Memang tidak dapat dinafikan, ramai orang Melayu yang telah berjaya mencipta nama di dunia ini. Mereka telah berjaya meletakkan orang Melayu berjaya dalam pelbagai bidang. Persoalannya, sejauh manakah kejayaan orang Melayu tersebut berjaya mengatasi cabaran untuk membentuk mentaliti kelas pertama bagi orang Melayu? Terdapat banyak prasyarat untuk meletakkan mentaliti kelas pertama kepada orang Melayu. Pelbagai bidang perlu dikuasai. Antaranya bidang agama, politik, pendidikan, ekonomi, sosial, perundangan, alam sekitar, sains dan teknologi, budaya dan sukan.
Minat untuk hadir ke program-program agama perlu ditingkatkan. Ini boleh dilakukan secara langsung dan juga tidak langsung. Terdapat banyak program-program agama sekarang ini sama ada terbuka atau pun melalui media massa. Banyak pilihan yang boleh dibuat oleh orang Malayu sekiranya berminat. Masa kini terdapat banyak institusi pengajian tinggi sama ada tempatan atau luar negara yang melahirkan graduan Melayu dalam bidang Agama.
Orang Melayu juga perlu boleh menerima perubahan positif dalam perkembangan global. Orang Melayu juga perlu boleh menerima anjakan paradigma melalui sikap terbuka dan ketelusan dalam kritikan. Elakkan mempertahankan pendirian hanya kerana semata-mata untuk kepentingan sendiri. Kepentingan sejagat perlu dipertahankan melalui fikiran yang strategik.
Orang Melayu yang mempunyai mentaliti kelas pertama sewajarnya berintegriti. Personaliti dalam profesionalisme juga perlu diutamakan. Berbudaya saing sejajar dengan kemahiran diri. Disamping itu, sahsiah dan akhlak yang tinggi perlu dikekalkan dalam menjaga adat resam, tatasusila serta mengawal nilai-nilai murni agama dan budaya.
Keterbukaan dan keadilan dalam politik sering dilaungkan. Sewajarnya ianya ada dalam diri orang Melayu yang mempunyai mentaliti kelas pertama. Situasi ini bukan hanya tertakluk kepada orang politik Melayu. Ianya penting kepada orang Melayu di semua peringkat.
Untuk menjadi orang Melayu yang mempunyai mentaliti kelas pertama cara berfikir perlu dikembangkan. Daya berfikir mesti tinggi. Mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif. Juga mempunyai pemikiran yang inovatif. Meletakkan penguasaan yang tinggi dalam ilmu terutama dalam bidang ekonomi, kewangan, sains dan teknologi, kejuruteraan dan juga bidang politik.
No comments:
Post a Comment