner sini. Jalan yang udak ghosak. Jalan yang bukan boleh dipangge jalan ghayer lagi. Udak macam jalan balak ajer. Itu pun naseb baik keter boleh lalu.

Yang teman heghankan semer jalan2 yang demer maik tuh jalan bertughap dgan tar. Jalan2 yang tanah meghah idak pulak demer nampak. Jalan2 yang yang masok ke pos2 macam Pos Kualer Mui idak demer nampak. Jalan2 ke Pos Legap idak demer nampak. Yang demer nampak jalan2 yang masuk ke Pos Opeh ajer. Nasib ler mengkomer yang dudok ke dalam2 tuh. Idak kigher kat negheri maner mengkomer dudok. Asei kat dalam ajer, nasib mengkomer jer.

Bukan jalan ajer yang demer maik. Memacam lagi demer muat. Jalan demer muat. Pastu ader majelieh pecah tanah ler. Majlis Makan Malam ler. Majlis Bersamer Ghakyat ler. Kesian ghakyat jelater. Pangge ke majlis  pakai sms ajer. Itu pon kalo demer pangge. Biler udak kumpui ghamei2 muler demer kater. "Puyooo, ghamei benenor yang nyokong aku....." Mulerler kelabu bijik mater. Muler beghangan jadi wakil ghakyat. Sebab udak ghamei yang nampak nyokong.

Pasei ndak magi sekor duer anak ayam pon kener mangge oghang besor2. Pasei nak magi sebatang duer anak beneh pokok pon mangge oghang beso2. Pasei nak magi sekampet duer bajer pon mangge oghang beso2. Idak ader keghojer len ker oghang besor2 tuh weh. Kan ker keghojer demer tuh melambak2 manyaknyer naper di nganggu maser keghojer demer? Naper dikaitkan demer ngan keghojer politik? Bukan kakitangan awam idak boleh aktif ngan politik. Kalo nak berpolitik juger muat permohonan. Ader faham?

Pastu pulak kakitangan awam dipakser berkompui. Pegi ke majelis2 oghang politik. Kalo kat sekolah ghioh ghendah bebudak muat bising kat sekolah sebab udah ghamei ghuru2 yang kener pegi ke majelis2. Kalo kat pejabat keghajean pulak abis tutop kaunter2 kat pejabat tuh. Nyusah kan oghang ramei nak muat ughusan. Nyusahkanb oghang ramei nak nyiapkan aper2 dokumen yang perlu diughuskan dengan pejabat gomen itu.
Ngusahkan kakitangan awam yang terpakser ninggekan keghojer di pejabat memasing.

Selamer aghi nih idak ler oghang kampong kenei. Biler udah pekeneikan "iniler bakal YB" kawasan kiter baghu ler oghang kampong kater, "Yer ker, naper baghu ler nih nampak batang idong?" Biser jugak cakap pok cik ngan mok cik tuh yerk. Aper boleh buat, teghimer ajer ler memang udak peghangei mengkomer macem itu. Nak muat macam maner. Bukan idak ader pengajaghan yang sudah2, tapi mengkmomer buat juger penghangei macam itu.