Monday, February 28, 2011

MAK YONG - SENI UNIK TARIDRA MELAYU

Teater tradisional merupakan genre seni persembahan yang berfungsi sebagai media hiburan yang membawa unsur-unsur nilai murni budaya bangsa. Antara teater tradisional yang terkenal di negara ini ialah Mak Yong, Wayang Kulit, Jikey, Randai dan Mek Mulong. Bagi masyarakat keturunan Cina terkenal dengan opera Cina yang disampaikan dalam pelbagai versi dialek seperti Kantonese, Hokkien dan Hakka. Manakala masyarakat berketurunan India pula terkenal dengan teater tradisional Mahabharata dengan Bharatanatyam, Kathak, Odisi dan sebagainya.

Menyentuh tentang teater Mak Yong, istilah Mak Yong berasal daripada nama "Mak Hiang" iaitu nama semangat padi yang mempunyai persamaan dengan Dewi Seri iaitu Dewi Hindu-Jawa. Di Kelantan, mak Yong dianggap mempunyai asal usul terus daripada Nabi Adam menjadikan genre ini ditafsirkan dalam istilah-istilah simbolik dan mistik yang seringkali dipetik daripada pengajaran sufi.

Mak Yong dipercayai wujud pada abad ke-19 dan pada tahun 1920-an, ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan. Mak Yong merupakan taridra Melayu yang unik dan halus sifatnya iaitu satu kombinasi dari unsur-unsur gerak lakon, tarian, muzik dan nyanyian yang akan dipentaskan.

Terdapat 12 cerita pokok Mak Yong yang utamanya termasuklah Dewa Muda, Raja Tangkai Hati, Raja Bijak Laksana, Gading Betimang, Raja Muda Lakleng dan Raja Besar Ho Gading. Taridra Melayu ini dipersembahkan oleh watak-watak seperti Pak Yong, Pak Yong Muda, Mak Yong, Puteri Mak Yong, Peran dan Watak Dayang-Dayang.

Sunday, February 27, 2011

KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Pernahkah anda melihat iklan "Jangan Jadikan Jalan Raya Kita Sungai Maut" yang suatu ketika dulu disiarkan di kaca televisyen? Jika masih ingat, sedikit sebanyak pastinya mendatangkan rasa gerun apabila melihat kemalangan sedemikian rupa. Timbul persoalan walau sebanyak mana iklan dan kempen kesedaran keselamatan jalan raya yang dilaksanakan, masih lagi terdapat segelintir pemandu yang enggan mematuhi peraturan jalan raya.

Menerusi kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan telah membawa kesedaran dalam kalangan anggota masyarakat khususnya golongan pemandu. Berdasarkan statistik bagi tempoh lima tahun yang lepas, jumlah pengguna yang terlibat dalam kemalangan injuri telah menurun daripada 54,088 kes pada tahun 2004 kepada 31,417 kes pada tahun 2010. Angka berkenaan memperlihatkan penurunan kemalangan dengan kadar 42%. Bagi mempergiatkan lagi kempen kesedaran, kerajaan turut mensasarkan pengurangan kadar kematian pada tahap 50% di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 - 2010.

Pengurangan kadar kemalangan boleh dicapai melalui langkah intervensi dan rawatan pemulihan di bawah empat kategori utama iaitu program pendidikan, program penguatkuasaan, program kejuruteraan jalan dan kenderaan. Sementara bagi langkah intervensi, ia menjurus kepada bidang keselamatan, kesihatan dan persekitaran yang melibatkan beberapa agensi kerajaan khususnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selain kempen melalui media cetak dan elektronik, JKJR turut menganjurkan kempen kesedaran dengan mengaplikasikan konsep keagamaan iaitu "Tiga Amal Kebaikan".
Pertama; amalan berbudi bahasa oleh pemandu dengan memulakan setiap perjalanan selepas berdoa agar terhindar dari kesalahan-kesalahan seperti melanggar peraturan trafik dalam setiap perjalanan.

Kedua; bertutur sopan apabila menghadapi masalah dengan orang lain semasa berada di atas jalan raya seperti menggunakan bahasa yang halus dan mengucap terima kasih, memohon maaf dan sebagainya.

Ketiga; berniat baik sebagai satu amalan yang melibatkan perubahan minda kita sendiri. Sebagai contohnya, sewaktu di jalan raya, pemandu perlu menunjukkan sikap hormat-menghormati dan tolong-menolong di antara satu sama lain serta meletakkan nyawa pejalan kaki atau penunggang motosikal sebagai keutamaan.

Keseluruhan, penerimaan masyarakat terhadap kempen keselamatan jalan raya ini adalah amat penting kerana mencerminkan sikap pemandu yang berhati mulia serta berhemah tinggi. Jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba sebaliknya jalan raya adalah lambang kejayaan negara dalam pembangunan infrastruktur di mata dunia.

PEMBANGUNAN DAN PEMANTAPAN DISIPLIN

KEPENTINGAN DISIPLIN

Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet, salah satu matlamat pendidikan negara ialah melahirkan rakyat yang berdisiplin. Rakyat yang berdisiplin akan sedar serta sanggup melaksanakan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, institusi-institusi dan negara. Rakyat yang berdisiplin adalah penting untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif seperti cogan kata yang berbunyi, Rakyat Berdisiplin, Negara Maju.

Sebagaimana yang telah dihuraikan, disiplin merupakan suatu jenis latihan yang melahirkan individu supaya menjadi insan yang berakhlak mulia, berfikiran rasional, sanggup mematuhi undang-undang dan hak-hak individu lain, bertanggungjawab serta sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Kesanggupan-kesanggupan ini amat penting untuk mewujudkan sebuah negara yang aman, stabil, makmur dan maju.

Di dalam sesebuah bilik darjah, murid-murid yang berdisiplin adalah penting untuk menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Disiplin bilik darjah yang baik bermakna suasana sosioemosi bilik darjah adalah kondusif dan harmonis; aktiviti dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur serta licin; keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan; segala tugas dapat diselesaikan mengikut jadual; sifat tanggungjawab, tolong menolong, tolenransi, kerajinan, kerjasama dan kebersihan dapat dirujuk, dan aktiviti pengajaran-pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.

Berdasarkan huraian di atas, disiplin bilik darjah bilik darjah yang baik akan membawa implikasi-implikasi pengajaran-pembelajaran seperti berikut:-
1. Pengajaran-pembelajaran dapat dijalankan secara lancar, sistematik serta dalam suasana yang kondusif dan berkesan.

2. Keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran di bawah kawalan bilik darjah secara berdisiplin akan dapat dipertingkatkan lagi.

3. Guru dapat melaksanakan rancangan pelajarannya mengikut masa yang ditetapkan tanpa sebarang gangguan.

4. Objektif pelajaran yang telah ditentukan dapat dicapai dengan berkesan.

5. Murud-murid merasa selamat dan gembira menyertai aktiviti pembelajaran, disamping mengikut pelajaran dalam keadaan yang berdisiplin.

6. Keterangan, arahan dan bimbingan guru dapat diikuti dan dipatuhi oleh semua murid dengan tepat dan tanpa sebarang keraguan.

7. Kemalangan di bilik darjah ataupun di bengkel dan makmal dapat dielakkan.

8. Nilai-nilai moral dapat dipupuk dengan berkesan dalam bilik darjah yang berdisiplin.

9. Murid-murid dapat dilatih menjadi rakyat yang berdisiplin dan berguna.

10. Rancangan Sukatan Pelajaran bagi setiap mata pelajaran dapat dilaksanakan mengikut jadual masa yang ditetapkan. Murid-murid dapat memperoleh kemahiran dan ilmu pengetahuan dengan sempurna dan mencukupi.

MENGKOME FIKIOLER SENDIRI.... YER!

Kalo mengkome pegi ke mane-mane sekolah rendah ker, sekolah menengah ker ato ke Institut Pengajian Tinggi ker baik Awam baik Swasta, mengkome akan nengok adegan cam gambor katun kat bawah ini. Tapi bile megang jawatan besor ato jawatan tinggi idak pulak oghang pompuan ramei. Jadik, itu ler sebabnyer teman nak nyughuh mengkome memikiokannyer. Itu pon kalo ler mengkome ndak memikiokannyer.

Thursday, February 24, 2011

AMANAT RAJA-RAJA MELAYU

Setiap rakyat akan terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang yang ada dan mengelakkan tindak-tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan gaham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara.

Raja-Raja Melayu berdoa agar negara Malaysia yang dikasihi sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-222 memandang berat mengenai suasana politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan Negara.

Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu tidak akan memberi peluang untuk penglibatan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara.

CEGITER OGHANG BODOH NGAN OGHANG PANDE

Ceghiter nih teman ambek daghi blog yang tertuleh kat bawah sekali. Teman ghase ceghiter ini sesuael dikongsi bersame untuk ghenongan bersame. Semoge ceghiter ini ader manfaatnyer untok kiter bersame.

Orang bodoh sukar mendapat pekerjaan, akhirnya berniaga…
Bermula dari bawah,modal kecil akhirnya perniagaannya berjaya
Agar perniagaannya terus maju, dia mengambil pekerja yang terutamanya orang yang pintar dan mempunyai kelulusan.
Akhirnya boss orang pintar adalah orang bodoh.

Orang bodoh sering melakukan kesalahan,
maka dia mengupah orang pintar yang tidak pernah salah untuk memperbaiki yang salah.
Akhirnya orang bodoh memerintahkan orang pintar untuk keperluan orang bodoh.

Orang pintar belajar untuk mendapatkan ijazah untuk mencari kerja yang lebih baik. Orang bodoh berfikir bagaimana mendapatkan wang untuk membayar proposal yang dimajukan orang pintar.

Orang bodoh tidak pandai membuat teks pidato,
maka dia menyuruh orang pintar untuk membuatnya.

Orang bodoh tidak lulus dengan cemerlang dalam SPM
oleh kerana itu orang bodoh memerintahkan orang pintar
untuk membuat undang-undang orang bodoh.

Orang bodoh biasanya pandai bercakap-cakap kosong, tetapiorang pintar percaya.
Tapi kemudian orang pintar menyesal kerana telah mempercayai orang bodoh.
Tapi pada masa itu orang bodoh sudah ada di atas.

Orang bodoh berfikir pendek untuk memutuskan sesuatu yang difikirkan dengan panjang oleh orang pintar.

Kerana orang orang pintar menjadi stafnya orang bodoh memang sepatutnya dia tolong fikirkan untuk

Semasa perniagaan orang bodoh maju, orang pintar akan menghabiskan waktunya untuk bekerja keras dengan hati senang,
sementara orang bodoh menghabiskan waktu untuk bersenang-lenang dengan keluarganya.

Mata orang bodoh selalu mencari apa yang boleh di jadikan duit.
Mata orang pintar selalu mencari di ruangan kerja kosong.

Posted @ www.isuhangat.net . Cerita ini hanya suka-suka sahaja hasil pemerhatian rakan sekeliling.

Wednesday, February 23, 2011

MEMACAM CAGHE DEME MEMUGHID NIH NDAK MEMONTENG

Teman ghase ade dua jeneh ponteng ajer bagi mughid-mughid skolah nih. Teman peghonah jumper mughid ponteng skolah. Peghonah juger jumper ponteng kelas. Ader satu keh pulak yang teman peghonah jumper, ponteng subjek. Jadi pade teman ler, keh ponteng memonteng nih ader tige jeneh ler.

Kalo deme mughid nih ponteng skolah, deme idak datang ke sekolah. Kalo memonteng kelas pulak, deme mughid nih datang ke skolah tapi idak masuk kelas. Gitu juger kalo deme mughid nih monteng subjek, deme mughid nih datang skolah, masuk kelas tapi idak masuk subjek-subjek yang deme idak suker.

Teman dapat jumper pulak satu keh ponteng yang selame aghi nih idak cikgu-cikgu ambik peduli. Mughid-mughid nih dah lame bebeno buat keh monteng nih. Monteng buku, idak kighe ler buku teks ker ato buku ghampaian. Mengkome nengok gambor kat bawah nih dan mengkome fikioler sendighi ape yang teman dah jumper.

BARANG NAIK (BN) BARISAN NASIONAL (BN) TETAP MEMERENTAH

M

Bile mace petikan yang teman copy dan teman pastekan kat bawah nih, aghap teman mengkome keneler fikio sendighi...

Oleh Penarik Beca

"Siapa kata RON95 nak naik...siapa cakap? Khabar angin?...jadi itu khabar anginlah. Biarlah sekadar khabar angin. Tak, setakat ini tidak (naik)," itu kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Saya teringin nak tanya balik. Apa salahnya RON95 naik harga? Adakah majoriti orang Melayu akan marah? Tak. Majoriti orang Melayu akan tetap undi Umno Barisan Nasional (BN).

Adakah majoriti orang-orang India akan marah? Tak. Majoriti orang India akan tetap undi Umno BN. Tak kisahlah walaupun seorang budak India (kesian aku tengok muka dia) dipaksa kata "Keling babi" baru-baru ini. Adakah majoriti orang-orang Sabah akan marah? Tak. Majoriti orang Sabah akan tetap undi Umno BN. Adakah majoriti orang-orang Sarawak akan marah? Tak. Majoriti orang Sarawak akan tetap undi Umno BN.

Kalau gitu, kenapa menteri tu takut sangat nak mengaku RON95 akan naik harga? Atau, barangkali menteri tu tak tau bahawa ramai rakyat yang sudah terasa bahang kenaikan harga barang terutama barang makanan. Khabarnya, gula dan susu akan naik harga Mac ini. Mungkin juga tepung. Khabarnya.

Kalau naik, apa salahnya gula, susu dan tepung naik harga? Para menteri dah ada hujah bagus. "Gula, susu, tepung tak elok makan banyak-banyak. Mudarat kepada kesihatan. Kalau harga naik, kita akan kurang makan gula, susu, tepung. Kesihatan kita akan bertambah baik". Insya Allah, majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak akan sokong penuh cakap menteri-menteri.

Apa salahnya harga minyak, barang makan dan barang-barang lain naik harga? Majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak akan undi tetap BN. Kerajaan Umno BN tidak akan jatuh. Yang mungkin jatuh ialah pemerintahan Datin Seri Rosmah Mansor yang dibantu Datuk Seri Najib Tun Razak kalau Umno BN tak dapat dua pertiga dalam pilihan raya akan datang.

Ah, apa salahnya semua barang naik harga? Majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak semuanya banyak duit.

Hello, Umno BN, naikkanlah harga barang. Insya Allah, hampa akan tetap menang

Tuesday, February 22, 2011

HOLIDAY VILLA HOTEL & SUITES SUBANG MALAYSIA

Gambor-gambor daghi henpon teman yang idak ler secanggeh mengkome punye. Ape-ape pon gambor-gambor tetap teman paporkan kat blog teman nih. Mengkome nengok ler sebab pade teman bukan senang nak dok kat hotel-hotel macam nih.

Pintu bilik

Pemandangan kanan daghi bilik

Pemandangan kiri daghi bilik

Pemandangan depan daghi bilik

Monday, February 21, 2011

PEMBANGUNAN DAN PEMANTAPAN DISIPLIN

KONSEP DISIPLIN

Konsep disiplin itu mempunyai pelbagai tafsiran atau maksud. Setiap pendapat yang disuarakan mengenai disiplin itu mungkin dari orang yang berbeza tetapi ianya menjurus ke arah maksud yang sama. Mempunyai hasrat yang sama iaitu sebagai panduan dan bimbingan.
Mengikut P. F. Oliva (1956), disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan luar, patuh kepada autoriti, keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan.

Manakala, G. V. Sheriakov F. Redl (1956) pula mentafsirkan disiplin sebagai perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman.

Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin membawa beberapa maksud seperti:-
1. Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.

2. Kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib.

3. Kesanggupan seseorang menghormati hak individu lain.

4. Kesanggupan seseorang mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggun kepentingan orang lain.

5. Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong.

6. Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina.

7. Kesanggupan berkhidmat kepada masyarakat.

Sunday, February 20, 2011

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN (KKPP)

RASIONAL
Keperluan pengetahuan dan kemahiran untuk memimpin serta melaksanakan fungsi pengurusan dan kepemimpinan dalam organisasi sekolah amatlah diperlukan oleh pengurus sekolah sama ada mereka yang baru dilantik ataupun mereka yang sudah lama bertugas. Pengurus-pengurus berhadapan dengan pelbagai cabaran dan permasalahan hampir setiap hari dan ada kalanya datang secara mendesak. Namun begitu, mereka harus menanganinya supaya proses pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu.

Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pengurus sekolah jauh berbeza daripada apa yang diperlukan oleh guru di bilik darjah. KKPP diharapkan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurus sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan dasar dan rancangan pendidikan bagi mencapai matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF
Melalui KKPP, pengurus-pengurus sekolah akan dapat:-
1. Memimpin peranan sebagai pengurus sekolah dalam konteks tugas dan tanggungjawab.
2. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengurusan pendidikan.
3. Mentadbir pejabat dan hal ehwal kewangan sekolah mengikut arahan dan peraturan-peraturan kerajaan.
4. Mengurus kakitangan dan sumber-sumber lain dengan cekap supaya mendapat hasil dan prestasi tinggi.
5. Memahami konsep kurikulum dan memainkan peranan sebagai pemimpin kurikulum.

KANDUNGAN
1. Komponen Teras:-
- Tadbir urus yang baik
- Nilai dan Etika

2. Komponen Asas:-
- Pentadbiran Pejabat
- Pengurusan Kewangan
- Pengurusan Organisasi dan Kepemimpinan
- Pembangunan Profesional Guru Berasaskan Sekolah
- Hubungan Sekolah dengan Komuniti
- Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum
- Pengurusan ICT
- Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Kaunseling

3. Komponen Tambahan:-
- Perancangan Strategik
- E-learning
- Pengurusan Kecergasan Diri
- Pembentangan Kumpulan

Saturday, February 19, 2011

HOLIDAY VILLA SUBANG JAYA SELANGOR

Idak ler teman sangke akan sampa di sini?


Thursday, February 17, 2011

LAGU UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Mase teman ngemeh-ngemeh bilik bacaan yang dah macam tempat kucing nak beghanak tuh, teman terjumpeler selei kerotas. Bedek punye bedek, baghuler teman peghasan ade senikate lagu. Bukannyer senikate lagu rock ato lagu pop. Bukan juge senikate lagu rap ato keghoncong. Mengkome nak tau senikate lagu aper, mengkome baceler kat bawah nih, teman dah nyalinnyer. Mengkome bace ajer ler. Nak nyanyi idak pulak teman ingat camaner nak nyanyinyer.


UiTM Di Hatiku


Wujud di sini di tanah anak merdeka
bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya
pelopor hidup budaya bangsa agama
negara
pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna
ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan akau jalan ilmumu untukku menuju
destinasi cita-cita negara dan bangsaku
majulah bangsa
berkat usaha jaya mara
kami berikrar akan berjasa
hingga kita berjaya
demi bangsa
watikah yangku miliki kan ku semat di hati
janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti
ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
doa restu ayahbondaku untuk semua
Uitm
usaha taqwa mulia

Wednesday, February 16, 2011

DEDULU KIA2M LE NIH LINUS - JADIK APER BEZE?

Berbagai macam istilah yang digunekan dalam pendidikan di Mesia nih. Yang paling pebret ialah "buta 3M". Bute 3M nih maksudnyer Menulis, Membace dan Mengire. Tiap soghang mughid tuh mestiler dapat nguasai 3M. Ade skolah buat memacam jeneh program. Pastu didetakkan pulak targetnyer. Umpamenyer program enam bulan boleh bace dan memacam lagi.

Pengajaghan dan Pembelajaghan Bahase Melayu sedang berlaku
(Literasi)

Le nih deme buboh pulak namernyer sebagei LINUS. Ini adeler name sengkatan untuk dua program. Pertamenyer LI yang bawak maksud Literasi dan yang keduenya NUS yang mawak reti Numerasi. Untuk mengkome mudah faham Literasi tuh ade kaitan ngan subjek bahasa Melayu. Manekale Numerasi tuh pulak kait ngan subjek Matematik.

Pengajaghan dan Pembelajaghan Matematik sedang berlaku
(Numerasi)

Monday, February 14, 2011

HEBATNYER ADUN-ADUN PR KERAJAAN SELANGOR

Teman ni memang suker ngelewor dalam sughat habo online. Tengah teman nyeghoyer sughat habo Sinar Harian, teman bekenan muke depan edisi Selangor aghi nih. Tajuk depan deme tuleh beso bebeno. Beghiternyer pulak kat ghuang dalam. Mengkome nengok ler tajuk yang deme dah tuleh kat sughat habo Sinar Harian edisi Selangor tuh kat bawah nih.

Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang ngatekan deme ini sebuah NGO yang ndak nyelamatkan Selangor daghi penyelewengan yang dibuat oleh ADUN Pakatan Rakyat yang memeghentah Selangor. Pade teman memang baguih bebeno ler GAPS tuh buat gitu sebab deme tuh sayang bebeno kat negeghi deme kut-kut jadi mesekin dek peghabeh oleh kerajaan Pakatan Ghakyat.

Sebelum nih kerajaan Baghesan Nasional yang merentah Selangor. Teman ceghoyar ler kat maner-maner. Sughat habo ker, buku majalah ker ato maner-maner sumber yang boleh teman dapat, idak ader pulak GAPS nih deme tubuhkan. Teman fikio mungkin ADUN kerajaan BN yang merentah Selangor tuh baik-baik belaka. Idak ader langsung unsor-unsor nak nyeleweng. Hebat ADUN BN nih yerk.

Pade teman tuh sebab kat negeghi-negeghi yang BN merentah idak ade NGO macam GAPS nih sebab deme seme tuh idak peronah nyeleweng. Idak peronah buat idak baik. Idak peronah nipu ghakyat. Idak peronah buat maksiat. Jadi semua-mua deme tuh baik-baik belaka. Kalo mengkome idak cayer mengkome gi nanye kat SPRM sebab SPRM tuh asyik etek oghang-oghang PR ajer.

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) - AUTONOMI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AUTONOMI
Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan perubahan, penyelarasan dan pengecualian berkaitan pengurusan autonomi SBT dalam aspek kurikulum, kewangan, sumber manusia dan pemilihan murid.

1. Fleksibiliti Pengurusan Kurikulum:-
SBT digalakkan mengguna pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran (P & P). Walau bagaimanapun, pelaksanaan fleksibiliti pengurusan kurikulum ini bergantung kepada perkara-perkara berikut:-
a. Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di SBT mengikut Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

b. SBT yang menawarkan mata pelajaran dari kurikulum lain di luar kurikulum kebangsaan, bahasa pengantar yang digunakan hendaklah sama dengan bahasa pengantar asal bagi mata pelajaran yang tersebut atau sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar.

c. Jumlah bilangan hari persekolahan setahun tidak kurang dari 190 hari.

d. Segala perubahan yang hendak dilakukan di SBT berkaitan dengan mata pelajaran yang ditawarkan, bahasa pengantar, hari persekolahan, dan peperiksaan hendaklah dimaklumkan dan mendapat persetujuan daripada ibu bapa/penjaga dan Ketua Pendaftar. Perubahan yang dibuat adalah berdasarkan perkara-perkara berikut:-
i. Memberi keutamaan kepada perkembangan murid secara holistik.

ii. Membolahkan P & P dilaksanakan mengikut tahap kebolehan murid dengan menyediakan program khas untuk murid cerdas dan berbakat.

iii. Membolehkan murid memenuhi keperluan kemasukan ke sekolah berasrama penuh, program matrikulasi dan institusi pengajian tinggi awan (IPTA) di Malaysia.

Sunday, February 13, 2011

PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Camaner agaknyer mengkome bile ader cikgu-cikgu yang ngajor subjek Pendidikan Jasmani beghader di padang dalam keadaan macam dalam gambor kat bawah nih?

Kat ateh nih leh tahan jugak, buatnyercikgu nih siap pakei payong lagi haghu. Pastu pakei kasut tomit tinggi pulak. Tebenam tumit kat padang tuh. Mengkome bayangkan ler yang dingin.

AKAUNTABILITI DAN ISU DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

AKAUNTABILITI DALAM PENGURUSAN SEKOLAH
Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan sekolah adalah satu proses yang melibatkan perancangan, pengagihan dan penggunaan tenaga manusia, wang tunai, barangan (aset) dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah organisasi/sekolah.

Sehubungan itu adalah wajar setiap pengurus sekolah itu mematuhi:-
1. Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah serta arahan dari Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

2. Menyediakan sistem kawalan dalaman dan struktur organisasi yang sesuai untuk menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

PIHAK YANG TERLIBAT
Terdapat tiga pihak yang bertanggungjawab dan terlibat dalam keberkesanan pengurusan kewangan sekolah ini:-
1. Pemberi tanggungjawab
2. Penerima tanggungjawab
3. Bukti tanggungjawab dilaksanakan iaitu oleh pihak penilai seperti Bahagian Audit Sekolah, Audit Dalaman, Naziran dan Jabatan Audit Negara.

KONSEP AKAUNTABILITI
1. Memikul amanah
2. Kecekapan dan keberkesanan tindakan
3. Kewajipan memberi penjelasan dan keterangan
4. Menanggung akibat

TANGGUNGJAWAB PENGURUS SEKOLAH
1. Penyediaan Penyata Kewangan
2. Kemukakan Penyata Kewangan
3. Perlantikan Juruaudit Dalaman
4. Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun
5. Pemeriksaan Mengejut
6. Perlantikan Pemverikasi Stok dan Pegawai Pemeriksa
7. Penyediaan Rekod/Dokumen Kewangan Untuk Pengauditan
8. Jawapan Kepada Laporan/ Pertanyaan Audit

KESALAHAN YANG BOLEH DIKENAKAN SURCAJ
Antara perkara-perkara yang membolehkan surcaj dikenakan kepada pengurus sekolah ialah:-
1. Gagal mengutip dan mengurus kutipan yang dipertanggungjawabkan
2. Telah membuat pembayaran menggunakan wang awam dengan cara tidak teratur dan tidak dijamin kesempurnaannya
3. Telah menyebabkan berlakunya kekurangan atau kehilangan wang awam/harta benda kerajaan
4. Gagal menyelenggara akaun dan rekod kewangan dengan sempurna dan teratur
5. Gagal membuat pembayaran atau telah menangguhkan pembayaran wang awam kepada yang berhak menerima

PENALTI
Melalui Akta Pendidiakn 1996 - Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit 2002), penalti yang boleh dikenakan atas pelanggaran kepada peraturan kewangan adalah:-
1. Denda tidak lebih RM5,000.00
2. Penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali

ISU-ISU PENEMUAN AUDIT
Berdasarkan kepada pengauditan terhadap Penyata dan Pengurusan Kewangan Sekolah, didapati kelemahan-kelemahan berikut sering ditemui dan pelanggaran kepada peraturan kewangan ini boleh menyebabkan sekolah mendapat Sijil Audit Berteguran:-
1. Ada Laporan Khas
2. Rekod kewangan tidak diselenggarakan
3. Rekod kewangan tidak dikemaskinikan
4. Pungutan tidak diserahkan ke pejabat
5. Pungutan lewat dibankkan
6. Pungutan tidak diperakaunkan
7. Pungutan tidak dibankkan
8. Resid tidak dikeluarkan bagi pungutan
9. Pungutan tanpa kelulusan
10. Pungutan yang tidak menepati kebenaran
11. Mengeluarkan resid sementara
12. Akaun Belum Terima
13. Tuntutan tidak bersamaan jumlah murid
14. Pembayaran tanpa dokumen sokongan
15. Bil lewat dijelaskan bayaran
16. Akaun Belum Bayar tidak diisytiharkan
17. Pembayaran melalui cek terbuka
18. Perbelanjaan tanpa kebenaran atau kelulusan
19. Perolehan tanpa sebutharga
20. Peruntukan berbaki melebihi 5%
21. Kumpulan Wang Terkumpul berbaki tinggi atau defisit
22. Wang dibank mengalami defisit

KEPENTINGAN AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN
1. Perancangan sekap dan berkesan
2. Elakkan kekurangan kutipan hasil
3. Pembaziran sumber kewangan, tenaga dan masa
4. Elakkan rasuah dan penyelewengan
5. Elakkan tindakan mahkamah dan surcaj

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA KELEMAHAN
1. Kurangnya penglibatan pihak pengurusan atasan dalam hal-hal pengurusan kewangan
2. Tiada penyeliaan dan pengawasan terhadap pegawai dan kakitangan
3. Pegawai awam kurang mahir/latihan
4. Kawalan dalaman lemah
5. Peraturan/arahan tidak disimpan atau dikemaskini
6. Sengaja melanggar arahan kerana kepentingan diri

KESAN TIADANYA AKAUNTABILITI
1. Mengurangkan hasil kerajaan
2. Tunggakanhasil terus meningkat
3. Perbelanjaan melebihi pendapatan
4. Harta awam sukar dikesan
5. Penyelewengan
6. Tidak adil untuk pembayar cukai

CADANGAN/SYOR
Ketua jabatan adalah perlu:-
1. Memahirkan diri dalam pengurusan kewangan
2. Melakukan pemantauan dan penyeliaan
3. Menanamkan nilai murni dan integriti kepada kakitangan
4. Tindakan segera kepada laporan dan pemerhatian audit
5. Amanah dan telus

Saturday, February 12, 2011

OGHANG TUA PON KONPIUS CAMANER PULAK NGAN BEBUDAK?

Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152. (1) ada menyatakan:-
"Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen".

Mengkala mengkome mace Perlembagaan Persekutuan, tentunyer mengkome ngumper petikan macam kat ateh nun. Pastu pulak ade pulak antare mengkome yang nyebot bahase Malaysia. Pastu pulak kalo mengkome nengok pade buku teks bebudak skolah, terpampang tertuleh perkataan "Bahasa Malaysia", idak kire ler untok tahun braper pon. Maksud teman, buku teks untok bahase Melayu tuh dituleh bahase Malaysia.

Cer mengkome fikio, kemaner peginye bahasa Melayu tuh? Peghonjang aper pulak kalo dah Perlembagaan Persekutuan ngatekan bahase Melayu dan yang mengkome gatei-gatei tangan nukor jadi bahase Malaysia? Aper yang ader lagi tingge kat oghang Melayu kalo semenyer dah mengkome ngubah ngikut suker ati mengkome ajer?

Wednesday, February 9, 2011

PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

FALSAFAH PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)
Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semnagat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020.

Sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia. Di samping itu, PIN mengambil kira perkembangan antarabangsa, pengalaman negara-negara lain serta impak arus globalisasi.

Ringkasnya, PIN adalah kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip, dan matlamat yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta beberapa dasar strategik sebelum ini, di samping mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baru.

KONSEP
PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus negara yang berintegriti.

PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.

Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka, menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan. PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka. Sinergi pelaksanaan program integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.

OBJEKTIF UMUM
Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur".

OBJEKTIF KHUSUS
Objektif khusus PIN adalah seperti berikut:-
a. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatupadu, berharmoni, berintgriti, bermoral dan beretika.

b. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.

c. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak menegakkan integriti.

d. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat.

e. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

KESIMPULAN
Penghayatan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan objektif PIN oleh pelbagai sektor masyarakat dan negara sudah pasti akan menjadi suatu kekuatan yang ampuh bagi mengubah wajah masyarakat dan negara Malaysia. Kekuatan ini juga akan membolehkan Malaysia menangani cabaran baru abad ke-21 dengan lebih berkesan. Kesemua ini akan menyumbang kepada pencapaian cita-cita menjadi masyarakat maju mengikut acuan sendiri.

Monday, February 7, 2011

SEKOLAH MURID ORANG ASLI (SMOA)

Bile teman nengok gambor kat bawah nih, make teman pon teringat ler mase2 teman ngajor kat Sekolah Oghang Asli dedulu. Memang ler nak masuk ke skolah tuh idak boleh mawak keter. Jalan pon numpang jalan loghi balak. Mengkome tau ajer ler jalan loghi balak nih, bile paneh abis pakaian tukor roner sebab abok jalan abeh melekat pade pakaian. Bile ujan pulak tuh, penoh lecah kat pakaian.

