"Jangan sesekali kita menyerahkan akal dan tubuh badan kita kepada tingkah dan nafsu dunia yang mencabar ini."
1
Serah = berserah
bergantung nasib diri atau memulangkan nasib.
Menyerah
menggantungkan nasib, bertawakkal atau berserah.
Menyerahi
Memberikan (mengamanahkan) sesuatu
Menyerahkan
Memberikan (mengunjukkan dan menyampaikan) sesuatu
Terserah
Diserahkan (diberikan)
Serahan
Apa yang diserahkan
Penyerahan
Perihal menyerahkan (mempercayakan dan mengamanahkan
2
Serah = Terserah-serah
Tergopoh-gopoh atau tergesa-gesa
3
Serah
Sejenis penyakit (begok)
(Warna) Merah
Serahi
Botol yang panjang lehernya
Menyerah kalah tanpa usaha? Sanggupkah kita? Penyerahan adalah keadaan menyerah dengan tanpa kita melakukan apa-apa usaha. Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, sewajarnya kita sentiasa melawan penyerahan seperti ini. Oleh itu tanamkanlah suatu peraturan tegas dalam menjalankan kehidupan kita. Melalui latihan mendisiplinkan diri dan pengendalian diri, kita dapat seimbangkan semua nafsu yang ada dalam diri kita.bergantung nasib diri atau memulangkan nasib.
Menyerah
menggantungkan nasib, bertawakkal atau berserah.
Menyerahi
Memberikan (mengamanahkan) sesuatu
Menyerahkan
Memberikan (mengunjukkan dan menyampaikan) sesuatu
Terserah
Diserahkan (diberikan)
Serahan
Apa yang diserahkan
Penyerahan
Perihal menyerahkan (mempercayakan dan mengamanahkan
2
Serah = Terserah-serah
Tergopoh-gopoh atau tergesa-gesa
3
Serah
Sejenis penyakit (begok)
(Warna) Merah
Serahi
Botol yang panjang lehernya
Ramai manusia tidak tahu bahawa mereka dapat mengendalikan jiwa mereka dengan keinginan. Disamping itu, sudah tentu ada pula orang yang benar-benar tidak mempedulikannya. Mereka ini lebih memilih hidup dengan menjadi hamba naluri mereka. Mereka sering mengelak dari menjadi penguasa bagi segala situasi. Mengambil jalan mudah atau senang adalah menjadi pilihan mereka dalam menghadapi situasi yang mengandungi masalah.
"Rumah adalah suatu tempat yang memberikan keberkatan hidup seperti keharmonian , pengertian, pertimbangan dan cinta."
Banyak sekali contoh yang boleh kita temui dalam kehiduapan kita yang menyentuh tentang kemampuan dalam mengendalikan fikiran. Umpamanya, sepasang suami isteri yang sedang bertengkar dengan hebatnya pada pagi hari di tempat tinggalnya. Di sini saya tidak akan menyebutnya sebagai rumah melainkan saya sebutkan tempat tinggal kerana rumah adalah tempat kita menciptakan syurga di bumi ini.
Dalam keadaan situasi pertengkaran yang terus menegang tiba-tiba kedengaran loceng pintu rumah mereka berbunyi menandakan ada tetamu yang hadir berkunjung. Di luar, kelihatan oleh mereka, rakan si isteri bersama suaminya datang berkunjung. Suami isteri yang sedang bertengkar sebentar tadi segera sedar kembali akan tingkah laku mereka. Mereka terus membuka pintu dan mempersilakan tetamu itu masuk.
"Tindakan akal seseorang itu apabila positif akan dapat mengubah rasa permusuhan dan benci menjadi keramahan dan kasih sayang."
Mereka semua terus bersembang dan berbual-bual dengan penuh mesra sambil menikmati hidangan yang disediakan. Langsung tiada tanda-tanda permusuhan, sakit hati atau rasa tidak senang di antara sepasang suami isteri yang telah bertengkar sebelum kunjungan tetamu tersebut. Apakah yang terjadi? Ini menunjukan suami dan isteri telah dapat menguasai kembali fikiran mereka masing-masing. Akal mereka telah diarahkan kembali kepada positif.
Secara umumnya kita sering akan berbuat sesuatu demi untuk menyelamatkan nama baik kita. Namun begitu, kita juga sering mengabaikan penguasaan fikiran kita dalam kehidupan kita ini. Penguasaan fikiran itu ialah mengembangkan karakter kita dalam kehidupan. Karakter itu adalah sesuatu yang nyata bagi kita. Karakter adalah sesuatu yang seharusnya kita utamakan dan kita perhitungkan sebaik-baiknya dalam kehidupan kita.
"Kita terlalu mudah untuk melupakan karakter diri kita apatah lagi apabila nafsu dunia mula menguasai diri kita."
No comments:
Post a Comment