Monday, June 6, 2011

MENJADI INDIVIDU YANG INGIN DIIKUTI OLEH ORANG LAIN

Apakah yang menyebabkan orang mahu mengikut pemimpin? Apakah yang menyebabkan pengikut pemimpin sanggup bermati-matian untuknya, manakala pengikut pemimpin yang lain merungut-rungut mengikuti arahan pemimpin itu? Jawapan sebenarnya terletak pada sifat-sifat yang ada pada diri pemimpin itu.

Adakah anda mempunyai ciri-ciri pemimpin yang disayangi dan disanjungi pengikutnya? Apabila difikirkan kembali, adakah anda yakin anda mampu mencapai segala cita-cita dan impian anda? Inilah persoalan utama yang perlu dijawab sebelum anda dapat mencapai potensi diri anda yang sebenar.

Sewajarnya anda yang menganggap diri anda sebagai pemimpin mempunyai nilai-nilai yang perlu ada pada diri seorang pemimpin. Anda perlu mencari benih-benih nilai tersebut agar ianya dapat ditanam dalam diri anda. Apabila benih-benih itu tumbuh dengan suburnya, ia akan membentuk nilai-nilai dalam keperibadian anda. Ini akan menjadikan diri anda sebagai pemimpin yang lebih efektif dan disanjungi serta disayangi pengikut-pengikut anda.

Untuk menjadi pemimpin yang berjaya akan mengambil masa. Kepimpinan perlu dipupuk setiap hari dan bukannya dapat dipelajari dalam masa sehari. Pemimpin yang berjaya perlu terlebih dahulu mempelajari prinsip-prinsip kepemimpinan yang berkesan. Memahami prinsip-prinsip ini dan mempraktikkannya adalah dua perkara yang berbeza.

No comments: