Friday, May 7, 2010

NAPER SEMEDANG JADI BEGINI WEH???

Bapa kecewa anak dapat 10A SPM gagal dapat biasiswa lanjut pelajaran ke luar negara

Jumaat 7 Mei 2010


BILA keputusan SPM 2009 diumumkan pada pertengahan Mac lalu, hati seorang ayah terlalu gembira bila anaknya mendapat keputusan cemerlang (10A) kerana harapan agar anak dapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Dengan itu, permohonan dibuat melalui internet ke lawan web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Petronas dengan hati yang gembira. Tetapi apabila keputusan dikeluarkan, anak tidak berjaya (temu duga pun tidak dapat)

Saya menghubungi pihak JPA di Putrajaya untuk membuat rayuan tetapi mendapat jawapan yang memanaskan telinga apabila pegawai yang menjawab mengatakan anak saya tidak mengambil subjek biologi bagi mengikuti program kejuruteraan.
Dalam hal ini, saya ingin bertanya pada pihak yang berkenaan:-

* Anak saya bersekolah di asrama penuh dan guru sudah menetapkan, jika memilih bidang kejuruteraan, tidak perlu mengambil subjek biologi.

Apakah guru dan pihak sekolah yang salah?

* Apakah kerana saya tidak mempunyai kenalan orang kenamaan atau orang atasan, maka anak orang kampung tidak mempunyai peluang untuk belajar ke luar negara?
* Bagi Petronas dan TNB, jika memilih untuk anak kakitangan saja janganlah diiklankan dalam surat akhbar kerana membazirkan wang dan menipu rakyat saja.

Ingatlah buat pemilihan secara adil dan saksama kerana kita akan ditanya di sana apa yang kita buat di sini.

BAPA KECEWA, Teluk Intan, Perak.

Persoalannya:-
Mengapekah setiap tahun cerita seperti ini terus berlaku? Mengkome fikioler sendiri.

3 comments:

Anak Teghoso 2009 said...

Ce cuba selidik ,bapaknya sokong pembankang ke atau BN/UMNO ? Tapi kalau sokong disebelah sana tu kalau tak dapat , malang sungguhlah nasibnya.

Dgn sebab itu kena berubahlah menyokong keadilan Islam. Dalam dunia ini ,politik=cable=kenalan ,perkara lumrah. Cuma yang membuat decision kenalah adil dlm menentukan atau memilih seseorang. Jangan sampai memilih mereka yang tidak mematuhi syarat dan kelayakan. Itu mengambil hak orang lain namanya. Jawablah diakhirat nanti.

Walau bagaimana pun sibapak tu janganlah kecewa sangat..anak itu cemerlang sudah Alhamdulillah.kalau gagal semua F macamana? lagi bermasalah. Pasal nak ambil kursus kejuruteraan kena ambik biologi,itu jawapan bangang namanya...rasanya kerani yang jawab tu..bukan pegawai tu.kerani itu tak mengetahui tak apalah..

amalhaj said...

melesia! melesia! melesia oh tanah tumpahnyer ayo materku. teroyak ler mengkome puas2. betul yang cakap tuh, teman ader nengok dpt 5A's ajer dpt terobang pegi mesir ambik medic pulak tuh sbb deme tuh anak??????? gitu ler jadinyer. aper2 pon keneler mengkome fikio2kan.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Saya turut bersimpati dengan nasib anak yang yang malang itu. Memangnya dengan 10A dia layak untuk melanjutkan pelajaran keluar negara. Memang mengelirukan. Kalau dibaca betul betul program kejuruteraan ke negara tertentu ( saya tak pasti Uk atau Jepun) memerlukan biologi sebagai syarat wajib. Begitu juga program ke timur tengah , kalau dulu ada yg pelajar 9A memohon program perubatan ke UK tetapi dapat tempat di jordan. Tetapi tidak sekarang, pelajar yg dapat 9A tanpa bahasa Arab jikalau memohon ke timur Tengah memang gagal. Dua orang sahabt anak saya yang cemerlang mendapat 9A gagal permohonan keluar negra kerana seorang tiada biologi dan seorang tiada bahasa Arab. Kalau difikirkan pengajian ke Rusia dan Republik Chec jugak tidak perlukan subjek khusus di dalam SPM untuk belajar di sana.? Mengapa ke Timur Tengah wajib ada bahasa Arab. Mungkin juga kerana pelajar aliran Arab telah ada dan diberi keutamaan

Nasihat saya, walaupun anak anak kita cemerlang tetapi mereka masih mentah,biar kita bersama sama mengisi borang permohonan dan TELITI setiap syarat, kalau tak faham bertanya la pada mereka. Saya akui perkara ini memang mengelirukan dan perlukan penelitian terutama tempoh masa nya adalah terhad. Sekian