Monday, April 27, 2015

MEMBAKAR DIRI MENERANGI ORANG LAIN

Cerita-cerita dari sekolah memang menarik untuk dibaca. Setiap cerita dari sekolah akan menjadi sensasi dan begitu cepat menular. Begitu juga dengan hukuman yang terlalu pantas di buat oleh masyarakat yang belum pasti yang benar dan yang bersalah. Apatah lagi kalau ia berkaitan antara guru dengan murid. Pastinya masyarakat akan lebih memihak kepada murid.

Pernah terjadi pada tahun 2003 dulu seorang guru terkena renjatan elektrik kerana cuba membaiki kipas di kelas akibat seorang pelajarnya tiba tiba menghidupkan suis. Guru tersebut koma. Malah pernah terjadi guru maut akibat kemalangan jalanraya selepas menghantar muridnya balik ke rumah selepas aktiviti sukan. Namun semua itu ramai yang tak ambil peduli. Malah ada guru disaman oleh ibubapa kerana kereta guru yang membawa murid itu terbabit dengan kemalangan maut selepas tamat perlawanan bolasepak .

Semalam saya terima whatsapps dari group sekolah lama saya mengatakan jari seorang guru putus akibat anak muridnya menutup pintu dengan kuat. Nama guru itu cikgu Sharipuddin putus dihujung akibat kecuaian muridnya menutup pintu dengan kuat. Namun menurut makluman cikgu Sharipuddin memaafkan murid berkenaan kerana faham ianya perbuatan tidak sengaja. Namun tercetus polemik dalam perbincangan rakan rakan group bahawa kalau cikgu yg buat jari ank murid satu dunia akn heboh...jangan kata putus jari hatta dijemur pun guru akan diserang. Apatah lagi kalau rotan berbirat birat maka akan menjadi isu utama dalam media sosial dan cetak.

Kejadian yang menimpa cikgu sharipuddin yang mengajar di Sekolah Menengah Bukit Mercu Kuala Kangsar dikatakan akibat kecuaian muridnya menutup pintu terlalu kuat. Ada juga komen mengatakan salah cikgu kerana meletakkan tangan dipintu. Namun pada pandangan saya walaubagaimana betulnya guru itu pasti ada yang cuba mencari salahnya. Yang pasti cikgu sharippuddin berjiwa besar memaafkan murid itu dengan mengatakan ianya tidak sengaja.

Bagi sahabat guru yang lain diharap selepas ini kita lebih berhati hati dan pada ibu bapa janganlah selalu menuding jari menyalahkan guru. Kadangkala ada tindakan guru nampak keras contohnya nak selamatkan satu kelas dari keracunan makanan maka guru melarang menjual murid makanan dari luar. Bila diketahui media sosial maka berkoyan koyan cerca hina diberikan pada guru.

Bersabarlah wahai guru, halalkan ilmu yang kita beri walaupun kadangkala kita dilempar tahi. Yang pasti Allah sahaja yang membalas pengorbanan kita. Betullah ada pepatah mengatakan "guru umpama lilin". Membakar diri untuk menerangi orang lain. Berkorban untuk kepentingan orang lain.

Sunday, April 26, 2015

GST..... APER KATER MENGKOMER?

"MUSTAHIL TUN M TAK FAHAM GST, KATA DR. ASRI"
Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan kenyataan seseorang pemimpin yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Semalam, Dr Mahathir menggesa GST dimansuhkan kerana cukai sedia ada sebelum GST sudah mencukupi.

"DR. MAHATHIR TAK FAHAM GST, KATA AHMAD MASLAN"
Datuk Ahmad Maslan menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tidak faham dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas bekas perdana menteri itu mahu sistem cukai baharu dimansuhkan.

"TANGGUH DULU GST, INI MASA DAHULUKAN RAKYAT PM"
Tuan Ibrahim Tuan Man
30 Mac 2015.
Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, inilah masanya untuk mendahulukan rakyat. Jangan perjudikan nasib rakyat dengan perlaksanaan GST yang masih tidak menentu dan stabil. Oleh itu, saya memohon agar kerajaan menangguhkan perlaksanaan GST sekurang-kurangnya untuk 6 bulan untuk memastikan segala impak pada negara dan rakyat dapat diminimakan.

"NAJIB, JANGAN IKUT CAKAP PENASIHAT, TANGGUH DULU GST"
Bagaimana keluarga yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh dan banjir akan dapat membina semula kehidupan mereka selepas episod bencana apabila segala barangan yang mereka akan sentuh telah disumpah 6 peratus GST?” Soal Kasturi. “Perdana Menteri harus menahan dirinya dari mendengar nasihat-nasihat akal pendek sekaligus menangguhkan pelaksanaan GST.

"KU LI GESA KERAJAAN TANGGUH GST"
Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa kerajaan agar menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menurutnya akan menyusahkan lagi rakyat.

"PERHIMPUNAN BANTAH GST BERLANGSUNG SECARA AMAN"
Setiausaha Dewan Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dalam ucapannya berkata, pelaksanaan GST adalah bertentangan dengan prinsip Islam kerana ia membebankan rakyat.

"MURID SEKOLAH DILATIH SOKONG GST"
Satu klip video menjadi viral apabila ia didapati menggunakan kanak-kanak sekolah untuk menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Rakaman video yang berdurasi hanya 17 saat itu menunjukkan kanak-kanak itu diajar dan disuruh melaungkan ‘Kami Sokong GST’.

"KAJIAN MENUNJUKKAN HANYA MACAI YANG SOKONG GST"
Walaupun Putrajaya membelanjakan jutaan ringgit untuk memberi penerangan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), satu kajian oleh universiti swasta mendapati kebanyakan rakyat Malaysia menentang cukai itu yang akan berkuatkuasa 1 April depan. Kajian yang dilakukan oleh UCSI ke atas 700 responden menunjukkan mereka tidak menerima cukai tersebut, selain berasa kerajaan tidak dapat melaksanakan sistem percukaian itu dengan berkesan.

dan banyak lagi............................

Thursday, April 16, 2015

SALING BERPESAN DENGAN KEBENARAN

Tujuan utama manusia dijadikan Allah ialah untuk beribadat kepada-Nya. Dunia ini dijadikan Allah sebagai gelanggang ujian atau dewan peperiksaan bagi manusia untuk melihat siapakah diantara hamba-Nya yang lebih baik amalannya. Untuk ini, Allah s.w.t. mengadakan pelbagai kejadian seperti tanah ladang, emas perak, pangkat dan darjat, lelaki dan perempuan, anak dan berbagai-bagai lagi untuk melihat apakah pengabdian menusia kepada-Nya akan berkesan atau adakah manusia mencintai Allah dan Rasul lebih dari segala perkara tersebut. Disamping itu manusia mempunyai sifat lupa dan lalai.

Oleh itu sentiasalah berlaku adil sesama manusia. Sifat yang sentiasa memberi nasihat wajar ada pada diri seseorang. Semoga semua nasihat dapat diterima dengan baik oleh sesiapa yang dinasihati. Untuk memberi nasihat, sifat jemu perlu dibuang dan kesabaran itu perlu apabila kita berhadapan dengan mereka yang menerima nasihat Ini jelas melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud:-
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."
(al-Asr: 2 dan 3)

Supaya manusia tidak lupa dan lalai dari matlamat hidupnya yang sebenar iaitu supaya patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, maka perlulah kita sentiasa nasihat menasihati diantara kita semua. Ingat mengingati adalah amalan orang-orang yang beriman. Bagi orang-orang yang beriman nasihat yang diterima dibalas dengan terima kasih, jika nasihat itu diberikan dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Dalam kita menemui suau kemungkaran, kita wajar atau mesti memainkan peranan untuk memberi teguran atau nasihat. Ini perlu dilakukan agar sesuatu kemungkaran itu dapat dibendung atau dihapuskan. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:-
"Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya (kuasa). Maka sekiranya ia tidak sanggup berbuat demikian maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya dan sekiranya ia juga tidak sanggup berbuat demikian maka hendaklah ia mengubah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, April 8, 2015

PENTADBIRAN YANG TERATUR DAN BERSISTEM

Allah s.w.t. mentafsirkan alam semesta ini dengan teratur dan cukup sistematik. Matahari, bulan dan segala cakerawala beredar di garisan masing-masing dengan tunduk mematuhi segala ketetapan yang telah ditentukan. Tiap-tiap sesuatu yang terjadi di alam ini telah Allah tentukan peraturannya. Setiap yang bergerak dan yang tidak bergerak tertakluk dan tunduk kepada peraturan dan sistem Alah Yang Maha Mengatur.

Allah telah berfirman yang bermaksud:-
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
(as-Saff: 4)

Begitu juga melalui firman Allah yang bermaksud:-
"Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"
(al-Mulk: 3)

Manusia seharusnya mengambil iktibar di atas perkara ini. Sesuatu yang dilakukan dengan secara tidak teratur dan bersistem akan menyebabkan keadaan yang tidak tentu arah atau tidak berketentuan. Dalam menghadapi tugas sehari-hari, kerja yang dijalankan secara tidak teratur dan bersistem akan menyebabkan kelewatan dalam proses kerja, perbelanjaan yang tinggi, hasil kerja yang kurang bermutu dan produktiviti yang rendah.

Kalau kita renungkan kembali, terutama kisah-kisah silam yang telah menjadi sejarah, pasti banyak kisah yang berkaitan dengan peraturan. Bencana yang menimpa tentera muslimin dalam peperangan Uhud umpamanya adalah kerana sebahagian daripada mereka iaitu tentera yang telah engkar dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. Di sini jelas bahawa apabila peraturan yang ditetapkan atau arahan yang telah diberi itu diengkari maka bencana akan pasti menimpa. Sekiranya mereka telah mematuhi peraturan atau arahan dari Rasulullah, insya-Allah mereka akan mencapai kemenangan dan bukannya kekalahan yang menimpa.

Dalam pentadbiran sesebuah organisasi juga, peraturan atau arahan ketua jabatan mestilah dipatuhi. Setiap peraturan atau arahan itu akan menjadi panduan kepada setiap anggota ketika mereka melaksanakan tugas masing-masing. Peraturan atau arahan yang dikeluarkan akan memudahkan kita melaksanakan setiap kerja di dalam sesebuah organisasi. Ini dapat dilihat dalam sesebuah organisasi itu mesti mempunyai panduan dan peraturan.

Setiap pekerja sesebuah organisasi itu pastinya mempunyai fail meja dan fail menual kerja. Kedua-dua fail ini menjadi panduan yang amat berguna ketika menjalankan tugas. Di dalam fail-fail berkenaan ada disediakan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi melaksanakan sesuatu tugas.

Monday, April 6, 2015

ITU YANG AKU BELUM BUAT LAGI

Aghi nih teman pegi ke Ipoh mawak keter untuk servis. Teman pegi pusat servis Honda kat Ipoh iaitu Jalan Kuale Kansor. Udah lamer benor keter nih idak diservis. Tapi teman servis keter idak ler ngikut tempoh aghibulannyer. Teman pegi servis keter ngikut jumlah kilometer keter tuh digunakan. Cukup ato genap lima ghibu kilometer teman booking untok servis. Kalo idak booking kekadang tuh idak demer teghimer, sebab banya keter nakk diservis. Servis keter nih lame jugak. Ikut keadaan servisnyer. Kalo servis minor cepat sikit banding ngan servis major. Itu pon ngikut jumlah pelanggan yang datang. Kalo ramei lagi ler lamer kener nunggu. Udah kembong peghut ngan ayor angat baghu siap.

Tengah teman terngantok-gantok nunggu keter diservis, kat sebelah meja teman ader dua oghang yang nunggu keter untuk diservis tengah nyembang-nyembang. Demer dua oghang tuh dudok idak ler jauh daghi tempat teman ngantuk tuh. Tuh sebab buter buah yang demer nyembang teman dengor belaker dengan jelas. Teman nengok yang soghang tuh mesti oghang kaya. Cagher memakeinyer hebat bebenor. Ngan baju kemejer masuk ke dalam seluor pentelon. Siap pakei butang kat pergelangan baju lagi. Kasut udah tentu ler berkilat mengkomer oii. Labon demer pon nampak besor juger weh. Yang soghang lagi tuh agak simple teman nampak. Seluor slack, t-shirt kluor, pastu makei seliper jepon ajer. Memang simple bebenor.

Demer nyembang ato berlabon tuh deras bebenor. Kesah bisnis demer main juta-juta ghingit. Ader kalernyer idak ler teman faham. Yang soghang bergayer kater teman nyembang keter mewah dier ader tujuh buah. Yang koman katernyer yang dier tengah nunggu servis tuh. Mak oiii, Honda Accord demer kater yang paling koman. Ini udah tentu main Mercedes, BMW, Ferrari dan memacam lagi keter mewah. Ajernyer yer. Dier kater ader sebuah Ferrari, dua buah Mercedes, tiga buah BMW dan sebuah Honda Accord. Bier maser dier mawak sememer keteryer tuh tah. Idak ler teman nanyer. Jangan-jangan tersadai ajer kat garaj ghomahnyer tuh.

Pastuh dier ceghiter pula hei keter bini dier. Dier ader tiga bini weh. Tiga-tiga bininyer dok kat bungalow besor gheger pun dekat sejuta. Memang kayer pon dier nih. Tiap-tiap bini ader dua keter. Sebuah tiap soghang keter honda jazz. Sebuah lagi tiap soghang honda crv. Memang hebat bebeno weh. Kayer bebenor weh. Teman cuber nak bayangkan camaner wajah bini-bininyer itu. Mesti lawa-lawa. Mesti cun-cun. Mesti molek-molek. Mesti cantek-cantek. Maklum bini oghang kayer. kalo idak cantik pon boleh pakei make-up mehei-mehei sebab manyak duit. kalo idak pon boleh pegi pusat-pusat kecantikan yang berlambak manyaknyer.

Yang teman agak heghan, yang soghang lagi kawan nyembangnyer idak ler bercakap manyak. Dier nengor ajer yang kawan yang kayer tuh nyembang. Pastuh teman nengor yang kayer tuh nanyer kawannyer pulak. Aper yang teman nengor dier tanyer aper kawan tuh buat lepas pencen. Ghopernyer kawan yang kayer tuh buat bisnis besor-besor. Pastuh manyak syarikat yang ngambik dier jadi lembaga pengaghah.Patuhler pon kayer. Pencen ajer belas ghibu. Elaun-elaun lembaga pengaghah pon capei puluh-puluh ghibu.Memang kayer weh.

Kawan yang soghang lagi tuh pun muler bukak ceghiter. Lepas pencen, dier balek kampung. Buat ghomah kat kampung. Ghomah kat Ipoh nih anak bongsunyer tinggei. Anak-anak yang lain, soghang duduk kat Kuala Lumpur. Soghang duduk kat Pulo Pinang. Soghang duduk kat Tanjung Malim dan soghang lagi duduk kat Kualer Kansor. Baghu ler teman tahu anaknyer lima. Dier kater bininyer soghang ajer. Skang nih kat ghomahnyer di kampung. Idak pulak dier ceghiter kat kampung maner tapi teman ghaser mesti dekat ngan Ipoh jugak. Keter dier ader sebuah ajer. Itu ler yang tengah servis tuh iaitu keter Honda Accord. Bininyer makei keter kecik ajer, Honda Jazz ajer katernyer.

Pastuh dier nyambong ceghiter, dier ngan bininyer udah nuneikan haji sekali. Pastuh udah mawak bini dan kelima-lima anak pegi umrah sekali. Dier ngan bininyer udah tiga kali umrah. Sekaghang pulak, tiap-tiap tahun sedekah duer oghang daghi kampung pegi Mekah nuneikan haji. Pastuh antor dua tiga oghang kampungnyer nuneikan umrah. Wooooooo memang hebat oghang nih. Tetiba teman nengok kawannyer oghang yang kayer tadi teghesak-ghesak teghuis meluk kawan yang simple tadi. Pastuh teman nengor dalam sebaknyer dier berkater, "ITULER YANG AKU ENTAH BILER NAK BUAT". Apa tidaknyer, nak nuneikan haji kener ikut quota. Tentu lambat lagi apatah lagi kalo lambat daftar.

Sunday, April 5, 2015

APAKAH KITA AMANAH?

Merujuk kepada Kamus Dewan, amanah ialah suatu sikap yang sepatutnya ada kepada seseorang. Amanah dikaitkan dengan sikap yang dapat atau boleh dipercayai. Bersikap jujur kepada semua pihak. Terdapat juga amanah yang merupakan sesuatu yang perlu disimpan dan diberikan kepada orang yang boleh dipercayai. Ia bukan sahaja yang berbentuk barangan malahan perkara yang diamanahkan itu boleh juga kepada pesanan dan nasihat.

Terdapat banyak tajuk-tajuk kecil yang berkaitan dengan amanah terdapat di dalam al-Quran. Antaranya ialah amanah mesti ditunai dalam surah al-Baqarah. Amanah jangan sekali-kali dikhianati melalui surah an-Anfal. Serahkan amanah kepada yang berhak dalam surah an-Nisa'. Begitu juga surah-surah lain yang menekan kepada amanah iaitu surah asy-Syura dan al-A'raf.

Ramai sering memperkatakan amanah dan sebagai, menerangkan maksud amanah diperkatakan di sini bahawa amanah itu merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu berkisar di sekitar amanah yang diletakkan ke atas dirinya. Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah dibebankan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan.

Kalau di atas ada diperkatakan surah-surah yang mengandungi penekanan mengenai amanah, di dalam al-Hadith juga ada perkara yang dikaitkan dengan amanah. Antaranya tidak sempurna iman seseorang tanpa sifat amanah yang diriwayatkan oleh at-Tabrani. Tidak amanah itu adalah satu tanda munafik riwayat oleh Ahmad Abu Asy-Syeikh dan menunaikan amanah itu adalah satu tugas yang berat.

Apabila diperkatakan menunaikan amanah itu adalah satu tugas yang berat, ia melibatkan tugas-tugas harian kita terutama kerjaya kita. Urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakkan. Setiap orang adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku dalam urusan pentadbiran kerana itu adalah satu amanah yang dipikulkan kepadanya. Setiap orang mesti menunaikan amanah kepada Tuhannya, dirinya, keluarganya , majikannya, negaranya dan masyarakat seluruhnya.

Betulkah manusia masa kini kurang amanah? Orang tua-tua dahulu lebih mempercayai seseorang dari orang masa kini. ini dapat dilihat melalui perjanjian-perjanjian yang termeterai masa dahulu banyak berfokas kepada perjanjian lisan berbanding dengan perjanjian masa ini yang lebih terperinci melalui perjanjian "hitam putih". Itulah timbulnya persoalan adakah orang dahulu lebih amanah dari orang sekarang? Kita kena mencari jawapannya agar kita tidak terhimpit dengan persoalan amanah atau tidak amanah.

Dahulu pun berlaku pecah amanah. Ini berlaku di dalam sesebuah organisasi. Lebih tepat lagi dalam sesuatu pentadbiran. Namun kini kejadian pecah amanah lebih hebat lagi. Kalau masa berlaku secara gelap namun sekarang terus berlaku secara terang-terangan. Kalau dahulu pecah amanah akan menerima hukuman yang setimpal jika didapati bersalah namun masa kini sering diperkatakan oleh ramai akan terlepas kerana adanya 'tangan-tangan ghaib' yang mencampuri urusan mahkamah. Jadi, apakah betul adanya perkara sebegini?