Sunday, July 18, 2010

TAHAYUL, MELEMAHKAN AKAL KITA

"Kita tidak dapat menghapuskan kegelapan tetapi kita sanggup meneranginya."

Kita telah dikejutkan dengan pelbagai berita sensasi yang berlaku di negara kita ini. Ada manusia yang masih tinggal di pondok buruk persis reban ayam. Begitu juga yang bergelimpangan di kaki-kaki lima dan di bawah jejambat yang begitu banyak terutama di bandar raya. Memang sungguh aneh bahawa di negara Malaysia yang paling subur sepanjang zaman ini masih ada orang yang hidup dalam kemiskinan.

Dalam bidang hiburan pula semua bangsa banyak mengutarakan filem-filem seram, hantu dan sebagai. Ini tidak kira filem Melayu, filem Inggeris, filem China, Filem Korea dan sebagainya. Ini pun sungguh aneh bahawa di zaman orang yang mendapat ilmu pengetahuan atau zaman ICT ini masih begitu ramai orang yang menjadi korban tahayul.

Dalam berbagai bentuknya, tahayul diwariskan dari generasi ke generasi. Seperti juga kebenaran, kesalahan juga mempunyai cara untuk mempertahankan kelangsungan hidupnya. Ia seolah-olah berlumba-lumba untuk memperkenalkan kepercayaan karut yang terdapat dalam satu-satu bangsa itu.

Kebiasaannya, gagasan dan amalan tahayul masa kini dengan kuatnya bersarang pada diri orang yang kurang atau sama sekali tidak berpendidikan. Namun begitu, mereka yang berpendidikan tinggi pun ada yang turut sama mempercayai tahayul. Tahayul lebih banyak diamalkan di antara orang yang tertekan secara ekonomi, walaupun dimana mereka berada.

Sungguh mengejutkan bahawa kaum terpelajar boleh mengabaikan martabatnya dengan mempercayai nasihat dari astrologi, 'ahli' rajah tangan dan peramal nasib. kita juga mungkin mempercayai bahawa diri kita adalah boneka keadaan. Umpama mempercayai tentang tanda-tanda bernasib buruk dan bernasib baik. Dalam pertandingan bola sepak bagi merebut piala dunia baru-baru ini juga, seekor sotong telah berjaya memperdaya dan mengugat akidah manusia.

Tahayul sebenarnya cenderung melemahkan akal kita. Sesungguhnya ia merupakan suatu kesalahan jika kita memasukkan fikiran-fikiran buruk. Mereka akan membayangkan orang berkaitan seumur hidupnya. Pendapat mereka bahawa tahayul atau kepercayaan karut ini bergantung kepada kekuatan yang berada di luar Maha Kuasa dan hukum-hukum alam di dunia. Ilmu moden mempercayai bahawa apa pun yang berada di alam merupakan hasil hukum dan peraturan.

Semua orang yang berhasrat untuk memperolehi kejayaan, harus tegas terhadap dirinya dalam melindungi mentalnya dari tahayul. Kepercayaan sebegini cenderung melemahkan kepercayaan diri dan penghargaan diri sendiri. Selama kita menjadi hamba ketakutan dan tahayul, kita tidak akan mendapat kebebasan mental.

1 comment:

Kembara said...

Mudah-mudahan kita semua ini tidak tergolong dalam kumpulan orang-orang yang sesat dan percaya kepada tahyul...Masih ramai lagi orang melayu yang mengaku beragama Islam..tapi masih mengamalkan perkara karut marut.Sama2lah kita cuba menegurnya dgn apa cara sekali pun supaya tidak rosak akidah saudara-saudara kita tersebut.