Monday, April 4, 2011

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1991

Mengkome yang keghojer jadi cikgu nih kene macer pekeliling di bawah yang teman tuleh nih. Mengkome macer ngan faham betui-betui. Pastu pulak, mengkome keneler fikio camaner nak tangani masalah bebudak yang wat engor kat mesejid tuh. Camaner mengkome nak beghi bebudak tuh diam mase deme tuh semayang Jemaat.

Kalo mengkome pegi semayang Jemaat kat maner-maner mesejid, memang engor bebenor bebudak tuh. Ade yang berlabon ntah aper-aper. Ader yang mengusek kekawan. Ader berambat tak tentu kighe. Ader yang menyeghonut celah-celah jemaah yang len. Ader memacam lagi. Oghang kater macam-macam ader. Iklan Astroler pulak.


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
BLOK J, PARAS 7,
PUSAT BANDAR DAMANSARA,
50604 KUALA LUMPUR.

Ruj. Kami: KP(BS)8591/Jld.V/(60)

Tarikh: 5 Februari 1991

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Tuan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.2/1991
Tatakelakuan Pelajar Ketika Di Masjid

Dukacita didapati akhir-akhir ini keadaan di mana sebilangan pelajar tidak dapat menunjukkan adab serta tatatertib yang baik ketika berada di masjid untuk solah berjemaah, jelasnya bagi fardhu Jumaat. terdapat perlakuan di kalangan pelajar yang berbuat dan bergurau sesama sendiri, serta membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman para jemaah lainnya.

2. Perlakuan demikian boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap disiplin pelajar, sekaligus menggugat kewibawaan sekolah yang akan dianggap sebagai gagal memberikan pendidikan yang berkesan. Hal seumpama ini tidak seharusnya dibiarkan walaupun bilangan pelajar yang terlibat dengan perlakuan tersebut masih kecil.

3. Sebagai langkah kawalan, sekolah-sekolah adalah dikehendaki mengambil tindakan seperti berikut:

a) Sentiasa memperingatkan para pelajar mengenai adab dan tatatertib ketika berada di tempat-tempat khas, lebih-lebih lagi apabila berada di masjid, surau atau madrasah, melalui perhimpunan mingguan, atau dilakukan oleh guru di dalam kelas, di samping pengajaran mata pelajaran Agama Islam.

b) Guru-guru ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan pelajar di masjid di mana lazimnya pelajar menyempurnakan fardhu Jumaat dan di masjid-masjid di mana guru-guru menjadi kariahnya.

c) Bagi menentukan keberkesanan pengawasan, lebih sesuai jika pelajar-pelajar dikelompokkan mengikut kumpulan dan diketuai oleh seorang Pengawas sekolah. Pelajar-pelajar seharusnya berada disaf-saf yang diperuntukan kepada mereka.

d) Lain-lain tindakan yang dapat membantu mengawas perlakuan tidak berdisiplin pelajar ketika di masjid.

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah jagaan tuan. Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD
Ketua pengarah Pendidikan Malaysia

No comments: