Friday, January 1, 2010

MENGENALI DIRI SENDIRI

Detik 12 malam telah berlalu dan hari ini kita semua telah berada dalam tahun baru iaitu tahun 2010. Tahun 2009 telah berlalu dengan membawa pelbagai cerita suka dan duka. Hari pertama tahun 2010 ini merupakan hari yang boleh dianggap kita dilahirkan semula. Itu pun andainya kita mempunyai kemampuan untuk mengenali diri kita yang sebenarnya.

Kita adalah orang yang paling penting di dunia ini. Kebanyakan kita belum menemui fakta mengenai diri kita. Kita pada umumnya menghabiskan hari-hari kita tanpa mengetahui diri kita yang yang sebenarnya.

Kita adalah ciptaan dari pencipta yang Maha Bijaksana, yang membawa kita ke dunia untuk menjalani kehidupan yang berjaya. Kita diciptakan untuk kejayaan. Kita dilengkapi dengan kemungkinan yang tidak terdapat pada makhluk yang lain. Kita mensia-siakan pemberian Maha Pencipta jika kita gagal menggunakan kemudahan pada diri kita serta tenaga yang menjadi keberkatan sejak kita lahir. Kejayaan adalah hak asasi kita. Hanya segelintir orang yang mewujudkan hak asasi ini dalam kehidupan mereka.

Cendekiawan dan ahli-ahli psikologi mengungkapkan bahawa rata-rata orang hanya menggunakan sebahagian kecil potensi akalnya. Secara umum dapat dikatakan bahawa potensi yang digunakan hanya sekitar 3% hingga 10% sahaja.

Kita mengetahui semua yang harus kita ketahui tentang hobi, sukan dan lain-lain tentang diri kita. Sayangnya kita gagal berbuat seperti Columbus terhadap diri sendiri dengan menemukan diri kita yang sebenarnya.

Semua lelaki dan wanita terkemuka di dunia, sejak lahirnya peradaban, pertama sekali menemui diri mereka sendiri sebelum akhirnya melakukan perkara yang hebat dalam bidang mereka masing-masing sebagaimana yang kita kenal.

Diharapkan dan didoakan agar kita dapat menemukan diri kita yang hebat sebagai diri kita yang sebenarnya. Apabila kita telah berhadapan dengan permulaan penemuan ini, kita tidak lagi berpuas hati dengan hanya menumpang pada lautan kehidupan yang penuh badai ini. Sebaliknya kita akan terus mencari dan mencari kejayan, kebahagiaan dan kedamaian batin.

No comments: