Isu PBS: Bersabarlah cikgu....
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
8 Februari 2014
SHAH ALAM – [VIDEO]
Ekoran mendapat pelbagai bantahan terhadap sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS), Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh
meminta guru-guru bersabar dan tidak gopoh.
Beliau turut meminta para guru memberikan masa kepada Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan sistem yang telah ditambah baik itu.
“Sabarlah. Saya rasa tak perlu (demonstrasi)....tak perlu. Apa masalahnya? Beritahu kepada kita apa masalahnya. Kerana ini sistem yang dikehendaki.
“Yang buat itu (sistem) bukan Idris Jusoh. Yang buat itu profesor, doktor...pakar-pakar. Kita harap jangan gopoh, beri masa kepada kementerian untuk melaksanakannya.
“Kalau ada yang tak kena, beritahu apa yang tak kenanya. Kita perbaiki. Yang tak faham, beritahu kita apa yang tak faham. Kita duduk semeja, kita selesaikan masalah itu,” katanya kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2014, semalam.
Terbaru, guru-guru merancang untuk mengadakan bantahan di Putrajaya bagi menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap sistem PBS.
Ketika ditanya tentang perkembangan proses menambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang dijalankan sejak November lalu, Idris memberitahu tambah baik itu melibatkan penambahan server serta migrasi data.
“Di kementerian sekarang, kita sedang naik taraf sistem dengan penambahan server, integrasi sistem, penggunaan platform yang baru dan migrasi data. Kita harap apabila sistem ini dibuka pada 1 April nanti, kita tidak lagi mempunyai masalah sistem.
“Kita harap bersabar kerana ada yang mula marah pada pelaksanaan sistem ini. Kita buat perubahan, dalam membuat perubahan itu memang ada perkara yang tidak difahami oleh guru. Mungkin kerana komunikasi, masalah sistem yang ‘jammed’,” katanya.
Tambah Idris lagi, menjelang 1 April nanti semua pihak terlibat dapat melihat satu sistem yang lebih baik dalam pendidikan negara.
“Jadi, kita harap bukan hanya kita memastikan beban guru dan elemen-elemen yang perlu dimasukkan itu dikurangkan, tetapi juga bagi memastikan guru-guru tidak rasa terbeban dengan sistem integrasinya.
“Insya-ALLAH, kita akan melihat satu sistem yang lebih baik dan membantu meringankan beban guru melalui sistem lengkap dan mantap,” katanya.
Katanya lagi, beliau menyerahkan kepada Ketua Pengarah Pendidikan bagi menangani soal guru-guru yang merancang untuk mengadakan bantahan.
“Saya serah kepada Ketua Pengarah. Guru-guru di bawah Ketua Pengarah, jika ada masalah boleh beritahu kepada Lembaga Peperiksaan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia...apa sebenarnya masalah. Kita akan cuba mengatasi masalah-masalah tersebut dari masa ke masa.
“Jika ada lagi yang perlu diambil tindakan oleh kementerian, kita sedia menerima. Jadi, ia merupakan satu sistem yang lebih baik,” katanya.

No comments:
Post a Comment