Raja-Raja Melayu berdoa agar negara Malaysia yang dikasihi sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-222 memandang berat mengenai suasana politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan Negara.Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu tidak akan memberi peluang untuk penglibatan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara.
No comments:
Post a Comment