Sunday, October 17, 2010

MENGAPA PERLU MENYIKSA DIRI SENDIRI?

"Kebiasaan yang paling merugikan adalah kebiasaan mensia-siakan hidup dengan hal-hal yang tidak berharga danm menolak hal-hal yang berharga."

Kebanyakan orang mensia-siakan bahagian hidup mereka yang baik untuk hal-hal yang tidak hakiki. Mereka menghabiskan banyak waktu dengan hal-hal yang tidak berguna. Biasa terjadi kepada para pemalas yang hanya duduk-duduk dan membiarkan waktu berlalu begitu saja kerana mereka tidak memiliki hal lain yang lebih baik untuk dilakukan. Kegiatan tanpa tujuan seperti ini boleh ditemui di berbagai tempat umpamanya bar dan kelab.

Rumah tidak sepatutnya dihiasi dan dilengkapi dengan barang-barang mewah sehingga anak-anak sebaliknya menjadi tetamu yang tidak dikehendaki. Ada berbagai rumah yang telah dikunjungi mempunyai pelbagai keistimewaan dan kemewahan semua sudut. Ada juga rumah yang turut mengandungi hiasan yang begitu indah sehinggakan keseluruhan ruang menjadi seolah-olah tidak terpakai atau digunakan.

Seharusnya, fungsi rumah yang pertama adalah tempat yang nyaman untuk diduduki. Rumah seharus menjadi sebagai tempat perlindungan. Kedua, rumah harus merupakan tempat indah yang boleh digunakan mahupun dikagumi.

Hidup terlalu singkat untuk disia-siakan. Apabila seseorang terlambat datang memenuhi jemputan makan atau janji lainnya, janganlah membiarkan hal ini merosakkan keseluruhan hari anda.

Dalam rangka mendapatkan yang terbaik dari hidup, kita harus mengatur pengerahan tenaga dan harus mengarahkannya ke arah yang tepat. Kita harus belajar menyingkirkan segala ketidaksenangan kecil yang bukan hanya melukai kita tetapi juga melukai orang lain.

Kalau kita berjumpa dengan kawan-kawan walaupun di mana-mana, adalah seringkali kita menceritakan bagaimana kita selalu menghabiskan waktu pagi, petang atau malam dengan lepak-lepak sambil minum teh tarik dan bersembang kosong. Perjumpaan ini kebiasaannya di kedai-kedai mamak atau gerai-gerai minuman.

Sungguh sangat mengecewakan menyaksikan pembaziran waktu dan tenaga seperti ini kerana kita merasa kekurangan waktu untuk dapat digunakan bagi peningkatan diri, pembudayaan diri, membantu orang lain atau mengerjakan sesuatu yang berharga.

3 comments:

Anak Teghoso 2009 said...

Setuju sangat tu. Setiap detik yang berharga itu adalah bagi yang melakukan kerja-kerja yang berfaedah bagi kita dan juga utk orang lain.Sia-sialah kita kalau sekiranya tidak melakukan apa=apa kerja=krja yang berfaedah itu.

Unknown said...

saya dah berumur 27 thn kerja pon masih x de lg. Dok nganggur jew. Degree x de pyh nak dpt kj. takat SPM payah la....gaji x besar. Skrg dok terperap kat rmh mak abah je, malu nak kuar takut jiran2 dan kawan2 tny mcm2 nanti. Naper x kawen lg? Tak abis blaja lg ker? Skrg ni buat apa? bukan da keje ke ari tu? dan bla bla bla.....tertekan sungguh.

Apa bole saya buat. Hidup skrg ni rasa mcm kembali kpd umur budak2, mkn minum semua hrp pd mak abah yg dah tua. Kdg2 rasa baik mati cepat dr nanggung perasaan sedih. wslm...

amalhaj said...

Anak Teghoso 2009:-
kite sewajonyer ambik peluang setiap detik yg kite lalui, jgn abaikan & bile ade usahe & idak putos ase insya-Allah kite akan berjaye juge.


salam zack:-
anak masih muder. pakcik peronah jumpe rame lagi yg ade ijazah pon masih nganggor. ade juge deme tuh yg nganggor lame (5 - 6 tahun) lepas deme konvo.anak perlu usahe kerane bile ade usahe pasti ade jaye. anak pakcik zack, mati itu pasti berlaku tp itu semua Allah tentukannyer. Naper putus ase? anak masih ader mak ngan ayah. kekawan? biasele bukan senang nak cari kekawan yg sanggup same2 susah. yg penting, pakcik mohon pade anak jgn mudah putus ase. perjalanan anak masih jauh & ade peluang utk anak berjaye... dekati diri dgn Allah, disamping usahe, anakjuge perlu berdoa pada-Nya. Pohon pade-Nya kerana Dia lah kite memohon. Sesungguhnye Allah itu Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani...