Tuesday, February 25, 2014

PBS TAJUK YANG PALING POPULAR DI MALAYSIA

Permudah PBS agar fokus guru tidak terganggu
BANGI - Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) bakal menyerahkan memorandum khas yang menggesa agar sistem pendidikan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dimansuhkan segera kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sampai kepada PM? Apa peranan Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan 11 dan dua orang Timbalan Menteri Pendidikan?

Friday, February 21, 2014

APAKAH KPM AKAN TERUS MENJADI BAHAN UJI?

PBS bentuk baharu ringankan tugas guru
20 Februari 2014  

  • Idris Jusoh
KUALA LUMPUR - Sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bentuk baharu setelah melalui proses penambahbaikan akan meringankan beban dan tugas guru di sekolah, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya sistem itu sedang melalui proses kajian dan penambahbaikan yang dijangka selesai antara dua hingga tiga minggu lagi sebelum dapat dilaksanakan semula.

"Merujuk kepada respons yang kita terima, banyak yang menyatakan bahawa ia membebankan tugas guru selain ada isu-isu tentang teknologi maklumat (ICT) (dari segi) connectivity dan accessibility.

"Semua perkara ini sedang dilihat secara menyeluruh dan kajian yang dilakukan mengambil kira pendapat dan pandangan semua pihak," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan wacana pada majlis Siri Wacana Fikrah Ummah: Ulul Albab dalam Pembangunan Pendidikan Negara, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kajian PBS selepas pelaksanaannya di sekolah ditangguhkan bagi kajian semula seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Sistem itu yang merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.

Idris berkata PBS merupakan satu sistem yang amat baik namun menghadapi kesulitan dari segi pelaksanaannya sahaja yang perlu ditambahbaik.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian telah melaksanakan program pendidikan Ulul Albab di tiga buah sekolah menengah iaitu di Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur pada tahun ini.

Katanya sekolah-sekolah tersebut kini telah mengguna pakai model pembelajaran Ulul Albab yang mengintegrasikan pendidikan sedia ada iaitu sains tulen dengan program aliran agama termasuk tahfiz al-Quran.

"Ini model yang digunakan di sekolah-sekolah Imtiaz di Terengganu sejak tahun 1999 dan dikembangkan di Maktab Rendah Sains Mara pada 2009 yang memberi fokus kepada pembangunan akademik dan rohani selain meningkatkan pemikiran aras tinggi para pelajar," katanya.

Katanya kerajaan berharap dapat menerapkan model itu di sebuah sekolah di setiap negeri pada tahun hadapan bagi memberi peluang lebih ramai pelajar mendapat manfaat daripada model itu. - Bernama

Sekali air bah sekali pantai berubah. Peribahasa peninggalan datuk nenek kita ini memang banyak memberi maksud yang tersirat dan tersurat. Inilah yang nampak terjadi dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara sekejap ada sekejap tiada ialah:-
1. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
3. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
4. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
5. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
6. Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
7. Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Apakah KPM akan terus dijadikan makmal pengujian?

Wednesday, February 19, 2014

GURU, MURID, IBU BAPA DAN MASYARAKAT


Sekolah adalah institusi masyarakat yang dibina dengan tujuan tertentu bagi rakyat dan negara. Tujuan utamanya adalah untuk membentuk dan mengubah tingkah laku murid-murid atau pelajar ke arah yang dikehendaki. Guru memainkan peranan utama melaksanakan dasar dan tujuan pendidikan.

Seorang guru juga merupakan seorang ahli masyarakat. Disamping peranan dan tugasnya sebagai guru, dia dipengaruhi oleh kehendak masyarakat dan juga kehendak persekolahan. Oleh itu, gerak laku dan tindak tanduk guru sentiasa diperhatikan oleh masyarakat. Dalam masyarakat yang sedang membangun seorang guru diharapkan menjadi agen pembaharuan bagi masyarakat dan negara. Namun begitu, dalam usaha melaksanakan tugas tersebut, guru menghadapi beberapa halangan yang wujud di sekolah, masyarakat dan mereka sendiri.


Teori pendidikan menggariskan tiga aspek penting dalam pembentukan seseorang guru:-
1. Tahap pendidikan guru
2. Latar belakang pengetahuan yang hendak diajar
3. Kaedah atau cara ilmu pengetahuan disampaikan kepada muridnya

Guru yang mempunyai sahsiah yang baik akan dapat mempengaruhi pembelajaran murid-murid dengan berkesan sekali. Bagaimanapun, sifat ini agak sukar didapati. Sifat-sifat baik seorang guru umumnya adalah hasil latihan dan kesedaran hendak mencapai matlamat menjadi guru yang berwibawa.
 
Ilmu pengetahuan adalah alat utama guru. Ia harus disertai dengan kebolehan menyampaikan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, seorang guru perlu menjalani latihan perguruan yang khusus. Kemajuan ilmu pengetahuan dan pendidikan telah membahagi-bahagikan kursus pendidikan mengikut bidang0bidang tertentu. Setiap bakal guru akan diberi kursus umum dan juga kursus utama sesuai dengan bidang ilmu pengetahuan dan jenis sekolah yang akan dipertanggungjawabkan kepadanya.

Pada hakikatnya seorang guru menjadi pengganti ibu bapa murid-muridnya dan paling utama menjadi contoh yang baik kepada murid-muridnya. Guru juga menjadi penasihat dan pembimbing murid-muridnya mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan sahsiah, menjadi contoh kebudayaan masyarakatnya, penyebar nilai budaya rakyat dan pembentuk masa depan masyarakat dan negara.

Guru juga sewajarnya bersifat peramah dan mesra. Saling mempercayai dan tidak menaruh perasaan syakj wasangka terhadap orang lain. Seorang guru itu tidak harus menyalahkan orang lain tetapi sebaliknya perlu memikul tanggungjawab terhadap segala masalah yang timbul. Guru juga perlu mempunyai sifat lemah lembut, mempunyai kematangan emosi, boleh bertolak ansur tetapi tegas dan adil.

Selain daripada sifat-sifat tersebut di atas, guru juga harus mempunyai minat terhadap kesenian dan kesusasteraan, mengambil bahagian dalam aktiviti masyarakat sesuai dengan kecenderungan dan keahliannya. Seorang guru juga perlu berkomunikasi dengan baik dan yang paling penting ialah dia menyukai serta mengasihi muridnya. Murid merupakan orang yang paling rapat dan terpenting bagi seorang guru. Murid-murid sekolah rendah, pada umumnya lebih mendengar pesanan atau kata-kata gurunya daripada orang lain termasuk ibu bapa mereka sendiri.


Antara sahsiah guru yang disukai oleh murid-muridnya ialah berbudi bahasa, mesra dan mudah didampingi, suka bercakap dalam perjumpaan dan menyukai kanak-kanak. Selain daripada sifat-sifat tersebut, murid-murid amat menyukai bahkan menyayangi guru yang mudah tersenyum, tertawa dan pandai berlawak dengan baik. Guru juga harus suka memberi pertolongan dengan murah hati, jujur serta sabar. Guru perlu memperlihatkan minat terhadap semua muridnya, menghargai serta bersimpati atas usaha mereka di dalam pelajaran.

Sesungguhnya. guru yang bersahsiah tinggi bukan sahaja dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan bahkan dapat menawan hati murid-muridnya. Guru sekaligus menjadi penasihat yang berkesan dan dianggap sebagai wira, pemberi perlindungan, penyimpan rahsia dan kadangkala dianggap sahabat. Guru yang mesra dengan muridnya mudah menjadi ikutan murid-muridnya.

Di luar sekolah, guru itu dihormati oleh ibu bapa dan masyarakat setempat. Dengan demikian perhubungan antara guru, murid dan ibu bapa akan rapat dan akhirnya memberi kesan kepada perkembangan dan kemajuan pelajaran murid-muridnya. Guru yang dapat bekerjasama dengan ibu bapa, secara tidak langsung dapat pula memberikan pendidikan kemasyarakatan kepada masyarakat setempat. Natijahnya, secara beransur-ansur sikap mereka dapat diubah dan pendidikan kepada generasi muda dapat diberi dengan lebih berkesan.

Tugas utama seorang guru ialah mengajar. Menurut pandangan Islam, orang yang menjadi guru diberi oleh Allah s.w.t. kelebihan berganda. Hadis Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud,  
"Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuannya kepada orang lain dan pekerjaan mengajar itu amat terpuji."



Tersebut di dalam riwayat iaitu setelah Rasulullah menghantar Mu'az bin Jabal menjadi guru di Yaman, baginda berpesan kepadanya, bernaksud,
"Sekiranya Allah memberi hidayah hingga kamu dapat memberi pelajaran kepada seseorang, yang demikian lebih baik bagimu daripada memiliki dunia berserta sekalian yang ada di dalamnya."

Nabi Isa a.s. pernah bersabda, maksudnya,
"Barang siapa berilmu kemudian diamalkannya, baharulah dia disebut pembesar kerajaan langit. Bahawa Allah dan para malaikat berserta ahli-ahlinya langit dan bumi, sehingga semut di sarangnya dan ikan dan ikan di lautan, mengucapkan selawat kepada guru yang mengajar ilmu pengetahuan."


Kalimat guru berasal daripada bahasa Sanskrit bererti pemimpin jiwa. pendidikan rohani dan jasmani manusia. Tingkat lebih tinggi di gelar Maha Guru dan puncaknya Betara Guru. Berguru ertinya belajar daripada guru. Berguru atau mempelajari sesuatu perkara hendaklah dengan bersungguh-sungguh hingga dapat memahami apa yang dipelajari.

Berguru di padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.


Pada hakikatnya, seorang guru akan dipanggil guru selama-lamanya.Kata penggilan mesra kepada seorang guru ialah cikgu. Kebiasaannya, meskipun seorang guru telah bersara daripada jawatannya, panggilan cikgu akan tetap kekal digunakan orang sepanjang hayatnya.

Saturday, February 15, 2014

APABILA GURU SUDAH MULA BERDEMO


Wednesday, February 12, 2014

UDAH LAMA DAH TAPI MASIH BERDEGIL

PBS, SPPBS: Jangan nafi pandangan guru

Saturday, February 8, 2014

APABILA GURU DAH MULA BANGUN!

Guru mohon permit himpunan aman, tiada borang

APA YANG TAK KENA. GURU ATAU PBS?

Isu PBS: Bersabarlah cikgu....

Thursday, February 6, 2014

APAKAH ISU SEBENAR PBS?

 Isu PBS: Beri kementerian tempoh setahun

Norizzat Mohd Johari

PUTRAJAYA - [VIDEO] Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) hari ini meminta guru memberi tempoh setahun lagi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Ketua Gerak Kerja SGMM, Norizzat Mohd Johari berkata demikian selepas selesai persidangan meja bulat yang berlangsung antara NGO itu dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hari ini.

Beliau berkata, KPM telah memberi jaminan akan menyelesaikan masalah berkaitan proses pelaksanaan dasar tersebut yang memberi bebanan kepada tenaga pengajar.

"Kita adakan perbincangan tadi dengan KPM, kita telah temu titik persefahaman mengenai perkara tersebut.

"Ini bukan dasar yang tak bagus, tapi masalah kecairan maklumat yang berlaku, ia tak sampai atau salah faham dari segi penyampaian maklumat.

"Kita tahu PBS memang bebankan guru setelah tiga tahun masih mempunyai kelemahan, namun kita perlu bagi tempoh satu tahun lagi kepada kerajaan untuk menambahbaik dasar yang sedia ada," katanya pada sidang media di pekarangan lobi KPM.

Mengulas lanjut, Norizzat berharap, persefahaman yang dicapai dapat menyelesaikan isu yang membelenggu guru-guru di Malaysia.

“Tujuan utama perbincangan ini kita nak cari penyelesaian. Cuba cari titik persefahaman untuk kurangkan beban tugas guru sekali gus membantu pelajar yang nak menghadapi  Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR), tahun depan.

“Kita harap akan ada perbincangan lebih lanjut untuk selesaikan isu berbangkit melibatkan sistem pendidikan kita,” katanya Norizzat.

Tambahnya, melalui perbincangan meja bulat itu juga membuka ruang kepada guru-gur untuk menzahirkan pandangan mahupun idea mereka bersabit dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh kementerian.

"Kita telah menemui titik pertemuan, kita bertemu dengan kementerian hari ini, Alhamdulillah kita telah dapat membuka tembok halangan kepada guru untuk memberi pandangan atau mengkritik dasar KPM yang membebankan.

"Masalah dengan berkaitan pelaksanaan itu sendiri, sebenarnya perkara itu mudah, bukan saya berpihak kepada KPM atau goyang dengan pendirian kami, tapi benda ini mudah dan sedikit masalah komunikasi, dan diakui oleh kementerian.

"Pegawai-pegawai mereka sendiri akan berhubung dengan kita dan kita akan menjadi 'platform' untuk memberi cadangan atau pandangan secara berhemah," katanya.