Wednesday, June 26, 2013

AKU SEORANG GURU DI PEDALAMAN SARAWAK

Aku melepak di SMK dengan Abe sambil menunggu solat Maghrib.
Tiba-tiba terdengar dentuman guruh.

"arghhhhh, ini dah bagus" teriak aku.
 


Lalu hujan turun dengan selebatnya. Hati aku gembira, hati aku berbunga, hati aku mekar.

Namun hujan terus melebat, dan memang kurang selamat untuk aku keluar pulang ke teratak kayu aku itu dengan berbasikal.

Kelak, badan sakit, kepala sakit, dan basikal aku empunya itu pun turut sakit.

Selesai Isya, hujan mula reda... aku pun meminta izin Abe untuk pulang ke rumah.

Memang rezeki aku malam ini, makan pucuk paku belacan dengan telur dadar di alas dengan nasi putih.

Timo kasih la Abe.

Aku kayuh segera ke teratak kayu aku itu.


 
Jika orang yang baru kenal teratak kayu aku itu, mungkin mereka ingat itu rumah berpuaka, namun itu la teratak aku berlindung berteduh selama setakat ini dengan sewaan bulanan itu.

aku meletakkan basikal ku, dengan pantas tetapi berhati-hati, aku melangkah laju ke belakang rumah.

Kulihat Tong air merah ku yang ku Beli di Miri Departmental Store Jalan KFC itu.

Tong air aku sudah penuh!

Tong air aku sudah penuh!

Tong air aku sudah penuh!

Maka, terlepas sudah sementara azab ku di kala kemarau melanda bumi Long San ini.

Di hati kecil aku berharap, esok hujan lagi, maka mudahlah aku mandi, membasuh, mencuci, memasak dan berwudhu.



Ini lah namanya kehidupan, di saat begini, hal kecil pun menjadi suatu nikmat yang bermakna dalam kehidupan.

Itu baru air, kerana aku tidak lagi memikirkan kelicikan hal-hal remeh di sini, yang pasti, aku mahukan asasi hidup ku terjaga, dan lebih selesa.

Semoga hati ini terus tabah, berani, sabar dan ikhlas dalam menempuh hari-hari esok.

(Salam Sayang Dari Baram)

No comments: