"Tiada siapa yang akan mengikut pemimpin yang tidak komited.
Komitmen anda dapat dilihat daripada pelbagai cara;
bagaimana anda bekerja,
apa yang anda lakukan supaya terus berkembang,
ataupun apa yang anda sanggup lakukan
untuk rakan-rakan sekerja anda."
Komitmen anda dapat dilihat daripada pelbagai cara;
bagaimana anda bekerja,
apa yang anda lakukan supaya terus berkembang,
ataupun apa yang anda sanggup lakukan
untuk rakan-rakan sekerja anda."
Tidak seorang pun pemimpin dunia yang disegani yang tidak mempunyai komited pada kerjanya. Ada pendapat menyatakan bahawa komitmen akan memberikan seseorang itu kuasa. Tidak kira apa jua halangan yang mendatang, dengan komitmen, ia tidak akan berganjak daripada mencapai cita-citanya.
Apakah itu komitmen? Setiap individu ia mempunyai pelbagai maksud. Ia mempunyai maksud yang berbeza.
* Kepada peninju. Ia adalah bersanggupan bagi bangun semula selepas jatuh dan parah ditumbuk lawan.
* Kepada pelumba marathon pula ia mempunyai keazaman untuk berlari 10 kilometer lagi ke garisan penamat selepas kehabisan semua tenaganya.
* Kepada perajurit, ia mempunyai keberanian untuk menyeberangi sungai di hadapannya tanpa mengetahui sama ada musuh menghendapnya di seberang ataupun tidak.
Kepada pemimpin pula, ia adalah semua yang di atas dan lebih lagi kerana semua pengikut bergantung harap kepada dirinya. Bagi menjadi pemimpin yang efektif, ia memerlukan komited. Ini disebabkan komitmen yang sebenar akan menginspirasi dan mendorong pengikut-pengikutnya juga. Ini adalah suatu kesungguhan pemimpin. Pengikut pula akan percaya kepada pemimpin tersebut. Disamping itu, pemimpin itu sendiri benar-benar percaya pendirian serta visinya.
APAKAH YANG DIKATAKAN KOMITMEN?
1. Komitmen berasal dari lubuk hati:-
Sesetengah orang mahukan semuanya sudah siap dengan jayanya sebelum mereka mahu memberikan komitmen. Tetapi sebenarnya, tanpa komitmen, mana mungkin ada kejayaan. Kecekalan hati membezakan antara yang bagus dan yang benar-benar hebat. Bagi menjadi pemimpin yang dapat menyentuh hati dan kehidupan pengikut, dalami isi hati diri pemimpin itu sendiri dan lihat sama ada pemimpin itu benar-benar komited atau pun tidak.
2. Komitmen sebenar dapat dilihat daripada tindak-tanduk:-
Mengakui betapa komitednya seseorang itu memanglah mudah, tetapi kayu ukur sebenar komitmen adalah perbuatan seseorang itu. Tiada yang lebih mudah daripada berkata-kata dan tiada yang lebih sukar daripada melaksanakannya setiap hari.
3. Komitmen membuka peluang kejayaan:-
Sebagai seorang pemimpin, mereka akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Akan ada masanya hanya komitmen seseorang itu berdiri antara dirinya dan kegagalan. Komitmen adalah musuh kegagalan kerana ia adalah janji supaya terus bangun semula dan terus berusaha, tidak kira berapa kali sudah dijatuhkan. Jika mahu mengecap kejayaan, perlu komited.
Daripada segi komitmen, terdapat hanya empat jenis manusia:-
1. Cop-Outs:-
Mereka yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak mempunyai apa-apa komitmen.
2. Hold-Outs:-
Mereka yang tidak yakin sama ada dapat berjaya ataupun tidak, oleh itutidak komited.
3. Drop-Outs:-'
Mereka yang berusaha ke arah mencapai cita-cita tetapi berputus asa setiap kali menghadapi kesukaran.
4. All-Outs:-
Mereka yang komited pada cita-cita dan matlamat serta sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapainya.
Bagi memperbaiki tahap komitmen, kita perlu mengikut langkah-langkah berikut:-
1. Ukur komitmen
2. Pilihlah perkara yang sanggup diperjuangkan habis-habisan
3. Gunakan kaedah Edison
"Mereka yang sudah melakukan usahanya yang terbaik
akan terus hidup sepanjang zaman."
akan terus hidup sepanjang zaman."
No comments:
Post a Comment