Monday, January 18, 2010

MILIKILAH KEYAKINAN

"Permulaan setiap peningkatan adalah keyakinan terhadap diri sendiri."

Apakah makna "keyakinan" itu pada seseorang manusia? Kita sering mengaitkan keyakinan itu dalam sesuatu perkara yang bakal kita lalui. Keyakinan adalah dari perkataan yakin yang membawa maksud perihal yakin, kepercayaan yang sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan dan ketentuan.

Ada juga yang meletakkan keyakinan itu kesuatu tahap yang terlalu tinggi yang perlu dan patut dihormati. Situasi ini akan membawa ada ketikanya menyatakan bahawa keyakinan itu akan membuat segalanya menjadi serba mungkin. Keyakinan tidak lebih dan tidak kurang hanyalah operasi tenaga pemikiran dalam bentuk hasrat yang bersungguh-sungguh. Ianya ditambah dengan harapan untuk memenuhinya.

Keyakinan seperti yang kita lihat adalah lebih dari sekadar "kepercayaan". Keyakinan itu hanya akan melengkapinya. Perbezaan utama antara penjual yang dibayar (diupah) dengan penjual sendiri terletak pada darjat keyakinan bukan kemampuan yang mereka miliki. Keyakinan terhadap diri sendiri dan keyakinan pada hasil yang diperolehi merupakan syarat bagi semua peningkatan yang berharga.

Kita akan berada pada jalan kehidupan yang benar kalau kita terlebih dahulu yakin, percaya dan beriman kepada Yang Maha Sempurna iaitu yang menciptakan kita. Dialah yang menciptakan berjuta-juta bintang yang beredar secara teratur di cakerawala, telah melengkapkan diri kita dengan kelengkapan untuk nerjaya. Kita boleh menerima perkara ini sebagai fakta dan berdiri teguh di dunia, seperti kita juga boleh mabuk dalam teori kesempatan dan menjalani hidup sehari-hari kita seperti "binatang".

Ketika kita sampai pada suatu kenyataan di mana kita berada, kita juga sampai pada suatu pengenalan nilai-nilai untuk peningkatan diri kita. Kita mengembangkan keyakinan pada pencapaian cita-cita kita. Perkara ini merupakan pembuka tenaga yang membawa diri kita pada suatu peningkatan individu yang menakjubkan. Hal ini merupakan sumber tenaga yang tidak pernah gagal.

Percaya dan berjaya. Milikilah keyakinan dan kita tidak akan gagal.

2 comments:

asilahmuhajer said...

pernah tak alami situasi yang mana kita cuba untuk yakin tapi tak yakin2??

camne nak dapatkan keyakinan time tu?

amalhaj said...

ia melibatkan beberapa situasi antaranya terlalu yakin, yakin dan kurang yakin. kekadang kita selalu dibelenggu oleh oleh was-was.