Tuesday, July 9, 2013

RAMADAN DATANG LAGI

 Maka esok 1 Ramadan 1434H bersamaan 10 Julai 2013 bermulalah semua manusia yang mengaku dirinya beragama Islam berpuasa. Ibadat puasa dalam bulan Ramadan adalah merupakan Rukun Islam yang ketiga.

Lafaz niat puasa dalam bulan Ramadan:-
"Sahaja aku puasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."

 Lafaz niat puasa sebulan dalam bulan Ramadan:-


"Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala."

Perkara-perkara yang membatalkan puasa:-
1. Makan dan minum pada siang hari dengan sengaja
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan  dengan sengaja
3. Muntah dengan sengaja
4. Melakukan pesetubuhan pada siang hari
5. Mengeluarkan mani denganj sengaja
6. Keluar darah haid dan nifas
7. Gila
8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari
9. Berbuka puasa sebelum masuk waktunya
10. Murtad

Nikmat puasa:-
1. Mengukuhkan iman dan takwa kepada Allah s.w.t.
2. Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbang rasa dan bersyukur
3. Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan
4. Menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak.

Doa berbuka puasa:-
"Ya Allah, kerana Engkau aku berpuasa dan kepada Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"
 

No comments: