Thursday, October 27, 2011

SEMOGA MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN

Peperiksaan menimbulkan keresahan dalam kalangan pelajar. Ramai guru pula berasa khuatir dengan peperiksaan sehingga membatasi pengajaran mereka kepada perkara yang dianggap sebagai tuntutan peperiksaan iaitu keputusan terakhir. Di sesetengah sekolah, prestasi pengajaran adalah berdasarkan keputusan peperiksaan yang dicapai.

Apabila telah hampir dengan peperiksaan selain dari guru yang tidak senang duduk, ibu bapa juga dalam situasi sebegitu. Pelbagai cara dan alternatif dibuat agar anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaan akan mencapai kejayaan yang cemerlang. Selain dari usaha, doa dan tawakkal kepada Allah adalah amat tepat melalui solat hajat dan bacaan yassin yang sepatutnya dilakukan oleh anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tersebut.

2 comments:

ckLah @xiiinam said...

Saya baru ditukarkan ke sekolah lain akhir tahun begini(Job Rotation).Di sini, tak mengajar Tingkatan 5 pula meski memeriksa kertas SPM dah lama.Jadi, bebanan memikirkan pencapaian murid baru ni, hampir tiadalah (elok juga tu). Jiwa dan raga, masih memikirkan anak-anak tinkatan 5 sekolah lama yang saya tinggalkan begitu saja kerana akur arahan, di hujung perjuangan mereka. Moga mereka teruskan perjuangan dengan cemerlang.

amalhaj said...

kighernyer miker nih cikgu pakar ler yerk? Untungnyer teman dpt kenei seoghang guru pakar dlm SPM. aper2 pon tahniah keghaner dpt tukar. cughahkan kepakaghan cikgu tuh di sekolah yg baghu. di maner bumi dipijak di situ langit dijunjung.