Sunday, October 24, 2010

SELAMAT BERSARA SAHABAT

Selepas 34 tahun menabur jasa dalam bidang pendidikan, akhirnya guru besar Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, Selangor, Encik Abdul Wahab Sulaiman, bersara baru-baru ini.

Encik Abdul Wahab yang dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak berkhidmat sebagi guru besar selama 22 tahun termasuk enam tahun di sekolah berkenaan.

Beliau diraikan dalam Majlis Sejambak Budi Lambaian Kasih di perkarangan sekolah dan disertai hampir 1,300 murid termasuk 80 kakitangan sekolah.

Encik Abdul Wahab dipakaikan tanjak dan selempang seperti seorang pahlawan dengan paluan kompang ke perkarangan sekolah sebelum bacaan surah Yassin dimulakan bagi memberkati majlis.

Turut hadir, wakil Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Puan Narizah Mohd. Yusof dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Encik Raja Azlan Raja Abdul Aziz.

sumber:- Berita Harian.

No comments: