Thursday, June 23, 2011

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM)

PENDAHULUAN
1.1 Subseksyen 117(a), Akta Pendidikan 1996 memperuntukan tanggungjawab kepada Ketua Nazir Sekolah untuk memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan. Sehubungan itu, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah menggubal sati mekanisme pemastian standard yang dinamakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan atau lebih dikenali sebagai Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) untuk digunapakai di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

1.2 Selepas dua tahun pelaksanaannya terdapat keperluan untuk mengkaji semula dan melakukan penambahbaikan kepada STKP selaras dengan perubahan-perubahan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk:-
* Pindaan-Pindaan Akta Pendidikan 1996
* Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
* Pendidikan Wajib
* Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
* Dasar-dasar baru memperkasakan sekolah
* Penilaian Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)
* Perubahan Sistem Pengredan dan STPM

1.3 Hasil pengolahan semula, STKP kini dikenali sebagai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia - Sekolah, ringkasnya SKPM - Sekolah

1.4 SKPM-Sekolah bertujuan memperihalkan secara eksplisit, maksud frasa taraf atau standard pengajaran yang memuaskan seperti yang disebut dalam subseksyen 117(a), Akta Pendidikan 1996. SKPM-Sekolah ini terpakai kepada semua jenis sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

1.5 Untuk melaksanakan SKPM-Sekolah JNS telah menghasilkan tiga dokumen berikut:-
1.5.1 SKPM1:-
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah : Pernyataan Standard (PS)
1.5.1 SKPM2:-
Standard Kualiti Malaysia-Sekolah : Instrumen Permastian Standard (IPS)
1.5.3 SKPM3:-
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah : Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)

1.6 Instrumen Pemastian Standard (IPS) akan digunakan oleh Nazir Sekolah semasa menjalankan pemeriksaan di sekolah. Pihak sekolah pula hendaklah menggunakan instrumen ini untuk melakukan penarafan kendiri. Agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan bahagian (PPB) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga boleh menggunakan instrumen ini ketika melaksanakan pemantauan dan penyeliaan di sekolah.

1.7 Semua penggunastrumen ini hendaklah membuat penilaian dan menentukan skor bagi setiap item serta membuat pengiraan skor bagi setiap aspek, elemen, dimensi dan sterusnya skor keseluruhan, berasaskan data dan maklumat berasaskan data dan maklumat yang betul dan betul.

No comments: