Thursday, January 28, 2010

KUALITI KEPERIBADIAN

"Ketika aku bertemu dengannya, aku menatap ke bawah dan ketika aku meninggalkannya, aku menatap ke atas."

Keperibadian adalah ciri konstitusional, mental, sosial dan emosional yang memberi identiti peribadi pada seorang individu. Keperibadian berperanan daya hidup dalam membangun karier kejayaan terutama apabila mempunyai jenis menarik, menyenangkan dan magnetik.

Kebanyakan penulis menulis mengenai keperibadian lebih memberikan gambaran tentang lahiriah dan bukan isinya. Keperibadian sememang terpancar dari bahagian luaran diri tetapi sumbernya terdapat di dalam diri kita sendiri. Terlalu sukar untuk kita mendapati seseorang luarannya berlainan dari dalaman.

Bagaimana kuih begitulah acuannya sering bermain kata-kata ini di bibir. Sememangnya adalah sedemikian kerana luaran yang lahir atau terbentuk adalah dari dalaman. Namun ada ketikanya luaran boleh dapat menjerat orang lain kerana terdapat luaran yang terselindung melalui keperibadian yang positif.

Daya tarikan keperibadian adalah suatu kurniaan yang dapat menggoncangkan watak paling kuat dan kadang-kadang cenderung untuk mengendalikan nasib suatu bangsa. Orang yang mempunyai kualiti keperibadian yang jarang dijumpai akan memberi pengaruh kepada orang-orang di sekitarnya.

Meskipun kita sering mengatakan bahawa keperibadian merupakan suatu kurniaan, namun perkara ini harus dibaca sebagai kurniaan dari diri kita sendiri. Kita tidak dilahirkan bersama keperibadian itu, Keperibadian tidak diturunkan dari nenek moyang kita melainkan kita dapat menggalinya dan akhirnya memilikinya dalam bentuknya yang menarik, menyenangkan dan magnetik.

Keseluruhan prinsip keperibadian menyenangkan terletak dalam satu kalimat. Keperibadian positif dipakai, keperibadian negatif akan dibuang. Setiap orang tertarik kepada perkara yang menyenangkan dan menyingkir dari hal yang tidak menyenangkan. Hal ini boleh di temui di mana sahaja.

Janganlah bersentuhan dengan keinginan yang dibuat-buat, sebaliknya marilah kita mengembangkan kemanusiaan yang nyata dan sejati. Dengan begitu, keperibadian tidak acuh malah keperibadian negatif boleh tumbuh seoerti pokok di musim bunga menjadi keperibadian yang menyenangkan, menarik dan magnetik.

Keperibadian tidak boleh dibuat-buat. Ia lahir dari dalaman yang menjadikan sesorang itu tidak berpura-pura. Meskipun ada yang menyatakan lain di mulut lain di hati, ia tidak boleh melambangkan keperibadian. Kepura-puraan akan menjadikan seseorang itu tersisih dari masyarakat atau komuniti.

No comments: