Cahaya yang sentiasa menerangi bumi Allah. Ya Allah! Engkau terangilah hati hamba-Mu ini dengan hidayah-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahari pada siang hari dan Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya bulan pada malam hari. AMIN.
Wednesday, December 11, 2013
11.12.13 - MACAM CANTEK AJER
Udah dekat duer bulan teman idak update teman punyer blog. Uihhh, lamer jugak kalo gitu teman idak ngadap laptop teman. Demer peghonah nanyer pader teman biler demer nyumper teman. Ape ke helnyer miker nih idak update blog miker? Udah muang tebiat ke gamaknyer? Aikk sampei gitu benor demer nanyer pader teman. Teman nyeghonging ajer. Dalam ati teman berketuk-ketak juger. Antaghernyer ati teman bisik, demer nih mukak ker blog teman? Demer nih tawuu ker camaner nak masuk blog teman?
Labels:
ntah aper-aper
Tuesday, October 15, 2013
LABBAIK ALLAH HUMMA LABBAIK
Salam Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh dunia. Jadikanlah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sebagai panduan kita untuk berkorban kepada agama Islam. Islam adalah agama yang agong. Agama yang suci. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita juga mestilah suci.
Bersama-samalah kita mendoakan agar semua umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah dapat melaksanakannya dengan tertib dan sempurna. Kita juga wajar mendoakan agar mereka semua dikurniakan haji yang mabrur.

Disamping itu kita juga mendoakan agar mereka sihat walafiat dan akan kembali semula kepada keluarga tersayang mereka yang ditinggalkan di tanah air masing-masing setelah menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Kepada yang belum dapat menjejak kaki di Tanah Suci Mekah dan Madinah, bersama juga kita mendoakan agar mereka juga dapat bersama merasai betapa indahnya ketika beribadat di sana.
Labels:
Rukun Islam
Wednesday, October 9, 2013
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA YANG MERAGUKAN?
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin
Buang (gambar) menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya
sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang. Ambrin turut tidak bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan
Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang
membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.
Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya.
“Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya dicuri selain kelemahan menguruskan aset,” katanya. Ahli Parlimen pembangkang menyelar polis selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dibentangkan dengan mendakwa kehilangan pistol mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar jenayah melibatkan senjata api.
Teresa Kok dari DAP mengkritik polis kerana sekadar memberikan alasan tanpa mahu mengakui kecuaian mereka. “Macam mana Khalid tahu pistol itu jatuh ke dalam laut? Adakah rakyat Malaysia yang waras boleh terima alasan sebegitu,” katanya. Berhubung bagaimana Jabatan Audit Negara tahu mengenai kehilangan itu, Ambrin berkata, mengikut peraturan, kementerian, jabatan atau agensi yang kehilangan aset kerajaan harus melaporkan kehilangan itu kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara.
Pendedahan lain dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menjadi kontroversi adalah penggunaan dana RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa kumpulan K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Sedunia. Bekas menterinya, Ahmad Shabery berkata, ia datang daripada penaja sementara penggantinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengambil alih jawatan itu pada Mei mengakui kementerian mengeluarkan belanja untuk konsert itu.
Shabery mendakwa, kementerian menerima RM20 juta daripada sektor korporat dalam dan luar negara untuk acara itu. Shabery turut menggelar Jabatan Audit Negara “culas” (malas) kerana gagal menyemak wang yang dimasukkan oleh penaja ke akaun bank Majlis Belia Kebangsaan. Bagaimanapun, Ambrin menafikan dakwaan Shabery dan berkata, tiada sesiapa daripada kementerian atau majlis yang mencabar fakta wang konsert K-pop itu datang menerusi peruntukan kerajaan semasa perbincangan kedua-dua pihak berhubung audit itu.
“Dalam audit tentang pembayaran geran oleh kementerian kepada badan bukan kerajaan kami mendapati sejumlah besar wang dibayar untuk beberapa aktiviti bagi sambutan yang dirasakan tidak wajar termasuk konsert K-pop. “Ini sebabnya mengapa ia dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara,” katanya.
Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset
bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie
talkie, 22 radio dan peralatan lain. Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah
menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan
tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara
2012. “Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia
direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu
yang penting,” kata Ahmad Zahid.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada penjenayah. Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan senjata yang hilang digunakan dalam jenayah.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada penjenayah. Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan senjata yang hilang digunakan dalam jenayah.
Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya.
“Tiada tentang pistol hilang di dalam laut dalam laporan kami dan tiada
jawapan daripada polis berhubung isu ini,” kata Ambrin kepada The
Malaysian Insider semalam. “Kita tidak boleh menolak kemungkinan apabila polis melakukan operasi atau latihan di laut, pistol mungkin jatuh ke dalam laut.
“Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya dicuri selain kelemahan menguruskan aset,” katanya. Ahli Parlimen pembangkang menyelar polis selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dibentangkan dengan mendakwa kehilangan pistol mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar jenayah melibatkan senjata api.
Teresa Kok dari DAP mengkritik polis kerana sekadar memberikan alasan tanpa mahu mengakui kecuaian mereka. “Macam mana Khalid tahu pistol itu jatuh ke dalam laut? Adakah rakyat Malaysia yang waras boleh terima alasan sebegitu,” katanya. Berhubung bagaimana Jabatan Audit Negara tahu mengenai kehilangan itu, Ambrin berkata, mengikut peraturan, kementerian, jabatan atau agensi yang kehilangan aset kerajaan harus melaporkan kehilangan itu kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara.
Pendedahan lain dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menjadi kontroversi adalah penggunaan dana RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa kumpulan K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Sedunia. Bekas menterinya, Ahmad Shabery berkata, ia datang daripada penaja sementara penggantinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengambil alih jawatan itu pada Mei mengakui kementerian mengeluarkan belanja untuk konsert itu.
Shabery mendakwa, kementerian menerima RM20 juta daripada sektor korporat dalam dan luar negara untuk acara itu. Shabery turut menggelar Jabatan Audit Negara “culas” (malas) kerana gagal menyemak wang yang dimasukkan oleh penaja ke akaun bank Majlis Belia Kebangsaan. Bagaimanapun, Ambrin menafikan dakwaan Shabery dan berkata, tiada sesiapa daripada kementerian atau majlis yang mencabar fakta wang konsert K-pop itu datang menerusi peruntukan kerajaan semasa perbincangan kedua-dua pihak berhubung audit itu.
“Dalam audit tentang pembayaran geran oleh kementerian kepada badan bukan kerajaan kami mendapati sejumlah besar wang dibayar untuk beberapa aktiviti bagi sambutan yang dirasakan tidak wajar termasuk konsert K-pop. “Ini sebabnya mengapa ia dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara,” katanya.
– 8 Oktober, 2013.
Saban tahun mesti ada orang yang pertikaikan Laporan Ketua Audit Negara. Persoalannya, adakah Jabatan Audit Negara itu membuat laporan yang bohong? Kalau laporan itu adalah yang sebenar, mengapa pertikaikan terutama dari menteri-menteri sendiri? Kalau laporan itu adalah bohong semata-mata, lebih baik tutup sahaja Jabatan Audit Negara dan semuanya tidak perlu diaudit seperti petronas.

Jabatan Audit Negara
Sunday, September 22, 2013
TAMADUN ISLAM SEMAKIN HILANG DI REPUBLIK CZECH
PRAGUE: Bangunan reka bentuk aneh bercirikan tamadun Rom menggamit pelancong dari seluruh dunia bertandang ke ibu kota Republik Czech.
Istana Prague, Charles Bridge dan Old Town Square antara lokasi bersejarah yang menggambarkan tamadun awal manusia. Ia mencorak budaya hidup tempatan dengan pengaruh agama dalam acuan seni reka bangunan.
Betul-betul memukau pandangan mata, menyamai keanehan objek yang dianggap ajaib di dunia seperti piramid di Mesir dan Chandi Borobudur di Indonesia.
Seperti juga Borobudur yang dicatat dibina pada abad ke-9 merupakan Mahayana Kuil Buddha di Magelang, Jawa Tengah.
Prague muncul pada zaman Romanesque dan berkembang era Gothic dan Renaissance. Tercatat dua Maharaja Rom bertakhta di situ yang lebih dikenali Empayar Rom Suci.
Prague merupakan bandar utama ketika Monarki Habsburg dan Empayar Austria-Hungary.
Selepas Perang Dunia I muncul sebagai negara Czechoslovakia. Di tengah-tengah bandar tersebut sehingga kini dapat dilihat kesan-kesan pengaruh agama Kristian melatari kehidupan di republik Czech.
Keindahan dan kehebatan seni bina ciptaan warga Czech tidak hairanlah pada 1992, lokasi bersejarah Kristian itu disenaraikan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.
Mempunyai berpuluh muzium bagi kegiatan teater, galeri, panggung wayang, dan pameran artifak bersejarah lain.
Difahamkan berdasarkan catatan sejarah Prague pernah dikuasai Khalifah Othmaniah, di mana hampir kesemua penduduk ketika itu beragama Islam.
Malangnya sekarang semuanya itu hilang. Hari ini didominasi penduduk Kristian Katholik dan Protestan. Lebih menyedihkan lagi masjid yang pernah mewajah budaya Czech sekarang sukar lagi ditemui.
Mungkinkah masjid sudah ditukar menjadi gereja atau muzium. Senibina Islam itu tidak mampu dilumpuhkan begitu sahaja kerana masih ada kesannya di Prague.
Sejarah seperti mempamerkan masih ada reka bentuk bangunan lama yang menyerupai masjid dengan bumbung dilengkapi kubah.
Penduduk tempatan yang ditemui tidak tahu di mana terletaknya rumah ibadat orang Islam, sebahagian besar mereka pendatang dari Arab dan Afrika utara.
Seorang pemuda bekerja di kedai menjual pakaian berjenama Hard Rock memberitahu beliau berasal dari Algeria dan berkahwin dengan penduduk tempatan.
“Saya masih Islam, hanya Allah yang tahu keadaan sebenar,” ujarnya yang memakai rantai pelbagai logo. Ada juga kelihatan seperti lambang salib.
Sambil menggeleng-geleng kepala beliau seperti mengakui terpaksa berperang dengan arus kehidupan sosial melanda dirinya sehingga menenggelamkan baka Islam.
Peperangan yang sering berlaku di era tamadun, masih mampu menyelamatkan artifak yang diserapi unsur-unsur Kristian.
Banyak bangunan masih terselamat biar pun pernah dicatat berlaku keganasan dan kemusnahan abad ke-20 di Eropah. Semuanya itu masih terpahat di Wall Lennon dan PetrĂn.
Prague merupakan bandar ke-14 terbesar di Negara Kesatuan Eropah. Terletak di barat laut negara di Sungai Vltava.
Mempunyai kira-kira 1.3 juta orang namun mampu menarik lebih 4 juta pelancong setiap tahun.
Sejarah kaya dengan unsur Kristian menjadikan Prague pada 2009 dan 2011 bandar keenam paling kerap dilawati di Eropah.
harakahdaily

Islam
Monday, September 16, 2013
PAU 2013 - BAHAGIAN SUNGAI SIPUT
Nengor-nengor habor pemilihan UMNO Sunga Sipot tawon 2013 nih hangat. Itu aper yang teman nengor. Tapi, kalo betui aper demer sememer ceghiter tuh betui, teman pon nengok memang hangat pijor. Bukan ajer calon2 yang bertanding tuh hangat pijor, demer-mener yang jadik perwakilan pon akan hangat pijor. Bukan nyer naper sebab memasing udah tentu berkempen. Idak kigherler kempen tuh sehat ker ator kempen itu dedor-dedor demam ker ato pon kempen tuh teghuis jadi demam paneh.
Sebelom nih, Dato' Zul jadik Ketuer Bagian. Dato' Zul belawan ngan Datuk Ahamad. Maser tuh Datuk Ahamad aderler ADUN Lintang. Dato' Zul ngempeng kalo ADUN lain Ketuer Bagian lain senang nak dapat peghuntukan. Lagi pon Ketuer Bagian leh numpu pader kawasan-kawasan UMNO ajer. ADUN nih kener selughoh kawasan iaitu UMNO, GERAKAN, MIC dan MCA. Itu kempen Dato' Zul maser dier nak ngamek keghosi Ketuer Bagian.
Kali ini, Dato' Zul udah jadi ADUN pulak lepeh PRU13 dulu. Ader ker Dato' Zul akan pertahankan keghosi Ketuer Bagian? Pader teman kalo Dato' Zul betui-betui nak jager perpaduan oghang-oghang UMNO Sunga Sipot nih, beliau tidak akan pertahankan keghosi Ketuer Bagian tuh. Dato' Zul akan beghi peluang pader Zamri Abdullah yang teman nengor akan nentang Dato' Zul sebagai Ketuer Bagian. Dato' Zul kener kener ler kotakan aper yang beliau kater maser nentang Datuk Ahamad meghebot keghosi Ketuer Bagian dulu,
Aper yang menagheknyer, biler Dato' Zul menang ADUN Lintang, teghuis ajer detak papan tander ADUN Lintang di Wisma UMNO Sunga Sipot. Maser Datuk Ahamad dulu idak dibenorkan muat pejabat ADUN Lintang kat Wisma UMNO tuh. Kenerler pulak Datuk Ahamad Nyewer ghomah kedei nak dijadikan pejabat ADUN Lintang. Saper yang beghani nengor sikap Dato' Zul yang "double standard" tuh? Usah ler nak ambek peluang, Keluorler sikit duet bukannyer manyak nak sewer kat maner-maner dijadikan pejabat. Kan gitu mengkomer?
Satu lagi yang teman nengor ceghiter, Ketuer Wanita juger ader perlawanan. Nengor-nengor habor, Ketuer Wanita yang sedia ader Hajah Sharifah Tamin akan dilawan oleh seoghang cikgu. Kalo dedulu Sharifah Tamin ditentang oleh cikgu Wagiam, kini nengor ceghoter akan ditentang oleh seoghang cikgu lagi iaitu cikgu Sofiah. Cikgu Wagiam maser lawan dgan Sharifah Tamin jadik Gughu Penolong Kanan pastu jadik Gughu Besor. Cikgu Sofiah nih pulak adeler Gughu Penolong Kanan. Mungkinker lepeh menang jadi Ketuer Wanita UMNO Sunga Sipot, cikgu Sofiah akan jagi Gughu Besor?
Dedulu biler cikgu Wagiam mencabor Sharifah Tamin keghosi Ketuer Wanita, habeh semuer gughu jadi musuh Sharifah Tamin. Paling dasatnyer gughu-gughu lelaki pon dimuatnyer musoh. Ader jer idak kener pader hatinyer. Kali ini aperkah permusuhan Sharifah Tamin ngan gughu-gughu di Sunga Sipot nih akan berteghusan? Pader teman, janganler disebabkan seoghang gughu mencabar keghosi maker habeh sememer gughu dimuatnyer musuh. Takkan idak ader gughu yang nyokong Sharifah Tamin?
Camaner pulak keghosi Ketuer Pemuder UMNO? Idak ader ker yang nak cabor Encik Badrul, pensyaghah muder daghi Institut Pendidikan Gughu Malaysia, Ipoh tuh? Kalo dulu Badrul boleh lawan Zamri daghi cawangan yang samer iaitu Kampung Tok Bisan, aperker kali ini ader jaguh daghi kampung yang samer akan nentang Badrul? Ato pun Badrul akan menang idak bertanding keghosi Ketuer Pemuder UMNO Sunga Sipot?
Ler nih teman udah nampak ghamei perwakilan dok berlonggok kat kedei-kedei tomyam ngan kedei-kedei mamak. Demer tuh bukan ajer berlonggok di Sunga Sipot, malah ader yang teman nengor lepeh ke Ipoh. Ipoh tempat yang paling best Restoren Hydramaut di depan Sungai Kinta tuh. Itu yang teman nengor. Idak ler pulak teman numpang sekaki sebab iadak ader yang nak pelawer teman ngikot demer-demer tuh. Camner pon ceghiter yang teman nengor nih aghap-aghap bukan kabor angin.
Camaner pon kalo mengkomer nengok di peghengkat atasan, memacam ceghiter yang boleh kiter nengor. Keghosi Najib ngan Muhyiddin takat ini belom ader sesaper yang beghani nak cabor. Ketuer Wanita pulak udak berdolak dolek. Memuler Azalina mantan Ketuer Puteghi UMNO nak cabor pastu idak jadi. Ler nih ader pulak oghang len yang cabor. Gitu juger Ketuer Pemuder UMNO, ader nengor Khairi Jamaluddin akan ditentang. Yang agak heghan ader juger mesyuaghat yang kener tangguh. Kali ini belum ader yang nengor baling-baling keghosi.

politik
Tuesday, September 10, 2013
HAMPIR O.5 JUTA CALON UPSR TAHUN 2013
Kalau mengikut Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berakhir pada tahun 2015. Ini bermakna murid sekolah rendah Tahun Empat tahun 2013 adalah calon-calon terakhir bagi UPSR. Pada tahun 2016, PBS akan mengambil peranan dalam pengujian murid-murid sekolah rendah.
Pada tahun ini 2013, hampir 0.5 juta calon UPSR yang menduduki ujian tersebut. Ini dapat dilihat bahawa terdapat seramai 478,848 orang murid Tahun Enam akan menduduki UPSR yang bermula 10 september 2013 hingga 12 September 2013. Jumalah calon dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan ialah 469,882 orang. Manakala 8,966 orang calon pula dari sekolah swasta.
Kepada semua calon UPSR bagi tahun 2013 ini diucapkan selamat menduduki UPSR. Bacalah soalan dan fahamkanlah kehendak soalan. Jawablah soalan tersebut dengan tenang. Insya-Allah kejayaan akan dapat dikecapi setelah kita berusaha. Seterusnya kita perlu berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Berusaha, berdoa dan bertawakal adalah amalan yang boleh membuah kejayaan dalam kehidupan kita.
Labels:
UPSR
Saturday, August 31, 2013
MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.
Kepada semua rakyat Malaysia.
"Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 56.

Malaysia dan merdeka
Friday, August 30, 2013
MENGAPA RAMAI TAK KIBAR JALUR GEMILANG?
Hari ini bertarikh 30 Ogos 2013. Hari Jumaat. Besok, Sabtu. 31 Ogos 2013. Ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke- 56. Sudah melebihi setengah abad rupanya Malaysia ini merdeka. Kalau mengikut usia seseorang manusia, ia hampir kepada usia penghujung. Saban tahun sambutan ulang tahun kemerdekaan ini pasti dilancarkan mulai 15 Ogos hingga 15 September tahun semasa. Hebohlah berita mengenai sambutan ulang tahun kemerdekaan ini semua media. Dalam surat khabar penuh dengan berita ulang tahun kemerdekaan. Dalam televisyen juga disiarkan berita yang sama. Malahan dalam intenet juga ada turut sama.
Seusai sahaja kita membuat sambutan ulang tahun kemerdekaan, pada 16 September saban tahun kita merayakan pula hari Malaysia. Kalau kita bertanya kepada anak-anak di sekolah, apakah mereka tahu apakah perbezaan di antara dua sambutan tersebut. Apakah perbezaan peristiwa pada tarikh keramat iaitu 31 Ogos dan 16 September? Atau mereka bersama-sama merayakan hanyalah ikut-ikutan sahaja. Orang mengibarkan bendera, mereka juga mengibarkan bendera. Orang melaungkan sorakan merdeka, mereka turut sama melaungkannya.
Apa yang saya perhatikan baik di bandar-bandar malahan turut menjadi perhatian saya ke kampung-kampung. Kibaran jalur gemilang amat berbeza antara dua lokasi ini. Begitu juga antara premis kerajaan dengan premis persendirian juga kibaran jalur gemilang yang berbeza. Timbul persoalan dalam hati saya, mengapakah perkara sebegini boleh berlaku pada hal Malaysia telah pun mencapai kemerdekaan 56 tahun yang lalu. Apakah warga Malaysia sudah tidak mempunyai semangat patriotik dalam diri mereka? Atau apakah dengan mengibarkan jalur gemilang itu membuang masa dan kerja yang sia-sia?
Setiap tahun ada sahaja pertandingan sambutan ulaang tahun kemerdekaan. Saban tahun mesti ada pemenangnya sekurang-kurang tempat pertama hingga ketiga. Kadang-kadang sampai ada hadiah sagu hati sebagai tambahan. Apakah hadiah-hadiah yang ditawarkan itu tidak berbaloi jika dibandingkan dengan kerja-kerja persiapan untuk pertandingan? Namun begitu, seandainya kita mempunyai semangat patriotik yang kuat kibaran jalur gemilang lebih muncah lagi tanpa mengira tawaran-tawaran hadiah. Jalur gemilang akan berkibar sepanjang jalan. Jalur gemilang berkibar megah di premis-premis persendirian.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua sekolah dan premis-premis pendidikan mengibarkan jalur gemilang ini mulai 15 Ogos sehingga 15 September. Jalur gemilang mulai menghiasi bangunan dan kawasan premis pendidikan. Di sekolah, suasana begitu meriah pada hari pelancaran bulan kemerdekaan. Begitu juga pada hari sambutan kemerdekaan itu yang dijalankan sehari sebelum hari ulang tahun kemerdekaan tersebut. Terdapat pelbagai bentuk jalur gemilang yang menghiasi premis pendidikan ini. Di sekolah-sekolah, setiap pagi lagu yang berkaitan dengan kemerdekaan akan berkumandang di udara.
Situasi sambutan ulang tahun kemerdekaan yang begitu meriah bukan sahaja tertumpu kepada sekolah rendah, Situasi yang sama juga akan dilihat di sekolah menengah. Jikalau di peringkat awal lagi mereka telah ditanam dengan semangat patriotik yang tinggi, mengapa apabila mereka telah dewasa semangat patriotik yang tersemai menjadi pudar? Mengapakah semangat patriotik dalam diri mereka menjadi layu? Mengapa semangat patriotik yang hidup segar dan subur tiba masa dewasa ianya mati begitu sahaja? Betulkah golongan remaja hanya bersemangat menyambut ulang tahun kemerdekaan pada malam "countdown" sahaja?

merdeka dan jalur gemilang
Saturday, August 17, 2013
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG (OLAHRAGA) DI SEKOLAH - 2
JAWATANKUASA KECIL (JKK) YANG PERLU DIWUJUDKAN.
(Cadangan ini bergantung pada kesesuaian dan keperluan)
• Urus setia (3 orang).
• JKK Pertandingan dan Perangkaan (4 orang).
• JKK Teknik dan Peralatan (4 orang).
• JKK Kepegawaian (3 orang).
• JKK Kewangan dan Iklan (3 orang jika diperlukan).
• JKK Jemputan dan Sambutan (5 orang jika diperlukan).
• JKK Perasmian dan Penutupan (5 orang jika diperlukan).
• JKK Hiasan, Kebersihan dan Keceriaan (4 orang).
• JKK Pertolongan Cemas (2 orang).
• JKK Dokumentasi, Rakaman, Siar Raya dan Publisiti. (4 orang jika diperlukan).
• JKK Kawalan, Keselamatan dan Lalu Lintas (5 orang).
• JKK Hadiah, Sijil dan Cenderamata (5 orang).
• JKK Buku Cenderamata/Program (3 orang).
• JKK Minuman Pegawai/Pembantu Teknik dan Jamuan VIP (4 orang).
• JKK Lain mengikut keperluan seperti JKK Pengangkutan, Penginapan Atlet, Pegawai dan
sebagainya.
URUS SETIA
Tanggungjawab urus setia ialah:
• Mengurus surat pelantikan anggota jawatankuasa pengelola kejohanan.
• Mengurus surat-menyurat kepada pihak-pihak tertentu.
• Mengurus dan memanggil mesyuarat jawatankuasa pengelola.
• Mengedarkan segala maklumat mengenai kejohanan kepada semua yang berkenaan.
• Mengurus serta mengendalikan mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.
• Memohon tempahan kegunaan stadium/venue untuk kejohanan.
• Mengurus pesanan hadiah dan cenderamata.
• Menyediakan peralatan am selain peralatan teknikal.
• Mengurus dan menyediakan anggaran perbelanjaan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa
Pengelola.
• Memanggil mesyuarat post-mortem selepas kejohanan.
• Mengurus dan melaksanakan segala ketetapan jawatankuasa pengelola.
• Menyelaraskan tugas-tugas JKK yang lain.
JKK PERTANDINGAN DAN PERANGKAAN
Tanggungjawab JKK Pertandingan dan Perangkaan dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu:
(a) SEBELUM PERTANDINGAN
(i) Menyemak dan mendapatkan pengesahan daripada urus setia mengenai peraturanperaturan
kejohanan.
(ii) Menyusun atur cara pertandingan:
• tarikh
• nombor acara
• masa
• acara
• bahagian umur
• peringkat pertandingan
(iii) Pengurusan rekod:
• Kejohanan
• Borang pendaftaran
• Borang pertandingan
• Buku pertandingan
(iv) Taklimat penyelarasan
• Memberikan taklimat dan penyelarasan tugas kerja kepada jawatankuasa
pertandingan.
(v) Merekodkan borang pendaftaran:
• Memproses
• Menyemak
• Mengasingkan mengikut acara dan peringkat umur
• Menetapkan nombor peserta
(vi) Melaksanakan mesyuarat pengundian lorong:
• menentukan tempat
• acara
• menyediakan bahan-bahan undian
• alatan
(20 hari sebelum kejohanan)
(vii) Menyediakan buku rasmi pertandingan:
• nombor acara
• nama acara
• waktu
• ukuran alatan
• kedudukan lorong
• bilangan peserta pertandingan
• rekod-rekod kejohanan (sekolah/zon/daerah/negeri/kebangsaan)
(Catatkan masa, jarak, pemegang rekod, zon, tempat dan tahun rekod dicipta)
(viii) Mendapatkan semua borang teknikal acara padang dan memasukkan semua peserta
yang mengambil bahagian mengikut acara/kategori sebelum menyerahkannya
kepada ketua bilik panggilan/penyelia peserta semasa pertandingan.
(ix) Memberi taklimat penyelarasan tugas bersama dengan jawatankuasa kecil:
• JKK Kepegawaian
• JKK Hadiah
• JKK Kemudahan Padang/Stadium
• Jawatankuasa-jawatankuasa lain yang berkaitan pada masa yang sesuai sebelum
kejohanan.
(x) Pengurusan tempat pertandingan:
• menentukan dan menyesuaikan kemudahan di tempat pertandingan untuk
melicinkan perjalanan pertandingan.
• masa.
• alatan dan bahan-bahan mengenai pertandingan untuk mesyuarat penguruspengurus
pasukan.
(b) SEMASA KEJOHANAN
(i) Menyediakan buku peserta
• susunan acara dan diserahkan kepada ketua bilik panggilan/penyelia peserta
(ii) Pengurusan keputusan pertandingan
• menerima
• mengeluarkan
• mengumpul
• menjilidkan
(mengikut sesi dan hari dengan secukupnya dan mengedarkannya kepada
pengurus-pengurus pasukan, bilik seranta, akhbar dan untuk simpanan)
(iii) Mengemas kini maklumat-maklumat berikut dari semasa ke semasa dan
mengeluarkannya pada setiap akhir sesi/hari:
• analisis pungutan pingat mengikut kategori/keseluruhan
• analisis peserta yang telah memecahkan dan menyamai rekod-rekod kejohanan
sekolah/negeri/kebangsaan
• calon peserta terbaik bagi tiap kumpulan umur
• calon peserta terbaik keseluruhan
• calon kategori yang lain
(iv) Pengurusan keputusan
• Mengedarkan naskhah buku atau CD-ROM keputusan rasmi lengkap kepada
pengurus pasukan semasa penutupan rasmi.
(c) SELEPAS KEJOHANAN
(i) Mengumpulkan keputusan-keputusan lengkap dan menyerahkan kepada urus setia
induk bagi penyediaan laporan tidak lewat daripada 1 minggu selepas kejohanan.
(ii) Mengemaskan dan memulangkan peralatan yang berkenaan.
(iii) Mengemas kini rekod kejohanan.
(iv) Tugas-tugas lain.
JKK TEKNIK DAN PERALATAN
(a) SEBELUM KEJOHANAN
(i) Peralatan:
• menyemak, menentukan ukuran, berat dan alat di stor sukan/stadium berada
dalam keadaan baik, selamat digunakan dan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan (Rujuk peraturan pertandingan)
• menyenaraikan dan mendapatkan peralatan sekiranya berlaku kekurangan/
kerosakan
• menyusun, menempatkan, menyenaraikan peralatan yang akan digunakan
mengikut susunan acara tiga hari sebelum pertandingan dijalankan
• mengesahkan alatan persendirian peserta (sekiranya ada) seperti blok permulaan
dan lombol bergalah mengikut piawaian pertandingan (atas permintaan)
(ii) Menyediakan pelan trek/staggers, gelanggang yang akan digunakan dan penerangan
diberikan semasa taklimat pengurus pasukan.
(iii) Menyediakan dan melatih 40-60 orang murid (mengikut keperluan kejohanan)
sebagai quarter master bagi membantu jawatankuasa ini mengikut giliran yang telah
ditetapkan.
(iv) Mendapatkan, menyemak dan memastikan bahawa borang-borang teknikal yang
diperlukan cukup.
(b) SEMASA KEJOHANAN
(i) Peralatan:
• mengeluarkan, menyediakan peralatan dan gelanggang yang akan digunakan
mengikut susunan acara dan menyimpan peralatan semula. Wujudkan sistem
keluar/masuk alatan
• mengadakan score board untuk semua acara padang
(ii) Menyediakan atau membuat semakan tempat bagi acara balapan dan padang serta
menandakan kedudukan rekod-rekod kejohanan sekolah/negeri/kebangsaan/
ASEAN dan sebagainya.
(iii) Berhubung rapat dengan jawatankuasa pertandingan, pengurus kejohanan, pengurus
teknik, referi-referi balapan, padang dan luar stadium bagi menentukan semua arena
pertandingan disediakan dengan baik serta diterima sebagai satu kejohanan yang
dijalankan mengikut peraturan-peraturan pertandingan.
(iv) Tugas-tugas lain yang berkaitan dan bertanggungjawab terhadap hal-hal teknik yang
lain.
(c) SELEPAS KEJOHANAN
(i) Memastikan bahawa semua alatan yang digunakan sama ada dipinjam atau peralatan
stadium telah diurus pemulangannya.
(ii) Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.
JKK KEPEGAWAIAN
(a) Mengenal pasti pegawai-pegawai teknikal yang bertauliah untuk lantikan pegawai
kejohanan.
(b) Menentukan bilangan pegawai untuk kejohanan.
(c) Mengurus surat lantikan dan mendapatkan pengesahan bertulis daripada pegawai-pegawai
petugas yang dicadangkan (selaras dengan urus setia).
(d) Menghubungi jawatankuasa penginapan untuk mengurus tempat penginapan pegawai
(jika diperlukan).
(e) Mengagihkan tugas pegawai, ketua kumpulan, jadual tugas dan giliran tugas.
(f) Menyediakan jadual kedatangan pegawai-pegawai bertugas.
(g) Membuat pendaftaran tentang kehadiran pegawai-pegawai dan menjaga kebajikan mereka
serta merekodkan jumlah sebenar hari bertugas setiap pegawai dalam kejohanan ini.
(h) Memastikan bahawa pegawai-pegawai yang bertugas memakai pakaian yang kemas
sebagaimana yang diperlukan.
(i) Mengadakan taklimat pegawai sehari sebelum kejohanan bermula.

sukan dan permainan
Thursday, August 8, 2013
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
Selama 29 hari Ramadhan bersama-sama dengan kita, kita syawal muncul lagi. Umat Islam menjalani ibadah puasa selama 29 hari disamping pelbagai lagi ibadah sepanjang Ramadhan. Ada yang bertadarus. Ada yang berqiamulai. Ada yang bersedakah mengadakan majlis more. Ada yang bersedakah mengadakan majlis bersahur. Sungguh indah ketika berada di bulan Ramadhan.
Sembahyang waktu terdapat ramai sekali jemaahnya, terutama solat Maghrib dan Isyak. Begitu juga di waktu Subuh ramai juga jemaah yang bersama. Waktu-waktu lain seperti Zohor dan Asar mungkin bilangan yang sedikit tetapi kemungkinan masih ramai lagi berada di pejabat-pejabat dan bersolat di sana. Kemeriahan umat Islam semasa berada di bulan Ramadhan amat ketara. Namun mengapakah ketika berada di bulan-bulan yang lain tidak sebegitu rupa?
Dalam bulan Ramadhan juga pelbagai isu telah dibicarakan. Tak kira oleh umat Islam itu sendiri atau pun yang bukan Islam. Di masa inilah sebagai umat Islam perlu bijak menangani setiap isu dan kekeliruan. Islam perlu dipertahankan dan perlu disanjung. Islam perlu dihormati bagi yang bukan Islam. Jangan melakukan sesuatu yang boleh menggores perasaan dan keimanan umat Islam dan begitulah sebaliknya.
Apa-apa pun di sini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua yang membaca tulisan ini.
Salam Aidilfitri.

Salam Aidilfitri
Tuesday, August 6, 2013
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG (OLAHRAGA) DI SEKOLAH
PENGENALAN
Buku Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang (Olahraga) di sekolah ini disediakan sebagai panduan kepada pihak sekolah untuk mengendalikan Kejohanan Balapan dan Padang di Sekolah. Kandungan Buku Garis panduan ini terbahagi kepada enam bahagian iaitu pendahuluan, peraturan pertandingan, Jawatankuasa-Jawatankuasa kecil, teknikal pertandingan, sukan tara dan lampiran. Bahagian pengenalan memperkenalkan serba sedikit mengenai olahraga dan strukur sukan di peringkat sekolah. Bahagian peraturan pertandingan pula menyatakan tentang peraturan balapan dan padang yang digunapakai dalam kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Bahagian jawatankuasajawatankuasa kecil pula memperincikan peranan setiap jawatankuasa yang ditubuhkan bagi
mengendalikan kejohanan olahraga sekolah.
Bahagian teknikal pertandingan menerangkan acara-acara yang dicadangkan bagi sekolah redah dan menengah, bilangan pegawai teknik dan pembantu pegawai teknik, peralata dan ukuran balapan serta sektor padang. Bahagian sukan tara pula menerangkan bagaimana contoh sukan tara dijalankan di sekolah sebelum kejohanan sebenar dijalankan.
Bersama buku Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang (Olahraga) di Sekolah
ini di sertakan bersama lampiran-lampiran yang boleh digunakan sebagai rujukan bagi acara balapan (150 meter, 200 meter, 300 meter dan 400 meter) dan sektor acara padang. Contoh contoh surat, borang-borang kejohanan serta pengisian majlis pembukaan dan penutupan rasmi kejohanan.
Semoga buku Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang (Olahraga) di Sekolah ini dapat membantu para guru menjalankan Kejohanan Balapan dan Padang di sekolah dengan lebih berkesan. Walaupun bagaimanapun, buku ini hanya sebagai panduan sahaja. Pihak sekolah khasnya guru boleh mengunakan daya kreativiti dan daya usaha masing-masing berdasarkan persekitaran dan kesesuaiannya.
PENDAHULUAN
Olahraga merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga berasal daripada perkataan Greek athlos yang bermaksud “bertanding”. Olahraga boleh dibahagikan kepada acara balapan dan acara padang.
Acara balapan terdiri daripada acara pecut (100 m, 200 m dan 400 m) acara jarak sederhana (800 m, 1500 m, 3000 m, dan 3000 m berhalangan), acara jarak jauh (5000 m dan 10 000 m), lari berpagar wanita (100 m), lari berpagar lelaki (110 m), lari berpagar lelaki dan perempuan (400 m), dan lari berganti-ganti (4 X 100 m, 4 X 200 m, dan 4 X 400 m).
Acara padang terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah dan lompat kijang) dan acara balingan (melontar peluru, merejam lembing, melempar cakera dan membaling tukul besi).
Acara-acara lain pula ialah berjalan kaki (5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan sebagainya), acara separa maraton (21.0975 kilometer), maraton (42.195 kilometer), heptatlon (7 acara untuk wanita) dan dekatlon (10 acara untuk lelaki).
Kejohanan olahraga sekolah merubahkan satu aktiviti sukan yang penting dalam kalendar sekolah dan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Setiap sekolah perlu berusaha membangunkan dan membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan warga sekolah agar institusi sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penglibatan murid dalam sukan dapat memupuk semangat kerjasama, patriotik dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1989, menegaskan bahawa penyertaan murid dalam kegiatan sukan diwajibkan. Setiap murid perlu mengambil bahagian sekurangkurangnya dalam satu jenis permainan atau olahraga. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu memperkemas perancangan dan pengurusan sukan di sekolah agar minat dan penyertaan murid dalam kegiatan sukan dapat ditingkatkan.
STRUKTUR SUKAN DI SEKOLAH
Setiap sekolah mesti mewujudkan budaya dan struktur sukan pada peringkat sekolah. Struktur sukan di sekolah adalah seperti berikut:
• Mengadakan/Menubuhkan majlis sukan sekolah. (Rujuk Lampiran 2 untuk cadangan struktur organisasi).
• Pasukan-pasukan rumah sukan (4 hingga 6 pasukan). (Rujuk Lampiran 3 untuk cara-cara mengagihkan pasukan rumah).
• Memasukkan semua program sukan dalam takwim sekolah.
• Sekiranya padang sekolah digunakan untuk mengadakan sukan sekolah, gelanggang pertandingan yang mengandungi balapan dan tempat pertandingan acara-acara padang hendaklah disiapkan lebih awal untuk memberikan peluang kepada murid-murid menjalani latihan yang cukup. Persediaan ini dibuat pada awal tahun persekolahan atau disediakan sebelum penggal sekolah dibuka. .
Peraturan Pertandingan
Setiap pertandingan yang akan dijalankan hendaklah dikawal oleh peraturan pertandingan.
Maklumat pertandingan mesti mempunyai perkara-perkara berikut:
• Nama, tarikh dan tempat pertandingan/kejohanan.
• Kategori dan acara-acara yang dipertandingkan (timbangan alatan, ukuran dan jarak).
• Syarat-syarat penyertaan.
• Nombor peserta.
• Atur cara.
• Jadual pertandingan.

Olahraga
Tuesday, July 30, 2013
JADILAH PENDIDIK YANG HEBAT
Ramai ilmuan menyatakan bahawa "pendidikan asas kejayaan sesebuah negara". Ini menunjukkan betapa pentingnya pendidikan kepada setiap manusia. Dalam belanjawan negara juga meletakkan pendidikan sebagai yang utama dengan peruntukan wang begitu banyak. Pendidikan juga merupakan pembentuk generasi yang bakal menjadi pemimpin negara.
Untuk mendidik seseorang itu tidak semestinya perlu mempunyai title guru atau pensyarah kerana kerja mendidik ini terlalu luas. Mendidik diri sendiri adalah peranan individu itu sendiri. Begitu juga apabila mendidik keluarga terutama anak-anak yang bakal menjadi peneraju sebuah negara atau setidak-tidaknya sebuah keluarga. Setiap individu perlu persiapkan diri dengan pelbagai ilmu terutama ilmu dunia dan akhirat.
Setiap individu perlu menitikberatkan persoalan pendidikan. Pencarian ilmu perlu dijadikan budaya dalam kehidupan. Budaya ilmu adalah berkait rapat dengan budaya membaca. Melalui pembacaan ilmu itu kita perolehi. Selain itu, ilmu juga ditemui melalui pengalaman sendiri atau pun pengalaman orang lain. Untuk menjadikan budaya ilmu itu tertanam dalam sanubari individu galakan dan bimbingan wajar diberikan.
Kalau di peringkat rendah, sekolah adalah merupakan organisasi pencarian ilmu. Seterusnya sampailah kepada peringkat kolej dan institut pengajian tinggi. Semua organisasi ini wajar dijadikan sebagai pusat transformasi pendidikan. Suatu masa ketika dahulu, masjid dan surau telah dijadikan masyarakat sebagai pusat transformasi pendidikan. Bagitu juga organisasi-organisasi keagamaan yang lain.
Terdapat beberapa sifat yang perlu ada pada seseorang apabila ingin menjadi pendidik yang berkesan. Pendidik yang berkesan adalah pendidik yang hebat. Pendidik yang berkesan juga akan menjadikan dirinya ramai pengikut. Pendidik yang berkesan akan menjadikan pelajarnya berjaya dengan cemerlang dan akan membentuk sebuah generasi yang gemilang serta menjadi harapan kepada sesebuah negara.
Sifat-sifat pendidik yang hebat:-
1. Ikhlas
2. Mengamalkan apa yang dilafazkan
3. Sabar
4. Jujur
5. Humor dalam pendidikan
6. Berani kerana benar

pendidik
Sunday, July 28, 2013
ADUN LINTANG = KETUA BAHAGIAN?
Lepeh ajer pilihan ghayer ke 13 pader 5 Mei 2013 yang lalu, pemilihan UMNO akan berlangsung. Daghi peghengkat bawah sampei ler ke peghengkat ateh. Teman nak mawak ceghiter sikit kat bahagian Sunga Sipot nih. Kalo sebelum nih ADUN nyer idak jadi Ketua Bagian. Tapi, kali ini camner ghopernyer? Apeker ADUN Lintang yang baghu akan pertahankan jawatannye sebagei Ketua Bagian kali ini?
ADUN Lintang sebelum Pilihan Ghayer Umum ke-13 adeler Datuk Ahamad Pakeh Adam. Mantan YB nih bukan ketuer bagian sebab kalah ngan Dato' Zulkifly Haji Haghun, YB baghu DUN Lintang. Memacam kempen yang dibuat oleh Dato' Zul biler nak ngambek aleh ketua bagian nih. Sampaikan pejabat ADUN pun kener sewa kat tempat len pader hei kat Wisma UMNO tuh bukan men besor. Tut-tut bileh dier menang teghuis detak papan tanda pejabat ADUN kat wisma tuh.
Mantan Ketuer Pemuder pon ader ati nak celen ketuer bagian dalam pemilihan kali nih. Encik Zamri mungkin ngambek alasan yang peghonah Dato' Zul buat biler nak lawan Datuk Ahamad dulu. Datuk Ahamad pun aper salahnyer kalau nak lawan ketuer bagian. Bior ADUN len oghang, ketuer bagian len oghan. baghu manyak masuk peghuntukan kater Dato' Zul. Tapi, Datuk Ahamad dibeghiterkan hanyer berminat nak dudok kat Pengeghusi Tetap.
Udah lamer bebenor idak nengor beghiter Tok Lan. Ngaper agaknyerTok Lan idak nak ngambek jawatan Ketuer Bagian? Tok Lan nih kelulusan pun ader. Tok Lan juger ader gheter. Tok Lan juger boleh mimpin UMNO Sunga Sipot. Lagi pun idak pulak nengor yang Tok Lan nih suker mengabehkan tanah oghang Melayu kat Sunga Sipot. Tapi, ader jugak kumpulan demer nih yang muat keghojer macam tuh.
Ketuer Pemuder ler nih pon ader peluang kalo nak tanding nak ngambek jawatan ketuer bagian. Oghangnyer pon ader kelulusan. Jawatan dalam perkhidmatan keghajean pun tinggi. Ader tokoh untok jadi YB pasni teghutmer PRU 14 nanti. Yang penting ketuer pemuder bagian kener pekemehkan dighi kalo nak jadik YB lepeh Dato' Zul nanti. Itu pon kalo idak kener canteh.
Aper-aper pon UMNO Sunga Sipot perlu ketuer bagian yang baghu. Biorler ketuer bagian oghang len dan ADUN Lintang pon oghang len. Manyak gheter boleh dapat yang boleh mantu oghang Melayu di Sunga Sipot nih.

Politik semasa
Saturday, July 27, 2013
JEREBU JELEBU JELEBO
Jeghebu beghulang lagi. Dua tiger aghi nih jeghebu nampak tebei. Mengkomer usah ler memain kat luor ghomah semedang. Nanti cadang nak ngeluor peloh dapat mende len pulak. Yang ngeluorkan jeghebu nih daghi manusia. Paling ghenek daghi asap ghokok yang manusia isap. Berkepoi-kepoi asap keluor ikut mulut ato pun ikut idong. Maka pencemaghan pon telah berlaku.
Kalo mengkomer pegi ke tempat buang sampah, teman agal mengkomer pon terkejut. Maner idaknyer, kat situ pon demer makor sampah. Biler udah makor asap pon berkemontak ler keluor. Kalo memalam mawak keter lalu ikut situ udah idak nampak jalan. Manusia nih kekadang biler dapat poghes api mesti nak nyiyut ajer keghojernyer. Siyut pulak ikut dan ajer.
Biler udah udagher berjeghebu, memasing duding jaghi. Ngater oghang ini salah. Oghang inu salah. Pade hei salah dighi sendighi idak pulak nak ngaku. Saper nak ngaku beghak tengah jalan, betui tak mengkomer. Biler udah berjeghebu, maker dinasihatkan idak beghader kat luor ghomah. Aktiviti luor pon dilaghang. Kekadang tuh sekolah pon kener tutup. Seghonokler bebudak biler udah sughoh cuti. Jeghebu nih bukan ajer jadi masalah kesihatan malah juger masalah keselamatan. Aper idaknyer, biler dekat batang idong pon idak nampak.

Alam skitar
Thursday, July 11, 2013
Tuesday, July 9, 2013
RAMADAN DATANG LAGI
Maka esok 1 Ramadan 1434H bersamaan 10 Julai 2013 bermulalah semua manusia yang mengaku dirinya beragama Islam berpuasa. Ibadat puasa dalam bulan Ramadan adalah merupakan Rukun Islam yang ketiga.
Lafaz niat puasa dalam bulan Ramadan:-
Lafaz niat puasa sebulan dalam bulan Ramadan:-
Perkara-perkara yang membatalkan puasa:-
1. Makan dan minum pada siang hari dengan sengaja
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja
3. Muntah dengan sengaja
4. Melakukan pesetubuhan pada siang hari
5. Mengeluarkan mani denganj sengaja
6. Keluar darah haid dan nifas
7. Gila
8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari
9. Berbuka puasa sebelum masuk waktunya
10. Murtad
Nikmat puasa:-
1. Mengukuhkan iman dan takwa kepada Allah s.w.t.
2. Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbang rasa dan bersyukur
3. Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan
4. Menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak.
Doa berbuka puasa:-
Lafaz niat puasa dalam bulan Ramadan:-
"Sahaja aku puasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."
Lafaz niat puasa sebulan dalam bulan Ramadan:-
"Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala."
1. Makan dan minum pada siang hari dengan sengaja
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja
3. Muntah dengan sengaja
4. Melakukan pesetubuhan pada siang hari
5. Mengeluarkan mani denganj sengaja
6. Keluar darah haid dan nifas
7. Gila
8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari
9. Berbuka puasa sebelum masuk waktunya
10. Murtad
Nikmat puasa:-
1. Mengukuhkan iman dan takwa kepada Allah s.w.t.
2. Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbang rasa dan bersyukur
3. Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan
4. Menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak.
Doa berbuka puasa:-
"Ya Allah, kerana Engkau aku berpuasa dan kepada Engkau aku beriman,
dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha
Pengasih dan Penyayang"
Labels:
Puasa
Saturday, June 29, 2013
SABTU DAN AHAD MASIH BEKERJA
"Munirah minta maaf mak sebab tak dapat nak balik kampung. Sabtu ini ada aktiviti kat sekolah Munirah. Sabtu lepas ada ladap". jelas cikgu Munirah kepada maknya di kampung melalui telefonnya.
"Sabtu depan boleh tak balik." rayu mak cikgu Munirah. "Mak nak buat doa selamat dan tahlil untuk arwah ayah kamu sebelum kita berpuasa nanti." sambung mak cikgu Munirah.
"Insya-Allah, mak, Munirah tak berani nak janji." balas cikgu Munirah.
Begitulah antara perbualan cikgu Munirah dengan maknya melalui telefon. Sebenarnya cikgu Munirah sudah lama tak balik ke kampung menjenguk maknya. Kampung cikgu Munirah terletak di Pasir Mas, Kelantan. Manakala cikgu Munirah mengajar di sebuah sekolah di. daerah Kuala Kangsar. Bukan jauh sangat, tambahan sudah ada Lebuh Raya Timur Barat yang boleh dilalui tak kira masa kerana sentiasa ada kenderaan melaluinya.
Sedeh juga hati cikgu Munirah bila mengenang permohonan maknya itu. Sejak ayahnya meninggal dunia dua tahun yang lalu, berkali-kali cikgu Munirah mengajak maknya duduk sekali dengannya di Kuala Kangsar. Namun, emaknya lebih selesa tinggal di Pasir Mas. Tambahan pula, hasrat nak menjaga rumahnya dan emak cikgu Munirah banyak memelihara ayam kampung.
Arwah ayah cikgu Munirah dulu juga seorang guru. Arwah mengajar di sebuah sekolah di Pasir Mas. Genap sepuluh tahun bersara, ayah cikgu Munirah telah meninggal dunia di Mekah iaitu semasa mereka sekeluarga seramai sepuluh orang menunai umrah. Adik beradik cikgu Munirah ada seramai enam orang. Cikgu Munirah merupakan anak yang bongsu dan belum berkahwin. Cikgu Munirah baru dua tahun mengajar selepas menerima ijazah di Institut Pendidikan Guru di Cheras.
Abang dan kakak cikgu Munirah semuanya sudah berkeluarga tapi semuanya tidak menetap di Kelantan. Abang sulungnya menjadi doktor di Miri, Sarawak. Abang Ngahnya pula seorang Jurutera Petroleum di Terengganu. Abang Alangnya seorang pensyarah di sebuah universiti di utara. Manakala kakak sulongnya menyambung pelajaran peringkat PHD di sebuah universiti di Amerika Syarikat. Peluang ini diambil kerana mengikut suaminya yang bertugas di sana. Kak Ngahnya seorang akauntan sebuah syarikat di Johor.
"Sebuk sungguhkah seorang guru sekarang?" itulah soalan yang sering diutarakan oleh emaknya. Mungkin emak cikgu Munirah membandingkan arwah suaminya seorang guru dengan anak bongsunya juga seorang guru. Kalau dilihat sekarang ini, jadual kerja guru tidak menentu. Orang yang bekerja pejabat boleh bersenang-lenang bersama keluarga apabila tibanya hari Sabtu dan Ahad. Cikgu pula setelah bersama murid-murid dari hari Isnin sehingga Jumaat. Sabtu dan Ahad pula terpaksa diisi dengan aktiviti sekolah yang lain.
Kalau dulu pekerja pejabat akan berasa cemburu dengan guru, tapi sekarang sebaliknya. Guru pula akan mencemburui pekerja pejabat. Tugas guru tak masa, pagi, petang dan malam pasti ada tugas menunggu seorang guru. Tambahan pula kalau guru membuat pengisian data dan sebagainya yang memerlukan kerja secara online. Kekadang terdapat guru yang bangun tengah malam bukan untuk qiamulai tapi semata-mata untuk pengisian data.

Guru dulu dan guru sekarang
Thursday, June 27, 2013
AKU SEORANG GURU DI PEDALAMAN SARAWAK - 2
Jam
menunjukkan 12.00 tengah malam. Dan aku masih lagi di sekolah
menyiapkan tugasan sekadar yang mampu dan online. Sambil menyelam, aku
minum air. Sambil menyelam bawa serampang dua mata untuk menembak ikan
" Tak boleh tahan dah, aku dah lebam, aku kena balik" Bisik hati aku
Dalam kegelapan malam Long San yang agak pekat, aku melangkah pulang ke rumah kira-kira 5 minit perjalanan yang terletak di kampung seberang. Hanya Lampu Suluh jenama Police yang aku beli di Asia Sonic Miri jadi panduan aku dalam menyuluh kepekatan gelap itu, di samping Ayatul Kursi yang berbisik tersemat di bibir dan di hati.
Namun haiwan hitam itu masih gagah dan mampu bangkit kembali. Aku berundur, lalu mencapai papan tebal sepanjang sedepa tangan ku, lalu ku hempas ke atas si Jengking itu. Badannya pecah dan terputus dua. Aku lelah, namun aku lega. Jika aku jadi mangsanya, aku tidak tahu nasib aku seterusnya.
Syukur kepadaNya kerana memberi alamat kepada aku dalam menghadapi si Bisa ini. Benar, Tuhan lah yang menentukan qada' dan qada ku. Apa boleh buat, di sini, aku hidup dengan diri aku. Semua aku wajib buat sendiri. Takkan nak menunggu nasi putih dan telur dadar termasak dengan sendiri.
Malam ni kala jengking, harap tiada ancaman pula pada hari-hari esok. Semoga esok lebih baik daripada hari ini
(Salam sayang dari Baram)

Semua rumah jiran-jiran aku sudah gelap, memang biasa hidup di
kampung-kampung, mereka tidur awal. Aku teruskan langkah aku berjalan ke
rumah dengan pantas tetapi berhati-hati kerana hujan renyai-renyai
mulai turun.
Aku tiba rumah. Ya, teratak buruk yang sering cikgu Abdul Rahim Mohd Gobil katakan berpuaka itu. Memang gelap, segelapnya. Benar, rumah aku tiada bekalan elektrik, hanya janaan generator isian petrol berkuasa kuda 7.5 jadi sandaran. Dengan hati-hati, aku melangkah terus ke belakang rumah lalu menuju ke arah generator ku. Lalu, Aku pulas kunci, tolak "choke" dan tarik tali penghidup.
"Praanggggggggggggg"
Bersuara sudah generator berkuasa 4 lejang itu. Rumah aku mulai terang, dan aku terus melangkah ke pintu, memulas mangga yang mengikat rantai serta pintu itu. Kalau ku bercerita tentang mangga, ada lebih 5 ketul mangga aku sematkan di pintu, kerana sudah 2 kali rumah ku dipecahkan orang-orang nakal dan mencuri makanan aku di dapur. Ku buka pula mangga pintu dapur dan ku petik suis yang lain.

Setiba langkah aku di pintu bilik,
aku rasakan sesuatu. Roma leher ku meremang tiba-tiba. Aku berasa suatu
yang janggal, asing serta serang. Apakah alamat yang Illahi hantarkan
pada aku?
Orang tua kata jangan pandang belakang, tapi aku degilkan jugak. Apa nak jadi, jadi la. Agi idup, agi ngelaban.Sesuatu berwarna hitam dengan duri tajam nya tegak sedia menghadapi aku. Benar, aku rasa goyang tapi aku jadi geram. Kala Jengking Sebesar tapak tangan dewasa jadi lawan aku malam itu. Dengan spontan aku merentap kayu penyapu lalu memukul haiwan berbisa itu
Aku tak mahu jadi mangsa!
Orang tua kata jangan pandang belakang, tapi aku degilkan jugak. Apa nak jadi, jadi la. Agi idup, agi ngelaban.Sesuatu berwarna hitam dengan duri tajam nya tegak sedia menghadapi aku. Benar, aku rasa goyang tapi aku jadi geram. Kala Jengking Sebesar tapak tangan dewasa jadi lawan aku malam itu. Dengan spontan aku merentap kayu penyapu lalu memukul haiwan berbisa itu
Aku tak mahu jadi mangsa!
Namun haiwan hitam itu masih gagah dan mampu bangkit kembali. Aku berundur, lalu mencapai papan tebal sepanjang sedepa tangan ku, lalu ku hempas ke atas si Jengking itu. Badannya pecah dan terputus dua. Aku lelah, namun aku lega. Jika aku jadi mangsanya, aku tidak tahu nasib aku seterusnya.
Syukur kepadaNya kerana memberi alamat kepada aku dalam menghadapi si Bisa ini. Benar, Tuhan lah yang menentukan qada' dan qada ku. Apa boleh buat, di sini, aku hidup dengan diri aku. Semua aku wajib buat sendiri. Takkan nak menunggu nasi putih dan telur dadar termasak dengan sendiri.
Malam ni kala jengking, harap tiada ancaman pula pada hari-hari esok. Semoga esok lebih baik daripada hari ini
(Salam sayang dari Baram)
Labels:
Guru dan pedalaman
Subscribe to:
Posts (Atom)