Friday, February 4, 2011

PROFESOR, MONYET-MONYET DAN SETANDAN PISANG

Aghi nih teman terbace satu ceghiter yang teman ghase sesuei untok dijadikan teladan kepade kite seme. Ceghiternyer idakler seronok bebenor. Ia ade kene mengene dgan hei monyet. Kalo mengkome nak tau, monyet tuh agak-agaknyer seghuper kere ler. Mengkome bace citer yang teman salin kat bawah nih pastu mengkome fikioler ape yang ader pengajaghan dalam citer ini?

Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh para profesor, ada 2 ekor monyet yang dimasukkan ke dalam satu bilik kosong secara bersama-sama. Kita gelar sahaja monyet tersebut Monyet A dan B. Di dalam bilik tersebut terdapat sebatang tiang, dan di atas tiang tersebut ada setandan pisang yang masak.

Setelah membiasakan diri dengan keadaan persekitaran di dalam bilik tersebut, monyet-monyet itu mula ternampak pisang-pisang tersebut. Monyet A yang mula-mula dahulu ingin mencuba untuk memanjat tiang.

Apabila monyet A berada di tengah tiang, profesor telah menyimbah air kepadanya, sehinggalah tangannya terlepas dan terjatuh. Monyet A cuba lagi, dan disimbah lagi dan jatuh lagi. Begitulah berkali-kali sehingga akhirnya monyet A menyerah. Giliran berikutnya monyet B yang mencuba telah mengalami kejadian atau masalah yang serupa, dan akhirnya menyerah juga.

Kemudian ke dalam bilik tersebut dimasukkan pula monyet C. Kali ini profesor itu tidak lagi akan menyimbah monyet-monyet tersebut jika monyet-monyet itu naik memanjat tiang. Seperti monyet A dan B, monyet C mula menyentuh tiang, tetapi dia terus ditarik oleh monyet A dan B.

Monyet A dan monyet B berusaha mencegah, supaya monyet C tidak mengalami kemalangan seperti mereka alami. Disebabkan monyet C terus dicegah dan diberi nasihat tentang bahayanya bila cuba memanjat tiang tersebut, monyet C akhirnya menjadi takut dan tidak jadi dan untuk memanjat tiang tersebut.

Langkah seterusnya yang dilakukan oleh profesor adalah mengeluarkan monyet A dan B, serta memasukkan monyet D dan E.

Sama seperti monyet-monyet sebelumnya, monyet D dan E juga tertarik dengan pisang di atas tiang dan cuba memanjatnya. Monyet C secara spontan terus mencegah keduanya agar tidak naik.

“Mengapa kami tidak boleh naik?” protes keduanya.

“Ada kawan-kawan yang memberitahu saya, bahawa naik ke atas itu berbahaya. Saya juga tidak tahu, ada apa di atas, tapi lebih baik jangan cari susah, jangan cuba naik ke atas” jelas monyet C.

Monyet D percaya dan tidak berani memanjat tiang, tapi tidak dengan monyet E yang agak berani.

“Saya ingin tahu, bahaya macam mana yang ada di atas, dan kalau ada bahaya, betulkah saya tidak boleh menghindarinya?” tegas monyet E. Walaupun sudah dicegah oleh monyet C dan D, monyet E nekad naik.

Dan kerana memang sudah tidak disembur lagi, monyet E berjaya mendapat pisang yang diinginkannya itu.

No comments: