Tuesday, January 26, 2010

MENYINGKIRKAN KEGELAPAN

"Akal manusia adalah akar bagi perhambaan mahupun kemerdekaan."

Seseorang yang telah berjaya tidak kira lelaki atau perempuan, seringkali menyatakan bahawa salah satu unsur utama dalam kejayaan mereka adalah pengetahuan tentang akal mereka. Ini diikuti oleh penerapan akal yang memerlukan seni dalam penggunaan akal tersebut.

Dalam kita merangkakan untuk melakukan sesuatu yang berharga, kita perlu membersihkan ruang-ruang mental kita dari segala sifat yang negatif, takut, khuatir dan pemikiran yang merbahaya yang lain. Tindakan yang paling berkesan untuk membuang semua itu sama seperti membuang kegelapan iaitu membawanya ke tempat terang.

Buangkan semua pemikiran yang merbahaya itu dengan pemikiran lawannya. Buangkan rasa kebencian itu dan lahirkan rasa cinta. Rasa takut dan pengisian dengan rasa keyakinan. Pemikiran tentang sakit dengan pemikiran tentang sihat. Pemikiran tidak jujur dengan pemikiran yang jujur, pemikiran yang penuh hasad dengki dengan pemikiran kepercayaan dan keikhlasan dan pelbagai lagi pemikiran.

Kita tidak boleh menyingkirkan kegelapan itu dengan tekad yang hanya separuh. hal ini harus digantikan dengan cahaya agar ianya akan menerangi kegelapan. Begitu juga dengan akal. Untuk menghindarkannya dari pemikiran yang negatif, maka kita harus melakukan pemikiran yang positif. Ingatlah bahawa proses ini mempu mengubah seluruh akal kita.

Jika kita belajar untuk menguasai akal kita dengan mengawal pemikiran, ini bererti kita cuba melepaskan belenggu dan perhambaan yang telah mengongkong diri kita dan membuat diri kita tidak dapat maju. Kudrat manusia yang mulia adalah terdiri dari akal, semangat dan watak. Dalam hakikat kudrat mulia manusia ini tidak ada batas kecuali pembatasan oleh diri kita sendiri melalui proses pemikiran.

Melalui sumbangan yang tidak ternilai dari pengendalian pemikiran itu, manusia menciptakan keadaannya sendiri. Ia adalah sebagai kapten dari nasib kita sendiri dan penguasa hidup kita sendiri, apakah tidak sepatutnya kita menjadi cekap dalam pelayaran kehidupan kita? Itulah tentangan yang ada dalam hari-hari kita.

"Manusia adalah sebagaimana yang difikirkannya."

No comments: