Tuesday, June 14, 2011

GURUKU YANG CANTIK ATAU GURUKU YANG CANTIKKKKK

GURUKU YANG CANTIK

Guruku yang cantik
Cantik perbuatan bagai diacuan
Cantik kelakuan dihias sopan
Cantik perangai bagai dicanai
Cantik pertuturan menawan perasaan
Cantik senyuman bagai lukisan

Guruku yang cantik
Cantik pengajaran pelajarnya ilmuan
Cantik didikan pelajarnya budiman
Cantik ajaran pelajarnya cendikiawan
Cantik asuhan pelajarnya negarawan
Cantik asahan pelajarnya handalan

Guruku yang cantik
Cantik wajahmu penyejuk jiwa
Cantik layananmu bagaikan ibunda
Cantik bersahabat bagaikan ayahanda
Cantik nasihatmu untuk semua
Cantik budimu takkan ku lupa

Guruku yang cantikCantik budi indah pekerti
Cantik bahasa sukar dilupa
Cantik bicara mengenal dunai
Cantik minda tempat bertanya
Cantik segala itulah syurga

Guruku yang cantik
Cantik bicara bualnya mesra
Cantik pekerti hatinya mulia
Cantik cara tuturnya berbicara
Cantik minda fikirnya bernyawa
Cantik segala luhurnya rohaninya

Namun cantik kini berubah
Cantikkkkk ESOK CUTI
Cantikkkkk. ADA MASA FREE
Cantikkkkk EXAM DIBATALKAN
Cantikkkkk MEETING TAK ADA
Cantikkkkk DAPAT PENGETUA SPORTING

Cantikkkkk TAK PAYAH TURUN PADANG
Cantikkkkk ELAUN DAH BERTAMBAH
Cantikkkkk AKU TAK ADA TUGAS
Cantikkkkk TAK JADI GURU KELAS
Inikah cantik yang bertukar cantikkkkk?
Dan berapa banyakkah cantik berbanding cantikkkkk?

CANTIK guru adalah.....CANTIK segala-galanya.....

Cantik penampilan
Cantik gaya
Cantik perwatakan
dan cantik itu indah.....

Cantik segala-galanya.

No comments: