Friday, January 8, 2010

LANDASAN KEHIDUPAN MANUSIA


"Semakin baik rancangan kita, akan membuat kita semakin bersedia untuk mencapai sasaran kita".

Sebelum petani itu mula mencangkul atau seorang tukang rumah itu mengetuk penukulnya untuk pertama kali, sudah pastilah seorang arkitek dengan penuh teliti dan berhati-hati membuat perancangan. Setiap perancangan semestinya tepat dan lengkap. Perancangan seperti ini adalah suatu yang boleh disebut 'blueprint'.

Para juruterbang dan juga perusahaan penerbangan mana pun pasti akan membuat perancangan pendahuluan perjalanan mereka di depan peta perjalanan. Begitu juga dengan seorang ahli pelayaran akan bekerja di depan peta yang sama sehinggalah pemandu kapal boleh mengemudikan kepalnya menuju arah atau tujuan.

Perancangan pendahuluan adalah merupakan sesuatu yang amat penting bagi kita dalam mencapai tujuan hidup. Situasi ini biasa juga dilakukan oleh para kontraktor ketika mereka ingin mendirikan bangunan-bangunan yang tinggi.

Dalam usaha untuk mengadakan perancangan ini, usaha kita belum mencukupi seandainya kita hanya mengetahui ke mana kita pergi. Usaha yang seterusnya ialah kita juga perlu mengetahui bagaimana kita boleh sampai di sana. Ini melibatkan suatu persiapan yang teliti dalam perancangannya. Sasaran hidup kita adalah tempat yang ingin kita tujui. Sebelum kita boleh berharap akan sampai di tempat tujuan, kita perlu merancangkan segala perkara yang mungkin akan terjadi dalam perjalanan hidup kita. Ingatlah kejayaan tidak akan berjadi secara kebetulan atau terjadi begitu sahaja.

Apabila kita memutuskan sasaran hidup kita, maka tempat yang menjadi hala tuju kita sewajarnya dipastikan secara tepat dan jangan berubah-ubah. Sedangkan rancangan kita biasanya boleh saja berubah-ubah. Seandainya seorang jeneral tidak boleh mencapai sasarannya dengan satu-satu taktik, maka sewajarnya ia menukarkannya dengan taktik yang lain supaya ia dapat mencapai sasaran.

Bagitu jugalah dalam kita menentukan sasaran. Jangan sesekali kita berubah dan yang hanya boleh berubah ialah rancangan bagaimana untuk mencapainya. Kita juga memerlukan rancangan yang boleh kita gunakan sekiranya diperlukan.

Kebiasannya sesuatu perancangan itu dalam membantu sesuatu perjalanan. Perancangan akan dapat meluruskan jalan dan akan dapat menyingkirkan segala kebetulan. Kalau ada jalan pintas menuju kejayaan, maka perkara itu adalah perancangan yang tepat. Perancangan seperti ini akan menghilangkan kebiasaan membuta-tuli dan menunggu datangnya nasib baik atau kesempatan. Perancangan yang tepat akan mengarahkan kta secara langsung ke sasaran.

6 comments:

Unknown said...

Salam tuan. Perancangan adalah lebih penting daripada pelaksanaan. Anggap sahaja tanpa perancangan, pelaksanaan akan gagal.

ireneTEH said...

insan yang berada dalam kegelapan pastinya tiada landasan untuk menerus kehidupan, betulkah begitu?

amalhaj said...

assalamualaikum tuan!
perancangan dan pelaksanaan adalah turutan yang utama. ada perancangan tidak semestinya ada pelaksaan dan tiada perancangan pastinya tiada pelaksanaan.

amalhaj said...

ireneTEH!
dampingi diri dengan orang yang boleh dipercayai dan tuntutah ilmu untuk mengenali diri melalui orang yang berilmu....

ainShahajar said...

setiap manusia insyaallah mampu merancang.. melaksanakannya tu bergantung pada kesungguhan individu tu

pd ain yg penting setiap hari kene bina semnagat dalam diri... diri ni kadang2 hilang semangat... bila macam tu keje pun tergendala

selalunya kwn2 yg akan support.. kwn2 yg baik tu penting =)

amalhaj said...

assalamualaikum ainShahajar!
ingat lagu J.Sham;
"kawan ketawa senang dicari,
kawan menangis............."