6. BINATANG YANG BOLEH HIDUP DI DARAT DAN DI LAUT
Binatang yang dapat hidup baik di daratan mahupun di lautan (air), seperti buaya, ketam, katak, maka hukumnya adalah haram untuk dimakan.
Sedangkan yang hanya dapat hidup di air saja, semuanya adalah halal. Baik yang berupa ikan ataupun yang lain.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:-
"Telah dihalalkan bagi kamu, menangkap binatang laut dan memakannya untuk kesenangan bagi kamu dan bagi orang yang berjalan untuk berbekal dalam perjalanan." (Al-Maidah:96)
Dan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:-
"Laut itu suci airnya, halal bangkainya." (Hadis Riwayat Malik dan lainnya).
Yang menjadi penyebab haramnya makanan itu ada lima:-
1. Nas dari Al-Quran dan hadis
2. Kerana disuruh membunuhnya
3. Kerana dilarang membunuhnya
4. Kerana menjijikkan (kotor)
5. Kerana membahayakan
7. BINATANG BURUAN
Binatang buruan yang diburu dengan menggunakan bantuan binatang bertaring atau burung bercakar seperti anjing dan burung helang, hukumnya boleh, dan binatang yang ditangkap adalah halal, asal memenuhi syarat-syarat berikut:-
1. Binatang yang berburu (anjing atau helang) itu sudah terlatih untuk dipakai berburu. Tandanya ialah kalau disuruh ia patuh dan kalau dilarang ia berhenti
2. Kalau ia dapat menangkap binatang, tidak dimakannya
3. Membaca bismillah ketika melepaskannya
4. Kalau binatang yang ditangkapnya itu masih hidup, wajib disembelih. Dan kalau sudah mati, halal dimakan
Apabila syarat-syarat tersebut di atas tidak dipenuhi, maka hukum binatang buruan itu menjadi haram. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang berbunyi:-
"Yang mati kerana dimakan oleh binatang buas." (Al-Maidah:3)
Dan sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:-
"Jika engkau lepaskan anjingmu yang terlatih dan engkau sebut nama Allah ketika melepaskannya, kemudian ditangkap dan dibunuh binatang itu, maka makanlah binatang itu. Tetapi kalau hasil tangkapannya itu dimakannya, maka janganlah engkau makan, sebab aku takut barangkali ditangkapnya untuk dirinya sendiri." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
8. MINUMAN KERAS
Yang dimaksud dengan minuman keras di sini adalah semua minuman yang mengandungi alkohol dan dapat memabukkan, seperti arak, bir, dan lain-lain yang sejenis. Hukum meminum minuman keras itu adalah haram dan termasuk dosa besar, bagi sesiapa saja yang meminumnya.
Allah Ta'ala berfirman:-
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minuman keras (arak, bir, dan lain-lain), judi, berhala, dan mengundi nasib itu adalah pekerjaan yang keji dari pekerjaan syaitan, sebab itu hendaklah kamu jauhi, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan." (Al-Maidah:90)
Disamping minuman keras, apa saja yang emmabukkan juga diharamkan. Seperti sanda Nabi s.a.w. yang berbunyi:-
"Tiap-tiap sesuatu yang memabukkan itu, hukumnya haram." (Hadis Riwayat Muslim)
Dan tidak hanya banyak saja, sedikit saja juga haram.
"Sesuatu yang memabukkan, banyak atau sedikit sama-sama haram." (Hadis Riwayat An-Nasai dan Abu Daud).
Betapa tidak diharamkan, semua itu menyebabkan mudarat yang sangat besar terhadap kesihatan akan dan jasmani manusia. Seseorang ahli kesihatan telah menyatakan bahawa, tidak ada yang lebih teruk diderita oleh manusia kecuali penyakit yang disebabkan oleh minuman keras. Kalau dikaji dengan teliti, akan terbukti bahawa sebahagian besar orang-orang gila yang ada di rumah-rumah sakit itu, disebabkan oleh minuman keras. Demikian pula orang-orang yang mengeluh bahawa dirinya dihinggapi rasa cemas, khuatir, bimbang dan lain-lain gangguan mental. tentu penyebab utamanya adalah minuman keras.
Banyak hadis yang membicarakan masalah minuman keras ini, dan kesemuanya menunjukkan celaan terhadap minuman yang memabukkan tersebut.
Di antaranya adalah sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:-
"Tinggalkanlah meminum minuman keras, sebab ia adalah kunci (pembuka) segala pintu kejahatan."
Dan sabdanya lagi:-
"Barang siapa meminum minuman keras maka keluarlah cahaya iman dalam kalbunya."
Larangan meminum minuman keras ini, tidak hanya terbatas pada meminumnya saja, tetapi juga terhadap segala apa yang berhubungan dengan minuman keras itu. Baik menjualnya, membelinya, membuatnya, membawanya dan lain-lain. Hal mana disebutkan dalam hadis berikut:-
"Nabi s.a.w. melaknat minumann keras itu dalam sepuluh macam orang:- 1. Yang memerasnya 2. Yang minta diperaskan 3. Yang meminumnya 4. Yang membawanya 5. Yang minta dihantarkan 6. Yang menuangkannya 7. Yang menjualnya 8. Yang makan harganya 9. Yang membelinya 10. Yang minta dibelikan
Dengan adanya hadis di atas maka menjadi jelaslah bahawa minuman keras itu bukan saja dilarang meminumnya, namun segala kegiatan yang berkaitan dengan minuman keras itupun dilarang. Walaupun minuman keras itu dihadiahkan kepada kawan yang bukan muslim seperti orang Yahudi atau nasrani dan lainnya, hukumnya tetap haram.
Ada sebahagian orang yang berhujah bahawa minuman keras itu dapat berfungsi sebagai ubat. Namun hal ini telah dibantah oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang berbunyi:-
"Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit sekaligus ubatnya. Dia menjadikan tiap-tiap penyakit ada ubatnya. Maka berubatlah kamu, dan jangan berubat dengan apa-apa yang diharamkan." (Hadis Riwayat Abu Daud).
Ucapan baginda Rasulullah s.a.w. lima belas abad yang silam itu telah dibuktikan oleh doktor-doktor di abad moden ini. Mereka telah mengkaji dengan saksama segala jenis minuman keras, dan akhirnya menarik kesimpulan bahawa, minuman keras itu sekali-kali tidak dapat dijadikan ubat, lantaran ia dapat menimbulkan beberapa kerosakan dalam jiwa manusia.
9. DADAH
Dadah, candu, morfin, dan lain-lain yang sejenis, hukumnya sama dengan minuman keras, sebab sama-sama dapat menghilangkan akal sihat. Orang yang minum bahan-bahan ini, akan keluar dari tabiat yang sebenarnya, kerana akalnya sudah terganggu, sehingga yang jauh menjadi dekat dan yang dekat menjadi jauh, dapat membuat akal menjadi lupa, tenggelam dalam khayalan dan lamunan yang bukan-bukan. Orang yang minum bahan ini dapat melupakan dirinya, agamanya dan dunianya, serta tenggelam dalam alam yang dibuatnya sendiri.
Selain itu, dadah mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada minuman keras, dan lebih berbahaya daripada minuman keras. Sudah sewajarnya kalau orang-orang yang menggunakannya dijatuhi hukuman seberat-beratnya.
Cahaya yang sentiasa menerangi bumi Allah. Ya Allah! Engkau terangilah hati hamba-Mu ini dengan hidayah-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahari pada siang hari dan Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya bulan pada malam hari. AMIN.
Tuesday, August 23, 2011
Monday, August 22, 2011
MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM (1)
1. DAGING DAN LEMAK BABI
Tentang daging babi ini telah disebut dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:-
"Telah diharamkan atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi." (Al-Maidah:3)
Dalam ayat ini dengan jelas Allah s.w.t. telah mengharamkan memakan daging babi. Kerana daging babi itu haram hukumnya untuk dimakan, maka segala yang ada pada tubuhnya pun menjadi haram pula. termasuk, uratnya, otaknya, tulangnya, darahnya, lemaknya dan lain-lain. Hal ini berkaitan dengan kaedah hukum fikah, iaitu:-
"Menyebutkan satu bahagian yang dimaksud keseluruhan."
Sedangkan haramnya memperjual belikan daging babi itu, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
"Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis ini sekali gus menjadi nas bagi kaedah di atas, sebab disebutkan yang tidak boleh diperjual belikan itu adalah babi. Sedangkan yang dimaksud dengan babi di dalam hadis itu adalah keseluruhan yang ada pada babi itu. sebab seandainya ada bahagian-bahagiannya yang halal, sudah barang tentu tidak diharamkan memperjual belikannya. Dengan demikian jelas, semua yang ada pada diri babi itu, haram hukumnya, tanpa kecuali.
2. BANGKAI
Bangkai adalah haiwan yang mati dengan sendirinya, tanpa diusahakan oleh manusia dengan jalan menyembelihnya menurut ketentuan agama, atau dengan jalan berburu, termasuk juga bahagian yang terpotong dari haiwan yang masih hidup.
"Telah diharamkan atas kamu (memakan) bangkai." (Al-Maidah:3)
Dalam ayat ini, bangkai menempati urutan pertama dari makanan yang diharamkan Allah.
Haiwan yang mati kerana tercekik, atau terpukul, atau terjatuh, atau tertanduk, atau diterkam binatang buas, semuanya haram dimakan, kecuali bila sebelum matinya sempat disembelih menurut ketentuan agama.
Keharaman bangkai itu sudah jelas atas dasar ayat di atas tadi, namun ada pengecualiannya iaitu:-
a) Bangkai ikan dan belalang. Kedua-duanya halal.
Rasulullah s.a.w. bersabda:-
"Telah dihalalkan bagi kita dua macam bangkai dan dua macam darah. Kedua macam bangkai itu adalah: bangkai ikan dan belalang. Sedangkan kedua macam darah itu ialah: hati dan limpa." (Hadis Riwayat Ahmad, Syafi'i, Ibnu Majah dan Daaruquthny).
b) Bangkai dari haiwan yang tidak mempunyai darah mengalir. Misalnya, semut, lebah dan lain-lain.
Apabila di antara haiwan tadi jatuh ke dalam suatu bejana atau piring makanan dan mati di situ, maka tidak menyebabkan najis.
c) Tulang, tanduk, bulu, kuku, kulit dan gigi dan lainnya yang sejenis, dari bangkai, hukumnya suci. Sebab asalnya adalah suci, dan tidak ada dalil mengatakan najisnya. Tetapi sesuatu bahagian tubuh haiwan hidup yang dipotong, hukumnya seperti bangkai, hal ini berdasarkan pada hadis Nabi s.a.w. berikut:-
"Apa-apa yang dipotong dari haiwan, sedangkan ia masih hidup, adalah bangkai." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Thurmudzi).
3. HAIWAN YANG DISEMBELIH TIDAK MENURUT KETENTUAN AGAMA
Haiwan yang ketika menyembelihnya tidak menyebut nama Allah, hukumnya haram. Berdasarkan firman Allah yang berbunyi:-
"Maka makanlah haiwan-haiwan (halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya." (Al-An'aam:118)
Dan firmanNya:-
"Dan janganlah kamu memakan haiwan-haiwan yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya." (Al-An'aam:121)
Termasuk juga haiwan yang disembelih atas nama selain Allah, seperti disebutkan dalam ayat berikut:-
"Dan binatang yang disembelih kerana selain Allah." (Al-Maidah:3)
Atau yang disembelih untuk berhala:-
"Dan binatang yang disembelih untuk berhala." (Al-Maidah:3)
4. PENGHARAMAN SEMUA YANG MENJIJIKKAN
Dalam mengharamkan sesuatu makanan atau minuman, tentu Allah telah mengetahui akan mudarat atau bahaya yang terkandung dalam makanan dan minuman itu. Oleh itu, semua yang diharamkan Allah itu pasti ada bahayanya bagi kesihatan manusia.
Allah berfirman:-
"Dan dihalalkan bagi mereka segala yang baik-baik, serta diharamkan atas mereka segala yang kotor-kotor." (Al-A'raf:157)
Semua yang dianggap baik oleh perasaan manusia secara umum adalah baik.
Sedangkan yang dianggap kotor adalah segala sesuatu yang dianggap jijik oleh perasaan manusia secara umum, walaupun ada beberapa golongan yang tidak menganggapnya kotor. Contohnya: kahak, hingus, peluh, kutu, nyamuk, lalay dan lain-lain.
Namun dalam hal ini, Imam Syafi'i lebih mengkhususkan lagi, beliau berpendapat bahawa, yang dimaksudkan dengan At Thayyibat dalam ayat di atas adalah semua yang dianggap baik oleh orang Arab, bukan selain mereka. Yang dimaksud dengan orang Arab di sini adalah mereka yang mendiami perkampungan dan pedesaan, bukan orang-orang asli (Badwi). Demikian pula, yang dimaksud dengan Al Khabaits adalah apa-apa yang dianggap menjijikkan oleh mereka.
Imam Syafi'i mengambil perbandingan dengan orang-orang Arab itu, disebabkan oleh faktor bahawa umumnya orang Arab itu mempunyai perasaan yang halus.
Pendek kata, semua haiwan yang dianggap menjijikkan, maka hukumnya haram.
Dan termasuk juga haiwan yang menjijikkan itu adalah haiwan yang suka makan kotoran atau najis, baik ia seekor ayam, kambing, lembu, kerbau dan lain-lain. Haiwan yang gemar memakan kotoran itu disebut Jallaalah.
Dalam hadis disebutkan:-
"Rasulullah s.a.w. melarang makan daging keldai kampung dan binatang yang suka makan kotoran (Jallalah), menungganginya dan memakan dagingnya." (Hadis Riwayat Ahmad, Annasai dan Abu Daud).
Larangan terhadap haiwan yang suka makan kotoran ini selama haiwan itu masih memakan kotoran-kotoran saja. Namun kalau sudah dijauhkan dari kotoran dan diberi makanan yang baik-baik, dikenderai atau diminum susunya, maka hilang pula sebutan Jallaalah atas dirinya.
5. BINATANG BUAS
Binatang buas termasuk haiwan yang diharamkan. Berdasarkan hadis yang disebutkan oleh Imam Maliki dalam kitabnya Al Muwattha', dari sahabat Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda:-
"Memakan semua binatang buas yang bertaring hukumnya haram."
Termasuk juga kera. Kerana Rasulullah s.a.w. telah melarangnya.
Burung-burung yang menyerang dengan cakarnya, seperti burung garuda, helang, gagak dan lain-lain, menurut jumhur ulama, haram.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis yang bersumber dari sahabat Ibnu Abbas r.a.:
"Rasulullah s.a.w. telah melarang (mengharamkan) semua binatang buas yang bertaring dan semua burung yang bercakar." (Hadis Riwayat Muslim).
Maksud binatang buas yang bertaring adalah semua haiwan yang menyerang dangan taringnya, seperti: harimau, singa, kucing, anjing. Semua ini diharamkan menurut jumhur ulama. Dan semuanya disebut binatang buas.
Dan Imam Hanafi menambahkan bahawa, semua haiwan yang memangsa (pemakan daging) itu dikategorikan sebagai binatang buas, termasuk ke dalamnya gajah, tupai dan kucing. Semuanya haram.
Wednesday, August 17, 2011
BARANG YANG MERAGUKAN (SYUBHAT)
Syubhat berasal dari bahasa Arab yang membawa erti samar atau tidak jelas. Sedangkan menurut istilah dalam hukum Islam adalah setiap perkara yang tidak jelas halal haramnya.
Istilah ini bersumberkan dari sabda Rasulullah s.a.w. sebagai berikut:-
"Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara kedua-duanya itu ada perkara yang samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka, barangsiapa yang takut melakukan hal-hal yang samar tadi, bererti ia telah menjaga dirinya dari sesuatu yang mencemarkan kehormatan diri dan agamanya. Dan sesiapa yang jatuh dalam perkara-perkara yang samar itu, maka ia telah jatuh ke dalam perkara haram. Seperti seorang pengembala yang mengembalakan ternaknya di sekitar tempat yang terlarang, dikhuatirkan ternaknya itu akan makan dari tempat yang terlarang tersebut." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Terhadap perkara yang samar-samar (syubhat) ini, Islam telah menetapkan suatu garis yang disebut sikap hati-hati (warak). Dengan sikap ini, seorang muslim diharuskan menjaga dirinya dari perkara-perkara yang samar-samar, sehingga tidak akan terjerumus ke dalam perkara-perkara yang haram.
Kerana halal sudah jelas, dan haram pun sudah jelas, tinggal perkara syubhat yang harus dijaga. Semua yang meragukan halal dan haramnya adalah syubhat. Jadi sebelum nyata apakah sesuatu itu halal atau haram, hendaklah dijauhi.

Tuesday, August 16, 2011
MENGKOME NENGOK PEHTUH MENGKOME FIKIOLER SENDIGHI
Koleksi Terbaik Kenyataan Pimpinan UMNO Yang " Memperlekeh Undang2 Islam "
Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Hudud.
1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.
2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.
3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.
4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.
5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.
8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.
9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.
10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.
11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.
12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.
15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.
16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.
18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.
19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.
20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92.
Artikel ini dipetik di http://www.perisik-rakyat.com/2011/08/koleksi-terbaik-pimpinan-umno-membela.html
Bersama-samalah kita untuk "Mempertahankan Islam, Runtuhkan Jahilliyyah".

Artikel ini dipetik di http://www.perisik-rakyat.
Bersama-samalah kita untuk "Mempertahankan Islam, Runtuhkan Jahilliyyah".
CERITA TENTANG ORANG YANG WARAK
Warak ertinya memelihara diri dari hal-hal yang meragukan, kerana takut terjerumus ke dalam hal-hal yang diharamkan.
Cerita tentang orang-orang yang warak ini banyak sekali. Diantaranya adalah:-
Suatu hari, Abu Bakar As-Siddiq meminum segelas susu hasil usaha hambanya. Ketika ia tanyakan kepada hambanya dari mana ia perolehi susu itu, hamba itu menjawab: "Saya menjadi dukun di suatu kaum, lalu mereka memberi saya susu tersebut."
Mendengar itu, Abu Bakar lalu memasukkan jarinya ke tenggorokkannya, sehingga hampir-hampir nyawanya melayang, lalu ia muntahkan isi perutnya, seraya berkata: "Ya Allah. aku mohon ampun kepadaMu dari apa yang sudah terserap oleh urat dan tercampur dalam usus!"
Perhatikan, betapa hati-hatinya beliau terhadap apa yang masuk ke dalam perutnya.
Salah seorang Sufi terkenal, iaitu Sufyan ats Tsaury pernah mengatakan: "Orang yang menafkahkan harta haram di dalam taat kepada Allah ibarat orang yang membasuh pakaian najis dengan air najis pula. Padahal pakaian najis itu tidak akan suci kecuali bila dibasuh dengan air yang bersih, dan dosa tidak akan lenyap kecuali dengan makan yang halal."
Dan diriwayatkan dari salah seorang yang soleh, bahawa suatu hari ia memberikan makanan kepada salah seorang abdal (pangkat kewalian), namun makanan itu dibiarkannya saja, tidak dimakan. Maka orang soleh tadi bertanya: "Mengapa tuan tidak makan makanan yang saya berikan ini?"
Abdal itu menjawab: "Kami tidak makan kecuali yang halal, kerana itulah hati kami menjadi lurus, keadaan kami tetap, dan kami boleh menyaksikan alam malakut dan alam akhirat. Kalau kami memakan seperti apa yang kalian makan, tiga hari saja, nescaya akan sirnalah ilmu yakin kami dan akan lenyaplah rasa takut dan musyahadah dari dalam hati kami."
Orang yang soleh tadi berkata: "Saya puasa sepanjang tahun dan menamatkan pembacaan Al-Quran setiap bulan tiga puluh kali."
Abdal menjawab: "Minuman yang tuan lihat saya meminumnya ini, lebih saya gemari daripada tiga puluh kali khatam dalam solat tiga ratus rakaat."
Adapun minuman Abdal itu adalah susu rusa liar.
Lihatlah, betapa sangat hati-hatinya orang warak itu memelihara makanannya.
Memang, sifat warak itu merupakan suatu kedudukan yang sangat tinggi sekali. Hal mana dibuktikan oleh hadis-hadis berikut ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik agama kamu adalah warak."
Dan sabda Nabi s.a.w. lagi:
"Barang siapa menjumpai Allah dalam keadaan warak, nescaya Allah berikan kepadanya pahala Islam semuanya."
Terdapat banyak lagi hadis-hadis yang membicarakan tentang keutamaan sifat warak itu.

ANCAMAN TERHADAP ORANG YANG MAKAN MAKANAN YANG HARAM
Kalau dulu telah dijelaskan betapa pentingnya menjaga agar makanan yang masuk ke dalam perut harus berasal dari barang yang halal, maka di sini akan diterangkan bahaya atau mudarat memakan makanan yang haram itu.
Ibnu Abbas r.a. mengemukakan sebuah hadis di mana baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:-
"Sesungguhnya Allah mempunyai seorang malaikat di Baitul Maqdis, yang setiap malam berseru: Barang siapa memakan makanan yang haram, tidak akan diterima amalnya sedikit pun, baik yang sunnah mahupun yang wajib." (Hadis Riwayat Ad-Dailamy).
Dan sabda Rasulullah s.a.w.
"Berapa banyak orang yang rambutnya kusut, pakaiannya berdebu, kerana telah melakukan perjalanan jauh, makanannya haram, pakaiannya haram dan hidup dari barang yang haram, ia mengangkat tangannya seraya berdoa: Oh Tuhan, Oh Tuhan! Bagaimana doanya boleh dikabulkan?" (Hadis Riwayat Muslim).
Dan sabda Rasulullah s.a.w. lagi:-
"Barangsiapa membeli sehelai baju dengan harga sepuluh dirham sedang di dalamnya ada satu dirham haram, maka Allah tidak menerima solatnya selama wang haram itu masih ada padanya." (Hadis Riwayat Ahmad).
Sabda Nabi s.a.w.:-
"Barang siapa tidak peduli dari mana ia memperolehi harta, maka Allah pun tidak akan peduli dari pintu mana akan memasukkan ia ke neraka." (Hadis Riwayat Ad-Dailamy).
Dan sabda Nabi s.a.w.:-
"setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka nerakalah tempat yang layak baginya." (Hadis Riwayat At-Thurmudzi).
Dan sabda Nabi s.a.w.:-
"Barang siapa memperolehi harta jalan yang haram, lalu dengan harta itu ia hubungkan tali silaturrahim atau disedekahkan atau dibelanjakan di jalan Allah, maka Allah akan mengumpulkan semuanya itu dan kemudian dilemparkannya ke dalam neraka." (Hadis Riwayat Abu Daud).
Dan sabda Nabi s.a.w.:-
"Barang siapa mengusahakan harta dari jalan haram kalau ia sedekahkan maka sedekahnya itu tidak diterima, dan kalau dibiarkannya begitu sahaja maka hartanya itu akan menjadi bekalnya ke dalam neraka." (Hadis Riwayat Ahmad).
Demikianlah bahaya dan mudarat harta yang dihasilkan dari jalan haram itu. Kerana itulah, wajib atas individu muslim untuk mempelajari halal dan haram ini, untuk menjaga keselamatan agamanya.

Monday, August 15, 2011
KEUTAMAAN MAKANAN DARI MAKANAN YANG HALAL
Sebahagian ulama menafsirkan hadis: Menuntut Ilmu Itu Wajib Atas Setiap Muslim, maksudnya adalah ilmu tentang halal dan haram.
Pernah suatu ketika seorang sahabat yang bernama Sa'ad meminta baginda Rasulullah saw supaya baginda memohonkan kepada Allah swt agar dijadikan seorang yang doanya mustajab, lalu baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:-
"Perbaikilah makananmu, maka Allah akan mengabulkan doamu." (Hadis Riwayat Ath-Thabrani).
Disamping itu, orang yang mengusahakan rezekinya dari jalan yang halal itu, menduduki darjat yang sama tingginya dengan golongan syuhada. Ini dinyatakan oleh hadis yang berbunyi:-
"Barang siapa mengusahakan buat keluarganya dari barang yang halal, maka ia ibarat seorang pejuang di jalan Allah. Dan barangsiapa mencari dunia yang halal dengan menjaga diri dari sesuatu yang tak berguna, maka ia menduduki darjat seperti darjat seorang syuhada." (Hadis Riwayat Ath-Thabrani).
Dan sabda Nabi saw yang bermaksud:-
"Barangsiapa memakan makanan yang halal selama empat puluh hari maka Allah akan menyinari kalbunya dan akan memancarkan ilmu hikmat dari kalbunya ke lisannya." (Hadis Riwayat Abu Nuaim).
Demikianlah beberapa hadis yang menunjukkan bahawa memakan makanan yang halal itu melebihi dari peribadatan apa pun. Sebab diterima atau tidaknya suatu ibadah atau doa, tergantung dari apa yang ia makan.

Sunday, August 14, 2011
KEUTAMAAN YANG HALAL DAN KEBURUKAN YANG HARAM
Allah swt telah berfirman yang bermaksud:-
"Makanlah olehmu makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh". (Al-Mu'minun:51)
Dalam ayat lain, Allah swt telah memerintahkan kepada kita supaya memakan makanan yang baik-baik (halal) sebelum (Dia) memrintahkan berbuat amal soleh.
FirmanNya yang bermaksud:-
"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu, dengan jalan batil". (Al-Baqarah:188).
Dalam ayat ini, Allah swt melarang memakan dari hasil yang tidak baik, seperti dengan jalan menipu, merampas, mencuri, merompak, korupsi (rasuah) dan lain-lain. Kesemuanya itu haram hukumnya.
Mencari yang halal itu merupakan suatu kewajipan atas setiap insan muslim, sebagaimana disebutkan oleh baginda Rasulullah saw dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Menuntut yang halal itu wajib atas setiap muslim." (Hadis Raiwayat Ibnu Mas'ud).
Sedangkan mengusahakan sesuatu yang haram itu, diancam dengan seksaan yang kekal di dalam neraka. Firman Allah swt yang bermaksud:-
"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)." (An-Nisa':10).
FirmanNya lagi yang bermaksud:-
"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah oenghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah:275).
Jelaslah, agama Islam yang sangat keras sekali dalam memberi batasan halal dan haram serta hukum-hukumnya, hal ini dapat kita semak dari hadis Nabi saw yang bermaksud:-
"Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu pun jelas." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi saw telah diterangkan dengan jelas mana-mana yang halal dan mana-mana yang haram. Sehingga dengan mudah kita dapat membezakannya, untuk seterusnya mengerjakan yang halal dan menjauhi yang haram dalam segala aktiviti kehidupan kita.

Wednesday, August 10, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)