Tuesday, December 20, 2016

SOLAT SUNAT ASAR

SOLAT SUNAT ASAR 
Setelah masuk waktu Asar, selepas Azan, maka disunatkan kita Solat Sebelum Solat Fardhu Asar.
Lafaz Niat:-
Usolli Sunnatal Ashri Rak'ataini Lillaahi Ta'ala
"Sahaja aku Solat Sunat Asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala".
Rakaat Pertama:-
- baca Al-Fatihah 
- baca surah Al-Ikhlas
Rakaat Kedua:-
- baca Al-Fatihah 
- baca surah An-Nas
Sekiranya kita ingin menambahkan amal, lakukan dua rakaat lagi Solat Sunat Asar.
Setelah mengerjakan Solat Fardhu Asar, tidak lagi melakukan Solat Sunat Selepas Asar.

Monday, December 19, 2016

SOLAT SUNAT ZOHOR

SOLAT SUNAT SEBELUM FARDHU ZOHOR
Setelah masuk waktu Zohor dan, sekiranya berada di Masjid iaitu berjemaah; sesudah Azan sebelum Qamat atau ketika di rumah ada baiknya mengerjakan Solat Sunat Sebelum Solat (Fardhu) Zohor yang termasuk dalam bahagian Sunat Muakkad.
Lafaz Niat:-
Usolli Sunnataz Zuhri Rak'ataini Qabliyatan Lillaahi Ta'ala
"Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor, dua rakaat kerana Allah Ta'ala".
Rakaat Pertama:-
- baca Al-Fatihah 
- baca surah Al-Kafirun (boleh juga baca surah yang lain)
Rakaat Kedua:-
- baca Al-Fatihah 
- baca surah Al-Ikhlas (boleh juga baca surah yang lain)
SOLAT SUNAT ZOHOR
Sekiranya mengharapkan ganjaran yang banyak, setelah memberi salam Solat Sunat Sebelum Solat Zohor, lakukan dua rakaat lagi Solat Sunat Zohor.
Lafaz Niat:-
Usolli Sunnataz Zuhri Rak'ataini Lillaahi Ta'ala.
"Sahaja aku Solat Sunat Zohor dua rakaat kerana Allah Ta'ala".
Rakaat Pertama:-
- baca Al-Fatihah 
- baca apa-apa surah yang kita kehendaki
Rakaat Kedua:-
- baca Al-Fatihah 
- baca apa-apa surah yang kita kehendaki
SOLAT SUNAT SELEPAS FARDHU ZOHOR
Setelah Solat Fadhu Zohor dan sesudah wirid dan berdoa, sebaiknya lakukan Solat Sunat Selepas Solat Zohor.
Lafaz Niat:-
Usolli Sunnataz Zuhri Rak'ataini Ba'diyatan Lillaahi Ta'ala
"Sahaja aku Solat Sunat Selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Ta'ala".
Rakaat Pertama:-
- baca Al-Fatihah 
- baca surah Al-Ikhlas
Rakaat Kedua:-
- baca Al-Fatihah 
- baca surah An-Nas
SOLAT SUNAT ZOHOR
Kalau hendak menambahkan amalan, lakukan lagi dua rakaat Solat Sunat Zohor..
Lafaz Niat:-
Usolli Sunnataz Zuhri Rak'ataini Lillaahi Ta'ala
"Sahaja aku Solat Sunat Zohor dua rakaat kerana Allah Ta'ala".
Rakaat Pertama:-
- baca Al-Fatihah 
- baca surah Al-Ikhlas
Rakaat Kedua:-
- baca Al-Fatihah 
- baca surah An-Nas

Sunday, December 18, 2016

SOLAT SUNAT RAWATIB

 Image may contain: text

SOLAT SUNAT RAWATIB
Solat Sunat Rawatib ialah solat-solat yang dilakukan sebelum dan sesudah solat fardhu lima waktu iaitu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.
Solat Sunat Rawatib terbahagi kepada dua bahagian:-
A. Sunat Muakkad iaitu sunat dianjurkan sekali dan dikuatkan untuk
diamalkan, dan terdiri dari:-
a) Dua rakaat sebelum Fardhu Zohor dan dua rakaat 
sesudahnya.
b) Dua rakaat sesudah Maghrib
c) Dua rakaat sesudah Isyak
d) Dua rakaat sebelum Subuh
B. Sunat Ghair Muakkad iaitu terdiri dari:-
a) Dua rakaat (selain Muakkad) sebelum Fardhu Zohor dan dua 
rakaat sesudahnya. 
b) Empat rakaat sebelum Fardhu Asar dengan dua salam, tidak 
ada sesudahnya.
c) Dua rakaat sebelum Isyak dan dua rakaat sesudahnya (selain 
Muakkad).
Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib itu serupa juga dengan Solat Subuh. Bezanya hanya:-
1. Qunut tidak dibaca
2. Dilakukan bersendirian tidak berjemaah
3. Tidak didahului dengan azan dan qamat
4. Suara tidak dikuatkan
5. keutamaan Solat Sunat Rawatib adalah di rumah.
Solat-solat tersebut, yang dikerjakan sebelum solat fardhu dinamakan "Qabliyyah" dan yang dikerjakan sesudah solat fardhu dinamakan "Ba'diyah".
 Image result for solat sunat rawatib mengikut sunnah
Pedoman melakukan Solat Sunat Rawatib:-
- Niatnya menurut jenis solat
- Tidak dengan azan dan qamat
- Tidak dengan berjemaah
- Bacaannya tidak dinyaringkan
- Jika lebih dari dua rakaat, tiap-tiap dua rakaat satu salam
- Diutamakan sebaiknya berubah sedikit dari tempat mengerjakan 
solat fardhu.
 Image result for solat sunat rawatib mengikut sunnah

Saturday, December 17, 2016

SOLAT SUNAT WUDUK

SOLAT SUNAT WUDUK
Apabila selesai mengambil wuduk, maka disunatkan mendirikan solat sunat dua rakaat yang disebut Solat Sunat Wuduk yang dilakukan sebanyak dua rakaat.
Lafaz Niat:-
Usolli Sunnatal Udhu i Rak'ataini Lillaahi Ta'ala
"Sahaja aku solat sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala".
Rakaat Pertama:-
- baca Al-Fatihah 
- baca surah Al-Ikhlas
Rakaat Kedua:-
- baca Al-Fatihah 
- baca surah An-Nas

Wednesday, May 4, 2016

MENJELANG HARI GURU 1:-
Liku-liku kehidupan seorang guru?
Peroghonah ker mengkomer menghadapi keadaan camnih?

Monday, March 21, 2016

AMANAH

Amanah merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia menentukn masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu berkisar di sekitar amanah yang telah diletakkan ke atas dirinya.


Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah dibebankan kepadanya oleh kehendak-kehandak kehidupan. Salah satu daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakkan.


Setiap orang adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang telah berlaku dalam urusan pentadbirannkerana itu adalah satu amanah yang dipikulkan kepadanya. Setiap orang mesti menunaikan amanah kepada Tuhannya, dirinya, keluarganya, majukannya, negaranya dan masyarakat seluruhnya.

Amanah mesti ditunaikan,
"Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat saksi, dan barang gadaian) maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya."
(Al-Baqarah: 283) 

Amanah jangan sekali-kali dikhianati,
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya dan (Janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."
(Al-Anfaz: 27)

Serahkan amanah kepada yang berhak, 
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)."
(An-Nisa': 58)  

Monday, February 29, 2016

LONDON LAGI

Sunday, February 28, 2016

TERATUR DAN BERSISTEM

Allah SWT mentadbirkan alam semesta ini dengan teratur dan cukup sistematik. Matahari, bulan dan segala cekerawala beredar di garisan masing-masing dengan tunduk mematuhi segala ketetapan yang telah ditentukan, Tiap-tiap sesuatu yang terjadi di alam ini telah Allah tentukan peraturannya. setiap yang bergerak dan yang diam tertakluk dan tunduk kepada peraturan dan sistem Allah Yang Maha Mengatur.

Manusia seharusnya mengambil iktibar di atas perkara ini. Sesuatu yang dilakukan dengan secara tidak teratur dan bersistem akan menyebabkan keadaan yang tidak tentu arah atau tidak ketentuan. Dalam menghadapi tugas sehari-hari, kerja yang dijalankan secara tidak teratur dan bersistem akan menyebabkan kelewatan dalam proses kerja, perbelanjaan yang tinggi, hasil kerja yang kurang bermutu dan produktiviti yang rendah.

Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang banyak menekankan mengenai teratur dan bersistem ini. Untuk menjalankan kerja dengan teratur dan bersistem ini Allah telah berfirman yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
(As-Saff: 4)
Begitu juga dengan firman Allah SWT dalam bekerja secara teratur dan seimbang yang bermaksud;
"Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"
(Al-Mulk: 3)

Wednesday, January 27, 2016

SAMPA JUGER TEMAN KAT LONDON




Wednesday, January 13, 2016

BRUSSEL - GAMBAR YANG BERBICARA

Friday, January 8, 2016

MASIH DI AMSTERDAM

Masih di bandar di Amsterdam. Cuaca idak ler sejuk bebenor. Yang teman makei saghung tangan tuh bukannyer haper. Angin yang bertiup memang sejok sampai menyusup ke tulang hehehehehe. Mengkomer tengok pelancong-pelancong yang len pon ghoper itu.
Kat dalam kedei keju pon sejok mengkomer. Iniler saah satu hasil utamer bagi Belanda. Maser teman belajor Ilmu Alam darjah 6 dedulu teman dah tahu Belanda nih memang manyak meler lembu. Lembu yang demer meler tuh banyak yang jeneh lembu susu ato lembu tenusu. Jadi, keju ato demer panggei cheese itu adalah hasil daghi susu lembu.
Gambor ateh bas pulak. Kat sini (Amsterdam) sistem pengangkutan awamnyer memang canggih. Kalo naik bas cepat sikit sampei jiker nak mandingkan kalo naik keretapi. Namun gitu dua-dua nyer seleser. Maser yang tepat, laju dan keselamatan penumpang juger agak terjamin.
Diluor kedei cenderemater. Prame tingkap pon boleh jadi tarekan yang membuat oghang ghomah teman tertaghek nak ngambek gambor kat situ. Kalo kat dalam bangunan ini lagi ler tertagheknyer.
Ini gambor kat luor bangunan yang membuat kasut kayu. Memang simple buat kasut kayu nih. Dia pakei cagher membuat kunci. ader acuannyer. Sesaper sampei kat sini macam satu kemestian makei kasut besor ini pastuh nangkap gambor. Sebab teman nengok sememe pelancong macam itu.
Gambor-gambor yang dipamerkan kat sini mempunyai maksud-maksud yang penoh makna. Ia mengandongi maksud yang tersughat dan juger yang tersighat.
Gambor dalam keretapi yang menunjukkan aghah ke maner haler keretapi tuh nak pegi. Dalam keretapi pon ader panduan yang memudahkan pengguna keretapi itu.
Dah nak pergi ke Brussel (Belgium). Pergi Brussel naik keretapi laju. Dari Amsterdam singgah sekejap di Brussel sebelum pergi ke London. Juger naik keretapi laju.

Wednesday, January 6, 2016

LAGI GAMBAR BERBICARA DI AMSTERDAM

Dalam lapangan terbang Amsterdam. Ketika tughun daghi kapei tobang setelah singgah di Dubai. Teman naik kapei tobang daghi KLIA singgah kat Dubai. Pastu daghi Dubai teghus ke Amsterdam. Lugu jugak lelamer dok dalam kapei tobang nih ghopernyer.
Ini adalah gambor Amsterdan Centraal. Bangunan ini berbentuk tradisional. Cighi-cighi lamer masih lagi demer kekeikan. Ketika ini waktu petang di Amsterdam. Kigher-kigher udah nak masuk malam ler tuh. Itu sebab oghang dah tak ramei.
Bangunan ini juge masih mengekeikan cighi-cghi tradisional. Istimewanyer ader tasik atau teghusan di keliling bangunan ini. Kebersihan masih dan teghus demer kekeikan. Pelancong memang amat berpueh ati.
Masih terdapat taman dalam bandar. Jadi, kehijauan tetap ader di mana-mana. Tapi istimewanyer tang teghusannyer. Ader pulak bot pelancong yang boleh mawak kiter ghonder-ghonder menikmati keindahan Amsterdam ini.
Gambor pemandangan di luor lapangan terbang Amsterdam. Ketiker ini idak ler sebok bebenor macam kat Dubai tuh. Ini ler ghopernyer kalo yang nukang nangkap gambor bukan profesional weh. Pader teman ajer ader gambor udah kigher hebat ler tuh.
 Di luor Lapangan Terbang Amsterdam. Fuyo besor-besornyer beg. Untuk tiga oghang tentu ler besor. Pasni nak melancong manyak negagher lagi. Bukan semedang weh nak dapat peluang seghoper ini. Teman dah tobeng baghu ader peluang. Syukur, Alhamdulillah.
Dalam lif di tempat penginapan juger nak bergambor. Ini sememernyer jadi kenangan weh. Tempat penginapan di sini memang best. Sesuai, seleser dan mughah ghasernyer.
Lagi keindahan bandar Amsterdam. Memang manyak bebenor teghusan di sini.
Lagi pemandangan indah di Amsterdam. Sesaper yang berhajat nak melancong ke Amsterdam adalah digalakkan.