Udah ler pakaian penoh lecah, buatnyer lumpor ato mengkome pangge selot tuh melekat kat motosikal, jenoh ler pulak nak menyongkelnya. Kalo idak di congkel, tayar motosikal idak boleh berpusing camaner motosikal nak geghak? Pastu pulak semedang ajer teman nonggeng nyiyum tanah. Ape ke idaknyer kalo dah terjeghombap kat ateh jalan tuh jatoh motosikal. Mase nih ler semangat kekawanan tuh penting.

Mase tuh wat pengetahuan mengkome, jenoh teman makan buah kayu. Memacam jeneh buah kayu deme beghi kat teman. Paleng bestnyer deme magi buah deghoyan. Deghoyan utan mengkome oiiii. Lebeh sedap daghi deghoyan kampung. Petai ngan tembutan tuh semedang ajer deme bagi.

Satu lagi teman nak habo kat mengkome tentang deme magi buah sentoi. Buah sentoi nih memang buah utan asli. Maneh bebeno ghase isinyer weh. Dah ler maneh, lembot pulak. Satu lagi buah utan yang mengkome nak tahu yeler buah tampoi. Pohhhh, buah tampoi pon boleh tahan sedapnyer. Kalo mengkome dah tahu bebuah utan tuh tentu mengkome dapat ghase enak gahsenyer.

Sunday, February 6, 2011

HIKMAH SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik.

Rasulullah s.a.w. lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memutuskan akan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan.

Maka ia pun mengangkatkan kepalanya mendongak ke langit seraya berkata, “Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu.”

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta itu, “Hai unta, milik siapakah engkau ini ?”

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, “Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta.”

Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada orang Muslim itu, “Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar.”

Jawab orang Muslim itu, “Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali.”

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku.”

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah s.w.t.

Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti.

Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t.melalui seekor unta yang menghakimkannya.

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

GANJARAN
Sekolah yang menerima pengiktirafan SBT diberi peruntukan khas, insentif dan latihan untuk pemimpin, guru dan anggota khidmat sokongan (AKS). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek berikut:-
a. pengurusan kurikulum
b. pengurusan kewangan
c. pengurusan sumber manusia berdasarkan prestasi
d. pemilihan murid

PERUNTUKAN KHAS
Peruntukan diberi supaya sekolah dapat melaksanakan aktiviti untuk mempertingkatkan prestasi sekolah dalam aspek pembangunan modal insan, pengantarabangsaan, penyelenggaraan dan ubah suai kecil serta perolehan harta modal.

LATIHAN
Pemimpin dan guru SBT akan menerima latihan yang dikendalikan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG). IAB bertanggungjawab untuk memberi latihan kepada pemimpin sekolah manakala BPG bertanggungjawab untuk memberi latihan kepada guru.

AUTONOMI
YAB Perdana Menteri telah meluluskan pemberian autonomi yang merangkumi aspek pengurusan kurimulum, kewangan dan sumber manusia kepada SBT.

Pelaksanaan autonomi bermakna pengetua, guru besar, guru dan warga sekolah mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap segala keputusan yang diambil di peringkat sekolah. Kesediaan KPM dan sekolah dalam hal ini merupakan input kritikal yang menentukan kejayaan pelaksanaannya. KPM perlu bersedia untuk memberi ruang dan kuasa supaya pelaksanaan Pengurusan Berasaskan Sekolah (PBS) dapat diperluas.

Khidmat nasihat akan diberi oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) bagi memastikan pelaksanaan autonomi di SBT dilaksanakan dengan berkesan. Agensi KPM yang terlibat untuk membantu SBT bagi mengekalkan tahap kecemerlangan sekolah adalah seperti IAB, BPG, BPK, LPM, JNJK, BPSBPSK dan lain-lain bahagian yang berkaitan.

Pemberian autonomi akan meningkatkan kualiti SBT melalui inovasi dan kreativiti masing-masing dalam pengurusan pendidikan mengikut keperluan. Inovasi dalam pengurusan akan berusaha menghasilkan murid cemerlang ke institusi pendidikan terbaik di dunia. Seterusnya, mereka akan menjadi personaliti unggul dalam bidang yang diceburi.

MUGHID-MUGHID JAMAN LER NIH HEBAT BEBENOR


Bebudak ler ini memang terer dalam seme hel. Keterelan deme nih melebihi cikgu-cikgu. Kalo cikgu henset deme pon ader, mungkin lebeh mehel lagi. Kalo cikgu boleh layari laman web, deme pon boleh malah deme ni lebeh terer lagi. Ceghiter pasei luor negeghi, cikgu ceghiter ikut laman web yang cikgu pegi tapi mughid ceghiter ngikut tempat yang deme dah pegi. Daghi gambor katon kat ateh ni pon dah jelas, mughid-mughid lebih pantas bertindak daghi cikgu-cikgu.

Saturday, February 5, 2011

INI KEROJE SAPER WEH? IDAK PULAK KENE TANGKAP?

Sepatotnyer raje-raje nih kene sedor aper yang telah dikerojekan oleh puak-puak nih pade deme. Raje-raje patot tahu saper sebenor yang menderhaka pade demer dan sedor saper yang setia pader deme tuh.


Saper yang melantik sultan baghu semase sultan yang ader masih berkuase? Dah jenoh repot poleh dibuat idak juge kene tangkap dan nyeghah diri. Usahkan nangkap, siasat pon idak

MENGKOME FIKIOLER SENDIRI.... YER!

Friday, February 4, 2011

PROFESOR, MONYET-MONYET DAN SETANDAN PISANG

Aghi nih teman terbace satu ceghiter yang teman ghase sesuei untok dijadikan teladan kepade kite seme. Ceghiternyer idakler seronok bebenor. Ia ade kene mengene dgan hei monyet. Kalo mengkome nak tau, monyet tuh agak-agaknyer seghuper kere ler. Mengkome bace citer yang teman salin kat bawah nih pastu mengkome fikioler ape yang ader pengajaghan dalam citer ini?

Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh para profesor, ada 2 ekor monyet yang dimasukkan ke dalam satu bilik kosong secara bersama-sama. Kita gelar sahaja monyet tersebut Monyet A dan B. Di dalam bilik tersebut terdapat sebatang tiang, dan di atas tiang tersebut ada setandan pisang yang masak.

Setelah membiasakan diri dengan keadaan persekitaran di dalam bilik tersebut, monyet-monyet itu mula ternampak pisang-pisang tersebut. Monyet A yang mula-mula dahulu ingin mencuba untuk memanjat tiang.

Apabila monyet A berada di tengah tiang, profesor telah menyimbah air kepadanya, sehinggalah tangannya terlepas dan terjatuh. Monyet A cuba lagi, dan disimbah lagi dan jatuh lagi. Begitulah berkali-kali sehingga akhirnya monyet A menyerah. Giliran berikutnya monyet B yang mencuba telah mengalami kejadian atau masalah yang serupa, dan akhirnya menyerah juga.

Kemudian ke dalam bilik tersebut dimasukkan pula monyet C. Kali ini profesor itu tidak lagi akan menyimbah monyet-monyet tersebut jika monyet-monyet itu naik memanjat tiang. Seperti monyet A dan B, monyet C mula menyentuh tiang, tetapi dia terus ditarik oleh monyet A dan B.

Monyet A dan monyet B berusaha mencegah, supaya monyet C tidak mengalami kemalangan seperti mereka alami. Disebabkan monyet C terus dicegah dan diberi nasihat tentang bahayanya bila cuba memanjat tiang tersebut, monyet C akhirnya menjadi takut dan tidak jadi dan untuk memanjat tiang tersebut.

Langkah seterusnya yang dilakukan oleh profesor adalah mengeluarkan monyet A dan B, serta memasukkan monyet D dan E.

Sama seperti monyet-monyet sebelumnya, monyet D dan E juga tertarik dengan pisang di atas tiang dan cuba memanjatnya. Monyet C secara spontan terus mencegah keduanya agar tidak naik.

“Mengapa kami tidak boleh naik?” protes keduanya.

“Ada kawan-kawan yang memberitahu saya, bahawa naik ke atas itu berbahaya. Saya juga tidak tahu, ada apa di atas, tapi lebih baik jangan cari susah, jangan cuba naik ke atas” jelas monyet C.

Monyet D percaya dan tidak berani memanjat tiang, tapi tidak dengan monyet E yang agak berani.

“Saya ingin tahu, bahaya macam mana yang ada di atas, dan kalau ada bahaya, betulkah saya tidak boleh menghindarinya?” tegas monyet E. Walaupun sudah dicegah oleh monyet C dan D, monyet E nekad naik.

Dan kerana memang sudah tidak disembur lagi, monyet E berjaya mendapat pisang yang diinginkannya itu.

Tuesday, February 1, 2011

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

PEMILIHAN
Kriteria pemilihan diumumkan kepada semua sekolah melalui portal KPM www.moe.gov.my/nkra atau portal NKRA www.apps.moe.gov.my/nkra. Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan dianggotai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (TKPPM) Sektor Operasi Pendidikan, TKPPM Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, TKPPM Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Pengarah BPSBPSK dan Sekretariat NKRA.

Calon untuk pengiktirafan SBT adalag terdiri daripada semua sekolah rendah dan menengah yang berada dalam Band Satu (1) berdasarkan skor komposit yang mengambil kira Gred Purata Sekolah (GPS) dan keputusan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).


Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan melalui tiga proses saringan.
1. Saringan Pertama:-
Sekolah yang berada dalam Band Satu (1) iaitu sekolah rendah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 85% dan sekolah menengah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 90% wajib mengisi Borang Pencalonan Pengiktirafan SBT (BPP - SBT). Skor komposit merupakan 70% gred purata sekolah (GPS) dan 30% Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sekolah akan disenaraikan mengikut skor komposit dan markah yang diperolehi dalam BPP - SBT.

2. Saringan Kedua:-
KPM akan memilih sekolah yang layak daripada Band Satu (1) untuk dinilai dan diverifikasi dengan menggunakan Instrumen SKPM dan Annex-SBT oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Annex-SBT akan menilai lima (5) ciri kecemerlangan dan keunggulan sekolah iaitu personaliti unggul, anugerah diterima, jalinan, jaringan dan penandaarasan.

3. SaringanKetiga:-
Sekolah yang telah diverifikasi oleh JNJK disusun mengikut markah penarafan SKPM dan Annex-SBT. Hanya sekolah yang mendapat skor sekurang-kurangnya 90% dalam penarafan SKPM yang telah diverifikasi oleh JNJK dan skor sekurang-kurangnya 40 % dalam Annex-SBT akan diambil kira. Jawatankuasa Pemilihan akan memilih sekolah yang layak untuk diiktiraf sebagai SBT.