Saturday, June 29, 2013

SABTU DAN AHAD MASIH BEKERJA

"Munirah minta maaf mak sebab tak dapat nak balik kampung. Sabtu ini ada aktiviti kat sekolah Munirah. Sabtu lepas ada ladap". jelas cikgu Munirah kepada maknya di kampung melalui telefonnya.
"Sabtu depan boleh tak balik." rayu mak cikgu Munirah. "Mak nak buat doa selamat dan tahlil untuk arwah ayah kamu sebelum kita berpuasa nanti." sambung mak cikgu Munirah.

"Insya-Allah, mak, Munirah tak berani nak janji." balas cikgu Munirah.
Begitulah antara perbualan cikgu Munirah dengan maknya melalui telefon. Sebenarnya cikgu Munirah sudah lama tak balik ke kampung menjenguk maknya. Kampung cikgu Munirah terletak di Pasir Mas, Kelantan. Manakala cikgu Munirah mengajar di sebuah sekolah di. daerah Kuala Kangsar. Bukan jauh sangat, tambahan sudah ada Lebuh Raya Timur Barat yang boleh dilalui tak kira masa kerana sentiasa ada kenderaan melaluinya.

Sedeh juga hati cikgu Munirah bila mengenang permohonan maknya itu. Sejak ayahnya meninggal dunia dua tahun yang lalu, berkali-kali cikgu Munirah mengajak maknya duduk sekali dengannya di Kuala Kangsar. Namun, emaknya lebih selesa tinggal di Pasir Mas. Tambahan pula, hasrat nak menjaga rumahnya dan emak cikgu Munirah banyak memelihara ayam kampung.
 Arwah ayah cikgu Munirah dulu juga seorang guru. Arwah mengajar di sebuah sekolah di Pasir Mas. Genap sepuluh tahun bersara, ayah cikgu Munirah telah meninggal dunia di Mekah iaitu semasa mereka sekeluarga seramai sepuluh orang menunai umrah. Adik beradik cikgu Munirah ada seramai enam orang. Cikgu Munirah merupakan anak yang bongsu dan belum berkahwin. Cikgu Munirah baru dua tahun mengajar selepas menerima ijazah di Institut Pendidikan Guru di Cheras.
 Abang dan kakak cikgu Munirah semuanya sudah berkeluarga tapi semuanya tidak menetap di Kelantan. Abang sulungnya menjadi doktor di Miri, Sarawak. Abang Ngahnya pula seorang Jurutera Petroleum di Terengganu. Abang Alangnya seorang pensyarah di sebuah universiti di utara. Manakala kakak sulongnya menyambung pelajaran peringkat PHD di sebuah universiti di Amerika Syarikat. Peluang ini diambil kerana mengikut suaminya yang bertugas di sana. Kak Ngahnya seorang akauntan sebuah syarikat di Johor.
 "Sebuk sungguhkah seorang guru sekarang?" itulah soalan yang sering diutarakan oleh emaknya. Mungkin emak cikgu Munirah membandingkan arwah suaminya seorang guru dengan anak bongsunya juga seorang guru. Kalau dilihat sekarang ini, jadual kerja guru tidak menentu. Orang yang bekerja pejabat boleh bersenang-lenang bersama keluarga apabila tibanya hari Sabtu dan Ahad. Cikgu pula setelah bersama murid-murid dari hari Isnin sehingga Jumaat. Sabtu dan Ahad pula terpaksa diisi dengan aktiviti sekolah yang lain.

Kalau dulu pekerja pejabat akan berasa cemburu dengan guru, tapi sekarang sebaliknya. Guru pula akan mencemburui pekerja pejabat. Tugas guru tak masa, pagi, petang dan malam pasti ada tugas menunggu seorang guru. Tambahan pula kalau guru membuat pengisian data dan sebagainya yang memerlukan kerja secara online. Kekadang terdapat guru yang bangun tengah malam bukan untuk qiamulai tapi semata-mata untuk pengisian data.

No comments: