Tuesday, July 30, 2013

JADILAH PENDIDIK YANG HEBAT

Ramai ilmuan menyatakan bahawa "pendidikan asas kejayaan sesebuah negara". Ini menunjukkan betapa pentingnya pendidikan kepada setiap manusia. Dalam belanjawan negara juga meletakkan pendidikan sebagai yang utama dengan peruntukan wang begitu banyak. Pendidikan juga merupakan pembentuk generasi yang bakal menjadi pemimpin negara.

Untuk mendidik seseorang itu tidak semestinya perlu mempunyai title guru atau pensyarah kerana kerja mendidik ini terlalu luas. Mendidik diri sendiri adalah peranan individu itu sendiri. Begitu juga apabila mendidik keluarga terutama anak-anak yang bakal menjadi peneraju sebuah negara atau setidak-tidaknya sebuah keluarga. Setiap individu perlu persiapkan diri dengan pelbagai ilmu terutama ilmu dunia dan akhirat.

Setiap individu perlu menitikberatkan persoalan pendidikan. Pencarian ilmu perlu dijadikan budaya dalam kehidupan. Budaya ilmu adalah berkait rapat dengan budaya membaca. Melalui pembacaan ilmu itu kita perolehi. Selain itu, ilmu juga ditemui melalui pengalaman sendiri atau pun pengalaman orang lain. Untuk menjadikan budaya ilmu itu tertanam dalam sanubari individu galakan dan bimbingan wajar diberikan.

Kalau di peringkat rendah, sekolah adalah merupakan organisasi pencarian ilmu. Seterusnya sampailah kepada peringkat kolej dan institut pengajian tinggi. Semua organisasi ini wajar dijadikan sebagai pusat transformasi pendidikan. Suatu masa ketika dahulu, masjid dan surau telah dijadikan masyarakat sebagai pusat transformasi pendidikan. Bagitu juga organisasi-organisasi keagamaan yang lain.

Terdapat beberapa sifat yang perlu ada pada seseorang apabila ingin menjadi pendidik yang berkesan. Pendidik yang berkesan adalah pendidik yang hebat. Pendidik yang berkesan juga akan menjadikan dirinya ramai pengikut. Pendidik yang berkesan akan menjadikan pelajarnya berjaya dengan cemerlang dan akan membentuk sebuah generasi yang gemilang serta menjadi harapan kepada sesebuah negara.

Sifat-sifat pendidik yang hebat:-
1. Ikhlas
2. Mengamalkan apa yang dilafazkan
3. Sabar
4. Jujur
5. Humor dalam pendidikan
6. Berani kerana benar


No comments: