Anak keduaku baru balik bercuti selama dua minggu. Anak keduaku bekerja sebagai seorang guru dan mengajar di sebuah sekolah pedalaman Serawak. Anak keduaku telah enam tahun menjalankan tugas di Serawak. Meskipun beberapa kali membuat permohonan pertukaran namun sehingga aku menulis di blog aku ini ia masih gagal dalam permohonannya. Pada awal penempatan mereka telah dijanjikan akan kembali bertugas di Semenanjung Malaysia setelah tiga tahun bertugas di sana. Namun, janji hanyalah tinggal janji kecualilah kita ada kenalan di peringkat atasan. Program "duka lara" pun hasilnya memang menjadi duka dan lara. Persoalan yang timbul "adakah penempatan guru ke Serawak dan Sabah dibuat secara terancang?"
Hanya Indah Khabar..........
Anak ketigaku masih jauh di perantauan kerana menuntut ilmu. Ku doakan anak ketigaku terus cemerlang dalam pengajiannya. Kasihan anak ketigaku tidak dapat memberi penghormatan terakhir pemergian Abang Longnya. Anak ketigaku ini kembali meneruskan pengajiannya sebulan sebelum pemergian Abang Longnya. Namun penat lelahnya menjaga Abang Longnya semasa di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh adalah yang terbaik pada pandanganku. Begitu juga semasa Abang Longnya menerima rawatan di Hospital Serdang.
In Shaa Allah akan bersambung.....
No comments:
Post a Comment