"Bagaimana mahu menjadi lebih berkarisma? Anda perlu lebih risaukan berkenaan bagaimana orang lain melihat diri mereka daripada bagaimana mereka melihat anda."
PENGAJARAN
Ramai yang merasakan karisma adalah sesuatu yang ajaib dan anugerah Allah kepada sesetengah individu yang bertuah sahaja. Ini sebenarnya tidak benar, karisma adalah kebolehan bagi membuatkan orang tertarik pada anda. Seperti kebolehan lain juga, ia dapat dipupuk.
Bagi memastikan orang sekeliling tertarik dan teruja, anda perlu mengamalkan prinsip-prinsip berikut:-
1. Sayangi hidup anda
Orang sayang pada pemimpin yang sayangkan kehidupan. Jika anda mahu menarik perhatian orang lain, anda perlu menjadi seperti orang yang anda suka dampingi. Ini kerana, mereka juga mempunyai perasaan seperti itu pada anda. Biarlah orang lain rela hati suka mendampingi dan mendekati anda.
2. Sentiasa mengharapkan yang terbaik
Perkara terpenting yang anda boleh lakukan untuk seseorang adalah mengharapkan yang terbaik daripada mereka. Ini menaikkan semangat dan keyakinan diri mereka dan secara tidak langsung membantu dalam kerja-kerja anda. Amal kebajikan yang baik bukanlah berkongsi harta kekayaan anda tetapi menyedarkan seseorang berkenaan kekayaannya sendiri. Jika anda sentiasa membantu orang lain mencapai potensi mereka, mereka akan menyayangi anda.
3. Sentiasa berikan harapan
Jika anda dapat memberikan harapan kepada orang lain, mereka akan tertarik dan sentiasa berterima kasih kepada anda.
4. Berkongsi
Orang yang menyayangi pemimpin yang sentiasa dekat serta berkongsi hidup dan ilmu mereka dengan pengikutnya. Sentiasalah berkongsi ilmu, sumber-sumber dan acara-acara penting dalam hidup anda.
Oleh itu, karisma adalah sifat tidak mementingkan diri sendiri. Apabila pemimpin dapat memikirkan kebajikan pengikutnya terlebih dahulu, maka dia adalah pemimpin yang berkarisma.
RENUNGAN
Adakah anda yakin anda berkarisma? Adakah anda mudah disukai orang? Jika tidak, mungkin anda menghadapi masalah-masalah berikut:-
1. Megah
Tiada siapa yang mahu mengikut pemimpin yang merasakan beliau sentiasa lebih bagus daripada orang lain dan sentiasa betul.
2. Tidak yakin
Jika anda tidak yakin pada diri sendiri, bagaimana pula orang lain hendak yakin dengan anda.
3. Kepala angin
Jika sikap anda cepat berubah dan orang tidak dapat mengagak perasaan anda, maka mereka juga tidak mahu mengharapkan apa-apa daripada anda.
4. Mementingkan kesempurnaan
Orang dapat menghargai keinginan kepada kesempurnaan tetapi tiada siapa yang sukakan permintaan dan harapan yang tidak munasabah.
5. Sinis
Tiada sia[a yang suka pada orang yang hanya melihat keburukan orang lain dan sesuatu situasi.
Apabila anda dapat meninggalkan sifat-sifat ini, maka anda dapat menjadi orang yang berkarisma.
IKTIBAR
Bagi meningkatkan karisma, amalkan perkara berikut:-
1. Tukarkan fokus
Apabila berinteraksi, lebihkan fokus perbincangan pada orang lain dan bukan pada anda.
2. Cuba main permainan tanggapan pertama
Fokuskan perbincangan pada minatnya. sentiasa berfikiran positif dan harapkan yang terbaik daripadanya.
3. Berkongsi
Kongsi tentang perkembangan daripada segi rohani mahupun profesional. Kongsi pengalaman hidup anda dengan mereka.
No comments:
Post a Comment