Wednesday, May 15, 2013

MENGAPER MENGKOMER KATER UMNO PARTI RASIS?

Teman idak ler faham ngaper ler pulak demer kater UMNO nih parti rasis atau kater paling senang mengkomer nak faham parti perkauman. Pader teman ini aderler tuduhan yang beghat weh. Mengkomer idak boleh ngater UMNO tuh parti rasis. Teman boleh buat manyak hujah ato contoh-contoh yang ngaterkan UMNO tuh BUKAN PARTI RASIS.

“Terbukti sejak dari dulu lagi, UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis. UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum yang akhirnya telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional,” katanya dalam ucapan dasar Presiden bertajuk “UMNO  Menjuarai Transformasi” pada Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Mengkomer macer ucapan Presiden UMNO kat ateh nih. Ader nampak rasis ker? Pader teman idak ler rasis sebab dia kater UMNO tolak ansur (jangan kener tolak beghansor2 sudah ler) antagher kaum yang boleh mencipter kestabelan sosial yang boleh mewujudkan kemakmoran nasional. Pader teman tolak ansor nih hanyer pader UMNO sahaja. Pasni mengkomer macer pulak ucapan DS Najib lagi kat bawah nih. Ini statistik PRU 1955. Ini bermakner sejak PRU 1 lagi UMNO idak rasis.

“Kita (UMNO) meletakan calon di hanya 35 kawasan berbanding MCA 15 (kawasan) dan MIC dua (kawasan). Walhal, daripada 52 kerusi yan g dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu dan hanya dua kawasan majoriti Cina,” katanya.

UMNO boleh magi kawasan majoriti Melayu kat Cina. Itu pon mengkomer kater rasis lagi. Kat maner mengkomer detak kepaler otak mengkomer memikiokannyer? Mengkomer nengok kat ucapan DS tuh. Ader 50 kawasan majoriti Melayu, UMNO detak calon hanyer 35 kawasan ajer. Ini bermakner 15 kawasan majoriti Melayu UMNO bagi kat MCA ato MIC. Ini mengkomer kater rasis lagi? Tak faham teman dengan mengkomer nih.

"Telah jelas dalam kompenan Barisan Nasional (BN) bahawa UMNO adalah parti yang terbesar tetapi atas semangat perkongsian dan permuafakatan bersama maka segala keputusan dilaksanakan secara konsensus dan kedudukan kaum-kaum lain turut dijaga serta tidak pernah dipinggirkan.”

Kat ateh nih pulak ucapan daghi Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim. Mubaghak nih aderler terdighi daghi bekeh2 wakil ghakyat UMNO. Kat sini teman setuju bebenor. Aper idak nyer. Teman ngambek contoh kat Pulo Pinang. Walopon satu ketiker udlu UMNO menang lebeh keghusi daghi GERAKAN tapi UMNO tetap beghi jawatan Ketua Menteghi tuh pader GERAKAN. Iniler dinamerkan SEMANGAT STIA KAWAN.

“Kita perlu melantik wakil pemimpin di kalangan masyarakat Cina di dalam kerajaan  bagi menyampaikan sebarang permasalahan kaum tersebut kepada kerajaan,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. 

Kat ateh nih pulak ucapan daghi oghang UMNO jugak iaitu Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad. Walopon undi Cina berpehak kepada DAP lebih daghi 90%, tapi keghajaan yang dipimpin oleh UMNO tetap melantik oghang Cina untuk mewakili kaum demer. Gitu jugak dengan oghang India pon akan dilantik. Sampai takat  inih pon mengkomer kater UMNO tuh rasis lagi? Sebenornyer manyak lagi yang UMNO nih bertolak ansor daghi muler merdeka sampai ler ke aghi nih. Teman haghap jangan ler pulak UMNO akan ditolak berghansor-ghansor jatoh ngeghodum ler pulak.


No comments: