Wednesday, January 13, 2010

MATINYA SEMALAM KETIKA LAHIRNYA HARI INI

"Nilai sesungguhnya dari seorang manusia ditentukan oleh tujuan yang dikejarnya."

Kita akan berada di satu-satu tempat kerana kita sendiri yang memilih untuk berada di situ dan inilah hukumnya. Kita semua tentunya tahu tentang pengecualiannya iaitu yang diakibatkan oleh kecelakaan, sakit berpanjangan atau perkara-perkara yang di luar kawalan kita. Namun secara umum dikatakan bahawa hukum itu benar iaitu kita menjadi seperti keadaan kita kerana kita memang memilih untuk menjadi sedemikian. Kita boleh maju atau tidak dan membiarkan yang lain melepasi kita atau kita yang melangkah ke belakang iaitu berundur semuanya adalah bergantung kepada cita-cita dan aspirasi kita.

Dalam segala kemungkinan, kita tetap berada pada suatu tingkat kerana kita tidak mempunyai aspirasi untuk menjadi lebih tinggi dalam dunia ini. Apakah ada yang lebih berharga dari satu kemajuan untuk mencapai pendirian yang lebih luas dalam kehidupan ini? Jika kita dilahirkan untuk berjaya atau bila mencapai kejayaan adalah hak asasi kita, lalu mengapa kita tidak mendaki ke tempat yang setinggi-tingginya? Sebenarnya kita menciptakan tempat kita sendiri dengan cita-cita dan aspirasi kita.

Di luar kedalaman yang paling dasar terdapat jalan setapak untuk menuju tempat tertinggi. Perkara ini adalah benar, tetapi kebanyakan orang tidak tahu mengapa demikian. Kita sendiri membuat pembatasan yang sangat rendah terhadap kemampuan kita tanpa mahu melihat lebih ke dalam diri kita sendiri. Kita sendirilah yang membuang kesempatan dengan membuat pembatasan diri.

Seringkali cita-cita dan aspirasi kita berdasarkan pada hari kelmarin dan tahun yang lalu. Lupakan masa lampau. Masa lalu sudah mati ketika hari ini lahir. Biarlah yang sudah mati berehat dengan tenang.

Kita boleh beraspirasi untuk berjaya dalam kehidupan hanya bila kita mengenali pentingnya keberadaan kita. Inilah pendidikan teragung yang dapat diterima oleh manusia. Jika kita memang layak untuk mendapat kemajuan yang hebat, jadi mengapa tidak mempunyai aspirasi untuk mencapainya? Jika kita dilahirkan untuk menjalani kehidupan yang menyeluruh, mengapa berpuas hati dengan hidup hanya sebahagian darinya? Luaskan penglihatan kita. Tingkatkan pemandangan kita. Beraspirasi dan berjayalah.

No comments: